JAUH di mata, dekat di hati. Tidak dapat merentas daerah dan negeri, sepotong kek hari jadi beserta ucapan menjadi pengganti diri. Begitulah yang mampu dilakukan seorang anak dari kejauhan buat ibunya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Saya tak dapat balik kampung sebab PKPD. Tolong tulis ayat ni boleh: Happy birthday mak," demikian nota pesanan yang ditulis seorang pelanggan di sebuah kedai manisan yang merujuk lokasinya dikenakan PKP Diperketatkan (PKPD) ketika ini. ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM order kek online untuk diri sendiri pada hari keputusan diumumkan, 'tagih' ucapan daripada staf premis ARTIKEL BERKAITAN: Rider tergamam berdepan 'kebaikan manusia', lebih touching kejutan dibuat pelanggan Cina... satu keluarga dapat makan free! Pekerja premis yang menerima nota pesanan itu, Muhammad Lukman Abd Rahman berkata, permintaan itu dibuat oleh seorang pelanggan lelaki pada Sabtu lalu yang membeli kek, minuman beserta manisan sempena hari ulang tahun ibunya. Pemuda berusia 26 tahun itu bagaimanapun memberitahu, lokasi pemberi dan umur penerima tidak dinyatakan melainkan alamat penerima di Tanjung Malim, Perak. View this post on Instagram A post shared by L U K M A N R A H M A N (@lukman_rahman) "Sebelum ini ramai pelanggan buat request untuk tuliskan ucapan Happy Birthday. Tapi ini adalah pertama kali apabila pelanggan beritahu tak dapat balik kampung kerana PKP. "Nota pesanan dia begitu menyentuh perasaan. Saya juga sebagai anak memahami perasaannya, dia mungkin tinggal jauh sebab tak dapat rentas daerah atau negeri untuk berjumpa dengan ibunya," katanya kepada mStar. Nota pesanan daripada seorang pelanggan. Mengulas lanjut, Lukman memberitahu, dia sendiri berjauhan dengan keluarganya kerana bekerja di Tanjung Malim dan kampung halamannya terletak di Taiping, Perak. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Walaupun masih dalam satu negeri, tapi saya tak dapat balik kampung kerana tidak dibenarkan untuk merentas daerah. Kali terakhir balik kampung empat bulan lepas. "Menitik air mata saya sewaktu tulis ucapan tu. Perasaan sedih bila saya terkenangkan mak di kampung," ujarnya yang berkhidmat di kedai manisan itu sejak lebih setahun lalu. Lukman menulis ucapan tambahan buat ibu pelanggan. Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, dia memahami situasi yang dihadapi pelanggan tersebut yang turut dirasai rakyat Malaysia akibat PKP. "Saya faham, pemberian itu juga sebagai salah satu cara untuk meluahkan perasaan kepada mak ayah, keluarga atau sesiapa saja yang diingati dan disayangi. "Saya dapat rasa apa yang dia rasa. Jadi saya tambah perasaannya dengan menulis ucapan 'kami semua sayang dan rindu mak sangat'. Saya percaya pelanggan itu amat merindui ibunya dan bersedih tidak dapat menyambut hari istimewa bersama," katanya sambil menambah dia sering menghubungi ibunya menerusi panggilan video. Apa yang pelanggan tu rasa, itu juga yang saya rasa. Sekarang ni bukan saja saya mahupun pelanggan tu, tapi ramai yang terkesan dengan PKP LUKMAN Terus menyelami perasaan sebagai anak, kata Lukman, dia sendiri tidak dapat menyembunyikan kerinduannya yang begitu menebal terhadap ibu bapanya di kampung. "Apa yang pelanggan tu rasa, itu juga yang saya rasa. Sekarang ni bukan saja saya mahupun pelanggan tu, tapi ramai yang terkesan dengan PKP," katanya. Lukman (kanan) bersama ibu (dua, kanan), abang (dua, kiri) dan kakaknya. Sehubungan itu, dia menasihatkan semua pihak untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan serta mengambil langkah-langkah penjagaan bagi membendung penularan jangkitan Covid-19. "Selain patuh SOP, rajin bertanya khabar antara satu sama lain terutama keluarga. Walaupun berjauhan, hargailah mereka selagi masih berpeluang untuk melakukannya. "Buat masa sekarang juga, rajin-rajin bertanya khabar dengan orang sekeliling dan orang terdekat seperti jiran-jiran. Ambil berat itu merapatkan hubungan silaturrahim," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!