BUKAN sahaja frontliners yang perlu bekerja atau 'standby' ketika hari raya atau cuti umum, tetapi ada juga golongan lain yang mencari rezeki ketika orang lain gembira menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Begitulah hakikat bagi yang bekerja dalam bidang perkhidmatan menunda (towing) yang mana mereka perlu berada dalam mod bersedia (standby) setiap masa, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan atau cuti umum iaitu apabila banyak pergerakan kenderaan di jalan raya. Menerusi satu perkongsian video di TikTok, seorang pemuda yang merupakan pekerja sebuah syarikat trak tunda berkongsi kisahnya bertugas di pagi Aidiladha, baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Orang lain nak cepat sampai, bro ni kerjanya tunggu kereta rosak 2 hari sebelum raya, “Bukan semua orang ada duit nak balik kampung” ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa sanggup ambil risiko duduk dalam tu?” - Kereta jatuh gaung, bro trak tunda bingung siapa campak karpet berdarah... orang tua-tua kata jerangkung "Kereta terbabas di pagi raya," demikian kapsyen pada video yang memaparkan sebuah kereta terbabas sehingga memasuki belukar di tepi lebuh raya. Sehingga kini video berdurasi 14 saat itu meraih lebih 330,000 jumlah tontonan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Izz berkata dia menerima maklumat daripada pihak pengurusan syarikatnya ketika sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat sunat Aidiladha. "Ketika itu lebih kurang pukul 8 pagi. Saya sedang siap-siap berpakaian baju Melayu dan mahu bersalam-salaman dengan keluarga. Tiba-tiba walkie-talkie berbunyi memaklumkan ada insiden kemalangan. "Tanpa sempat menjamah ketupat atau rendang, terus bergegas ke lokasi kejadian. Kalau dilihat pada video itu ada beberapa orang yang berpakaian baju Melayu... itu daripada team kami. Memang tak sempat nak tukar," ceritanya. Menurut pemuda berusia 27 tahun ini, ketika tiba di lokasi, kereta berkenaan terjunam di bawah bukit di tepi lebuh raya justeru mereka mengambil keputusan untuk menghubungi bomba terlebih dahulu, dibimbangi ada mangsa yang perlu diselamatkan. Izz kesal dengan tanggapan segelintir pihak yang cepat membuat tuduhan terhadap pekerja trak tunda sepertinya. "Prosedurnya, setiap kali 'attend' kes kemalangan, kami akan dapatkan pengesahan daripada pemilik kenderaan ataupun warisnya terlebih dahulu sebelum menunda. "Macam dalam kes pagi raya baru-baru ini, pemiliknya selamat dan memberi persetujuan untuk menunda keretanya. Ambil masa kira-kira dua jam juga sebab keretanya terbabas bawah bukit. Mujur tiada kemalangan jiwa," ujarnya yang menetap di Bukit Beruntung, Selangor. Menurut Izz, dia menerima banyak komen daripada netizen yang tertanya-tanya nasib pemandu dan penumpang kereta berkenaan, selepas video tersebut tular. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Namun ada juga komen-komen yang berunsur negatif dan menyalahkan kononnya kemalangan sering berlaku disebabkan penunda yang guna taktik tertentu," ujarnya. Izz sudah dua tahun menyertai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan trak tunda. Dua tahun menyertai syarikat Al Bukhary Towing sebagai pekerja separuh masa (part time), Izz berkata golongan sepertinya tidak dapat lari daripada tuduhan tidak berasas segelintir pihak. "Memang ramai yang cakap, ada pekerja trak tunda simbah minyak di jalan raya dan sebagainya supaya senang dapat job towing. Mungkin ada yang buat macam tu sebagai jalan singkat. Ini antara sumber rezeki kami... jadi, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. IZZ "Namun saya nak jelaskan, syarikat kami sendiri ada ramai staf... berpuluh-puluh orang dan kami dibahagikan mengikut kawasan. Kami sentiasa dalam mode standby dan akan menunggu di hotspot seperti selekoh dan sebagainya. "Sebab itu bila ada kemalangan, kami cepat sampai. Tambahan pula kami akan menerima maklumat daripada orang awam, polis trafik, pihak lebuh raya. "Ini antara sumber rezeki kami... jadi, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga," katanya lagi. Sebahagian daripada staf Al Bukhary Towing. Berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang terlibat dalam bidang ini, Izz yang merupakan pekerja sektor swasta berkata, dia paling tersentuh apabila mengendalikan kemalangan yang melibatkan kematian. "Masa sampai lokasi kejadian, sebak bila lihat mangsa yang sudah meninggal dunia. Namun apa yang lebih sebak apabila melihat waris mangsa yang menangis kehilangan insan tersayang. "Awal-awal dulu, saya pun turut sama tersentuh seperti dapat menyelami apa yang dirasakan mereka. Namun lama kelamaan, saya boleh control perasaan tersebut walaupun tetap terkesan," ujarnya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!