suria

[VIDEO] Masuk Gaza guna duit sendiri! Ebit Lew jawab setiap persoalan yang ramai nak tahu - “Hati saya terluka dipanggil dajjal, babi!”

NAMA pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew hangat diperkatakan susulan misi kemanusiannya ke Gaza baru-baru ini.

Malah, timbul pelbagai spekulasi selepas penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman membuat beberapa dakwaan terhadap Ebit secara terbuka.

Ia sekaligus menyebabkan nama Ebit tiba-tiba panas sehingga dia dan keluarganya diserang segelintir netizen dengan caci maki serta gelaran seperti babi, dajjal, syaitan, penunggang agama, penipu dan macam-maca lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja persoal, Nadir Al-Nuri dedah cara team Ebit Lew di Gaza... tapi akui tak pernah iri hati, cuma kongsi teguran ‘kasih-sayang’

ARTIKEL BERKAITAN: Ujian bersilih ganti, sebak tengok video luahan perasaan Ebit - “Saya susah nak lawan orang, nak gaduh dengan sesiapa”

Selepas membuat laporan polis Rabu petang, Ebit sekali lagi tampil menerusi siaran live Instagram pada Khamis untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Berikut merupakan jawapan Ebit terhadap beberapa persoalan serta tuduhan yang kini menjadi perdebatan dan teka-teki dalam kalangan netizen.

1) Kunjungan ke Gaza guna duit siapa?

Saya pergi ke sana dengan duit sendiri dan saya tak pernah buka satu tabung pun untuk Gaza. Dari dulu sampai sekarang tak pernah buka apa-apa tabung pun.

Ia merupakan duit saya sendiri serta duit beberapa sahabat rapat yang berkawan dengan jujur, mereka ada bersama saya... serta rakan Facebook juga ada menyumbang.

2) Wakil team Ebit Lew tak jawab WhatsApp?

"Sebelum pergi, kami buat survey dan tanya semua orang. Dia (Nadir Al-Nury) kata dia bagi proposal.

Proposal yang dia bagi cuma quotation harga barang makanan, harga kotak makanan. Satu kotak AS$40, kalau kali empat duit Malaysia, lebih kurang RM160.

"Tapi saya dapat quotation lain dengan harga AS$20 dengan barang yang sama. Jadi kenapa saya nak ambil yang AS$40?

Memang semua orang bagi quotation. Tak semua kita balas. Kalau tuan puan buat bisnes, untuk marah quotation tak diterima bukanlah satu perkara yang wajar.



Kata Ebit, segala perbelanjaan di sana merupakan wang miliknya dan rakan-rakan, bukan sumbangan orang ramai.

Biasa untuk satu barang kita minta quotation dari 30 tempat. Tapi saya tak persoalkan dia letak harga begitu.

Tak balas WhatsApp tu biasalah. Kadang-kadang isteri hantar 10 WhatsApp, suami balas satu je. Kalau isteri pun tak sempat nak balas WhatsApp, orang lain pun janganlah kecil hati.

3) Team Ebit Lew bersiar-siar di Kaherah

Niat saya ada tiga. Pertama nak beri barang kepada Red Crescent Mesir dan Red Crescent Palestin melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Kedua kalau ada rezeki lebih saya nak sampai ke pintu Rafah, satu-satunya jalan ke Gaza.

Ketiga kalau ada rezeki saya nak masuk Gaza. Saya tahu ia mustahil sebab mereka baru tamat perang.

Saya cuma serah barang, sampai ke Mesir nak lalu polis, dah serah nama kepada polis dan maklumkan tujuan ke sana.

ebit

Ebit akui perjalanan ke sana tidak semudah yang disangka.

Saya tak boleh maklumkan tujuan untuk ke Gaza sebab ia belum diluluskan. Tourist kena pergi beberapa tempat, saya kena ikut jadual, ada polis iringi kami.

Sementara dapat kelulusan untuk barang sampai dan tunggu kelulusan kalau ada rezeki ke Rafah atau Gaza, saya pergi ke kawasan sekitar termasuklah Makam Imam Syafie.

Niat saya nak berada di sana 10 hari sahaja sebab ayah dah sakit. Isu kami berjalan-jalan tiada masalah. Satu sen tak pakai duit orang lain.

4) Kenapa beli barang di Kaherah, bukan di Gaza?

Soalan ini tak patut wujud. Red Crescent Mesir dibenarkan masuk dari dulu, mereka disahkan dunia dan tidak berpihak ke mana-mana.

Sebab tu saya yakin dan serah kepada mereka. Cuma masa tu tunggu barang Qatar dan Dubai. Tak ada timbul isu tu. Berat juga kalau nak tuduh, lagi berat kalau kita syak pada mereka.

Tak ada banyak barang dalam Gaza, ada yang kena tunggu kelulusan paling cepat selama enam bulan. Saya tahu barang tu akan sampai kalau sampai cepat atau lambat, jadi saya beli di Kaherah.

Saya nak beritahu, barang medik saya beli empat lori. Dua treler dan dua lori saya beli di Mesir. Barang tu dah masuk, tiada masalah. Kat Gaza saya beli banyak juga. Jadi tiada syak.

Kebanyakan barang kat Gaza merupakan dari Israel. Saya beli di Gaza, saya beli juga di Mesir. Saya hairan tuan (Nadir Al-Nuri) dah lama duduk sama, macam mana boleh hairan bila barang tak masuk. Jadi perkataan tu tak patut diucapkan.

5) Team Ebit Lew biadab, tak tegur Nadir Al-Nuri?

Kami nak masuk sana, 21 jam melalui 21 check point. Kami syukur dibantu kerajaan Mesir dan Kedutaan Malaysia dengan Wisma Putra.

Selama 21 jam diiringi 12 kereta kebal, nak pergi tandas atau nak makan pun tak sempat. Duduk tegak 21 jam dalam van. Tapi bersemangat nak tolong orang.

ebit2

Ebit menjawab segala dakwaan Nadir Al-Nuri yang membangkitkan persoalan ramai sebelum ini.

Dalam pukul 1.30 pagi saya sampai, saya belum solat Maghrib dan Isyak. Memang saya nak kejar sembahyang. Mereka suruh saya duduk di kerusi dan Nadir kata saya tak tegur dan tak salam.

Saya betul-betul tak perasan, Lepas tu saya terus pergi solat. Kalau soal live, memang kita tak benarkan live ketika misi bantuan. Takut ada apa-apa perkara buruk berlaku ketika live.

Saya tak biadab, tak ada tolak sesiapa. Tak perasan dia.

6) Apa keperluan bina rumah anak yatim di Palestin?

Setiap orang ada cara masing-masing untuk bantu. Mustahil kalau kat sana langsung tak perlu rumah anak yatim.

Kita buat cara masing-masing. Saya hormat cara beliau memberi. Dia patut hormat cara saya bantu.

7) Kenapa guna syarikat Hala, kenapa susahkan NGO lain?

Ini fitnah yang teramat melampau dan sangat terlebih. Saya tak tahu apa itu syarikat Hala. Saya masuk melalui Kedutaan Malaysia.

Mengenai Miles of Smiles yang disebut sebagai satu-satunya jalan untuk masuk ke Gaza. Saya dah hubungi mereka dari awal lagi.

gg

Ebit bersyukur banyak dibantu kerajaan Malaysia dan Mesir dalam misi itu.

Apabila sampai disana, saya berkomunikasi dengan beliau, diminta bayar A$10,000 atau sekitar RM40,000 satu kepala untuk masuk. Saya kata saya masuk seorang pun tak apa. Proses demi proses gagal.

Nak masuk Gaza ada dua kelulusan penting. Pertama kelulusan kerajaan Mesir, kedua kelulusan tentera, itu wajib.

Ketika saya maklumkan nak balik, saya call kedutaan dan Wisma Putra, mereka cuba bantu, tanya-tanya tentera dan mereka kata ada satu syarikat yang assign.

Masa nak balik, mereka kata ejen perisikan tentera Mesir nak bantu. Nama syarikat tu Lucky Tour.

Lucky Tour caj A$2,500 atau sekitar RM10,000. Yang tadi RM40,000. Ni diskaun RM30,000. Sebelum ni orang masuk sekepala RM40,000.

Sebenarnya dia buka jalan mudah untuk orang lain nak pergi. Saya tak ada bayar harga tinggi hingga susahkan NGO lain. Ini fitnah melampau. Penipu, fitnah melampau dan zalim.

Selama 33 hari kami di sana, semua team saya tak tidur. Jam 2 pagi bangun tahajjud, dhuha lagi, macam kem ibadah. Setiap pagi nangis minta bantuan Allah.

Terdahulu pada Selasa malam, rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman tampil membuat pendedahan mengenai misi Ebit menerusi saluran Telegram miliknya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Isu itu mula menjadi 'panas' selepas penyanyi rap Caprice tampil membuat pendedahan baru-baru ini, namun dia sudahpun membuat permohonan maaf pada Selasa.

Ebit pada Rabu petang turut membuat satu laporan polis, sekaligus menyebabkan Caprice membatalkan live Instagram yang sepatutnya berlangsung pada Rabu malam.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain