suria

Aidiladha 2020 ‘aunty’ doa cepat kahwin, raya tahun ni dah ada suami.... patutlah wanita ini lambat sikit nikah, jodoh duduk jauh di UK!

Foto kiri ibu saudara mengetuai bacaan doa beramai-ramai ketika Aidiladha tahun lalu, foto kanan Iylia (kanan) dan suami pada Aidiladha tahun ini.

SETAHUN lalu ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, wanita ini menjadi perhatian apabila ibu saudaranya mendoakan agar dirinya dipertemukan jodoh.

Menerusi video di aplikasi TikTok itu, ibu saudara bersama saudara-mara lain beramai-ramai menadah tangan membacakan doa buat dirinya yang masih belum mendirikan rumah tangga.

Terbaharu, dia memuat naik video di aplikasi popular itu, menunjukkan dirinya bersama seorang lelaki yang merupakan suaminya, dirakamkan pada Hari Raya Aidiladha, Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 kali jumpa wanita tak dikenali di majlis kahwin, lelaki ini beranikan diri masuk meminang... dedah 2 kali tulis nama calon isteri dalam buku 101 impian

ARTIKEL BERKAITAN: Dah tak solo! Kaki travel bertemu jodoh dengan tour guide, 'cair' keberanian jejaka Kashmir - "India bukan dalam senarai percutian saya"

Wanita berkenaan, Nur Iylia Malek berkata, sesi doa beramai-ramai itu dibuat ketika sambutan Hari Raya Aidiladha di kampung ibunya di Masjid Tanah, Melaka, pada 31 Julai tahun lalu.

Menjangkau usia hampir 30 tahun ketika itu, dia amat bersyukur dan berbesar hati kerana mempunyai saudara-mara yang begitu mengambil berat terhadap dirinya.

"Saya suka dengan makcik-makcik saya sebab tak tanya atau mendesak bila saya nak kahwin. Sebaliknya mereka mendoakan saya yang baik-baik agar dipertemukan jodoh.

"Kalau nak ikutkan, umur saya 28 ketika itu dianggap lewat untuk perempuan berkahwin. Tapi ada je 'makcik-makcik' lain (bukan keluarga) yang kata tak okay kalau tak kahwin lagi. Macam saya dah buat dosa atau kesalahan besar," katanya kepada mStar.

makcik doakan jodoh 2

Ibu Iylia (tengah) dan Aunty Noresah (dua, kiri) bersama adik-beradik lain.

Lebih mesra disapa Iylia, wanita berusia 29 tahun itu berkata, soal jodoh seperti rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT dalam pelbagai cara.

"Sama juga orang dah berkahwin, rezekinya dikurniakan anak. Seperti saya yang masih bujang ketika itu, Alhamdulillah saya dikurniakan rezeki dalam bentuk bisnes.

"Allah beri peluang kepada saya untuk berbakti kepada mak dan ayah serta membahagiakan mereka dengan rezeki yang saya peroleh," ujarnya yang berasal dari Jitra, Kedah.

makcik doakan jodoh 3

Iylia (kiri) bersama Aunty Noresah.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, perkongsiannya itu juga mahu mendidik anak-anak muda agar tidak terburu-buru untuk mencari jodoh.

"Jangan risau kalau jodoh lambat sebab Allah nak bagi rezeki dengan cara lain dulu. Jangan paksa diri cari jodoh kerana masanya akan tiba apabila menemui pasangan yang sesuai.

Jangan risau kalau jodoh lambat sebab Allah nak bagi rezeki dengan cara lain dulu. Jangan paksa diri cari jodoh kerana masanya akan tiba apabila menemui pasangan yang sesuai

NUR IYLIA MALEK

"Kadang-kadang bukan sebab memilih, tapi mungkin ada sebab yang orang lain tak tahu. Mungkin orang tu baru putus cinta, kena tinggal atau pasangan curang atau ada sebab lain seperti nak tumpu pada kerja atau belajar dahulu, atau nak jaga mak ayah.

"Suka bertanya bila nak kahwin mungkin dianggap prihatin, tapi mereka tak tahu pertanyaan itu boleh menyedihkan orang yang berkenaan," katanya yang mengusahakan bisnes dalam talian.

makcik doakan jodoh 4

Iylia (kanan) bernikah bersama jejaka pilihan pada Mei 2021.

Dalam pada itu, Iylia mengakui dirinya masih bujang ketika ibu saudaranya yang lebih dipanggilnya Aunty Noresah 'mengetuai' bacaan doa bersama adik-beradik ibunya seramai 12 orang ketika sambutan Aidiladha tahun lalu, di mana aktiviti merentas negeri masih dibenarkan.

"Masa tu saya single. Melalui seorang rakan, saya diperkenalkan kepada seorang lelaki rakyat Malaysia yang ketika itu belajar Master di UK (United Kingdom) dan kami sekadar kawan.

"Kami bertemu buat pertama kali selepas dia pulang ke tanah air pada Oktober, beberapa bulan selepas itu. Kami kemudian semakin rapat sebelum dia ajak bertunang pada Mac tahun ini.

"Kami bernikah pada Mei lalu dan pada Hari Raya Aidiladha tahun ini saya sudah bergelar isteri orang. Alhamdulillah urusan jodoh saya dipermudahkan.

"Bagi saya, dia adalah lelaki yang tepat buat saya. Kenapa dia? Dia seorang pembersih, caring, menghormati orang dan rajin memasak... tapi apa yang lebih penting adalah keikhlasan dia, seorang yang serius untuk mengahwini saya," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain