suria

Cakap bahasa Indonesia mix dialek Kelantan, ramai keliru identiti jejaka ini... hakikatnya tuan badan pun ‘pening’ nak jawab soalan asal-usul dirinya

Yus kali terakhir berkunjung ke Indonesia pada tahun 2019 dan merancang terbang ke sana sejurus pandemik Covid-19 berakhir.

SERING menghasilkan content video bahasa Malaysia dan Indonesia menerusi TikTok, ada netizen yang keliru dengan identiti sebenar jejaka ini.

Malah, ada yang turut mempersoalkan asal-usul dirinya sehingga tular pula video memaparkan dia bertutur dalam dialek Kelantan.

Enggan membiarkan netizen berteka-teki, Yusfariq Iqmal Yuslan, 26 tampil memberi penjelasan buat hampir 40,000 pengikutnya mengenai hal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajahnya sering buat pengikut di TikTok keliru,tapi masih ramai berminat nak dalami ilmu daripada jejaka Arab-Malaysia ini

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan video ‘ajar ABC’, pengikut bertambah 6,000 dalam masa satu malam... siapa wanita pandai bertutur banyak bahasa ini?

Menurut jejaka yang mesra disapa Yus itu, kedua ibu bapanya merupakan anak jati Kelantan, namun dia dilahirkan dan dibesarkan di negara seberang.

"Saya lahir di Batam dan dibesarkan di Indonesia sehinggalah tahun 2012. Mak dengan ayah saya orang Kelantan, tapi ayah bekerja dengan sebuah hotel antarabangsa yang berpangkalan di Indonesia. Jadi lahirlah saya di sana.

"Saya sekolah rendah sehingga tingkatan tiga di Indonesia. Kemudian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula saya ambil di Malaysia. Ketika awal-awal saya buat content bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, ada yang tanya saya orang mana?

yus5

Sebahagian daripada ahli keluarganya.

"Saya selalu pening bila orang tanya asal usul. Saya cuma cakap saya dilahirkan dan dibesarkan di Indonesia, tapi saya orang Malaysia. Sejurus lahir bapa saya daftarkan saya di kedutaan.

"Kemudian ada pula yang tanya mengenai kad pengenalan (IC) saya. Bila saya buat video cakap Kelantan, ramai yang terkejut," ujarnya kepada mStar.

Cikgu tegur karangan bahasa Malaysia saya keluar bahasa Indonesia.

YUS

Mengimbas zaman persekolahannya di negara ini, Yus mengakui dia mengalami kesukaran apabila karangan dihasilkannya secara tidak sengaja bercampur-aduk dengan bahasa Indonesia.

"Saya ada lima beradik dan saya anak bongsu. Kalau dengan mama dan papa, biasanya saya cakap Kelantan. Tapi dengan adik-beradik, kami campur bahasa, ikut situasi. Jadi saya selalu keliru.

"Ingat lagi ketika saya sekolah tingkatan lima di Kelantan. Cikgu tegur karangan bahasa Malaysia saya keluar bahasa Indonesia," ujarnya berseloroh.

yus4

Yus ketika bersekolah di Kelantan.

Tambah Yus, dia kali terakhir pergi ke Indonesia pada tahun 2019 dan merancang terbang ke sana sejurus pandemik Covid-19 berakhir.

Mengenai dirinya, Yus merupakan pelajar bidang Seni Reka Dalaman di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak, Selangor.

Dalam masa yang sama, Yus juga sibuk mengusahakan jenama tudung sendiri sejak tahun 2017.

Ujarnya, dia mula menjadi personal shopper kepada rakan dan saudara di Malaysia sejak berusia 13 tahun, sekali gus membuatkan dia minat dalam bidang bisnes.

yus3

Foto keluarganya ketika mereka masih berada di Indonesia.

"Saya bermula ketika umur 13 tahun di Jakarta. Saya cakap kepada saudara mara atau kawan, kalau mereka ada nak beli barang dari Indonesia, boleh minta tolong saya. Saya jadi personal shopper.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bisnes tudung ini pula saya keluarkan sejak tahun 2017, masa awal masuk degree. Alhamdulilah, agak mengejutkan apabila bisnes berjalan lancar biarpun pandemik melanda.

"Impian saya agar jenama tudung saya akan ke peringkat global. Cuma dalam bisnes ini, kita kena konsisten. Bukannya hari ini jual, terus orang beli dengan banyak.

"Cari seseorang yang ada pengalaman dan boleh ajar kita. Yang penting kena pandai urus masa," ujarnya yang kini menetap di Cyberjaya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain