suria

Susah nak tiru sampai raih jutaan views, itulah uniknya ‘tarian hentam saja’! Abang driver tetap ligat menari selepas akaun TikTok lesap

GD merupakan anak kelima daripada tujuh beradik dan kini bekerja sebagai pemandu di sebuah kilang.

SECARA tiba-tiba sahaja, nama remaja berusia 19 tahun ini menjadi popular dalam kalangan pelayar media sosial.

Dalam tempoh kurang sebulan, Armujim Rai yang berasal dari Lahad Datu, Sabah, meraih lebih 25,000 pengikut di TikTok gara-gara video tariannya yang mencuri perhatian ramai.

Salah satu video tarian yang dikongsi olehnya di aplikasi TikTok turut meraih sehingga 1.7 juta tontonan

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi tarian K-Pop setiap hari sejak PKP, jejaka ini terkejut pengikut di TikTok lebih tenang... tak pernah kecam!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu terkinja-kinja menari, wanita berhijab ini ‘masyuk’ hanya dengan buat ‘finger dance’ di TikTok

Gara-gara sambutan luar biasa, akaun TikTok miliknya juga secara tiba-tiba dipadam pada Selasa lalu sehingga dia terpaksa mendaftarkan akaun baharu.

"TikTok saya kena banned secara kekal pada Selasa lalu. Tapi saya dah buat akaun TikTok baharu.

"Tak tahu kenapa, mungkin ada yang report. Banyak juga yang kecam dan hina. Tapi saya tak kisah.

"Saya tidak kecil hati. Saya buat seperti biasa saja. Biar muka saya begini, saya OK je.

688391

Ada yang turut memberi komen kononnya wajah remaja itu iras penyanyi Yonnyboii.

"Saya kata pada mereka. Kalau tak suka, boleh cari video lain. Senang begitu," ujarnya yang mesra disapa GD atau Ajim.

Jelasnya, nama panggilan GD diinspirasikan daripada nama ketua kumpulan K-Pop G-Dragon yang diminatinya sejak dulu lagi.

Sejujurnya tarian itu saya hentam saja, hanya mengikut muzik.

GD

Dalam pada itu kata GD, penangan video-video tarian tular di TikTok, dia turut ditegur beberapa indvidu setiap kali berada di kawasan awam.

Malah, ada yang turut berseloroh dan meminta dia menari secara langsung di hadapan mereka.

Jelas GD, dia terkejut apabila menjadi perhatian memandangkan baru sahaja berjinak-jinak dalam penghasilan video TikTok.

gd2

Akaun TikTok asal miliknya lesap pada Selasa lalu.

"Saya suka menari dari dulu, jadi kawan suruh saya main TikTok. Saya tak sangka boleh jadi viral. Saya terkejut dan gembira.

"Saya bersyukur sebab ramai yang terhibur. Biarpun ada yang komen negatif, tapi ramai yang terhibur dan beri sokongan.

"Bila saya turun ke bandar, ramai yang tegur, mereka kenal saya melalui video TikTok. Mereka juga minta saya menari.

gd1

Paparan skrin video tular yang meraih lebih sejuta tontonan.

"Sejujurnya tarian itu saya hentam saja, hanya mengikut muzik. Daripada badan hingga ke kaki ikut menari.

"Orang kata tiada siapa boleh tiru tarian saya," ujarnya berseloroh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, GD turut peka dengan komen segelintir netizen yang menyamakan wajahnya dengan penyanyi Yonnyboii.

Enggan mengulas lanjut persamaan yang disebut-sebut itu, GD bagaimanapun mengakui suka mendengar lagu-lagu dendangan penyanyi berkenaan.

"Saya tak kisah kalau orang nak kata sama dengan muka sesiapa pun. Saya tahu muka saya sendiri macam mana.

gd3

GD tak kisah dengan komen netizen di media sosial.

"Saya minat juga Yonnyboii. Selalu dengar lagu-lagu dia, rap memang power," ujar GD lagi.

Mengenai dirinya, GD merupakan anak kelima daripada tujuh beradik dan kini bekerja sebagai pemandu di sebuah kilang.

Untuk rekod, akaun TikTok GD yang baharu kini memiliki 3,500 pengikut.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain