AKSINYA melayan cucu-cucu bermain tembak-tembak seperti permainan 'askar-askar' menjadi perhatian dengan video di aplikasi TokTok meraih lebih setengah juta tontonan. Kelihatan seperti kebudak-budakan bersama anak-anak kecil, namun gerak-geri seorang datuk itu menghiburkan ramai sehingga dipuji sebagai 'comel'. Siapa sangka di sebalik lagaknya melakukan serangan hendap dan pergerakan merangkak ke depan ala komando, rupa-rupanya si datuk itu merupakan pesara tentera. ARTIKEL BERKAITAN: Garang tapi gigih kirim asam keping, rambutan untuk anak cucu! 12 beradik kelu, menangis dengar permintaan hadiah birthday daripada bapa ARTIKEL BERKAITAN: Penuh emosi... 'drama' bapa tahan pintu kereta menangis teresak-esak ketika anak mahu pulang undang air mata - "Masa salam abah nampak okay" Anaknya, Muhammad Auf Mohd Ali memberitahu, rakaman itu dibuat pada Khamis sewaktu makan malam di rumah bapanya di Segamat, Johor. Namun kata pemuda berusia 23 tahun itu, bapanya yang berumur 58 tahun itu lebih berminat untuk melayan dua anak buahnya, masing-masing berusia lima dan tiga tahun. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Masa tu kami panggil ayah untuk makan sekali, dan biarkan cucu-cucu ayah main 'askar-askar' selepas abang baru beli senapang untuk anak-anak dia. "Tapi ayah tak join makan dengan kami sebab dia syok main tembak-tembak dengan cucu-cucu. Seronok sangat melayan cucu-cucu sampai lambat makan," katanya kepada mStar. Bapa Auf menganggotai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak 1978, sebelum berkhidmat di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari 2006 sehingga bersara pada 2019.Bapa Auf ketika berkhidmat di APMM. Menurut anak keempat daripada tujuh beradik itu, bapanya sebenarnya merupakan seorang yang tegas dan garang sehingga digeruni anak-anak. "Masa kecil-kecil dulu, kami adik-beradik susah nak cakap dengan ayah sebab takut. Ayah garang sangat, jadi kami lebih banyak bercakap dengan mak. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kalau balik lambat selepas pukul 7 malam, kena siap-siap usap betis. Kenapa? Sebab ayah akan standby kat pintu rumah dengan tali pinggang akan sebat kat betis. "Ayah memang mementingkan disiplin. Kalau anak-anak nakal, suka gaduh-gaduh dan balik lambat memang kena sebat... saya sendiri pernah kena sebat," ujarnya yang mengimbas kembali zaman dia dibesarkan di kuarters TLDM di Lumut, Perak.Bapa Auf (kanan) di meja makan. Auf yang baru berkahwin pada Mei lalu berkata, bapanya bagaimanapun menjadi lebih mesra sejak dikurniakan dengan tiga cucu setakat ini. "Walaupun garang dengan anak-anak, ayah sebenarnya begitu mengambil berat terutama pendidikan. Perkara yang selalu ayah buat adalah periksa kereta anak-anak. Masa kecil-kecil dulu, kami adik-beradik susah nak cakap dengan ayah sebab takut. Ayah garang sangat MUHAMMAD AUF "Kalau ada minyak hitam kurang ke, ada masalah ke, ayah akan suruh kami hantar kereta ke bengkel. Dia tak baiki kereta, tapi sedikit-sebanyak tahu pasal kereta," katanya. Tambah Auf, bapanya yang merupakan penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menghabiskan waktu persaraannya dengan melakukan kerja-kerja kampung selain berkebun.Auf (lima, kanan) bersama keluarga. "Percaya atau tidak, ayah juga selalu masuk dapur tolong potong-potong bahan-bahan untuk persiapan mak memasak," katanya sambil menambah ibunya berusia 52 tahun. Auf yang bertugas sebagai operator skylift berkata, aktiviti bermain 'askar-askar' antara bapanya bersama anak-anak buah tidak berhenti setakat itu, malah diteruskan keesokan hari. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Cucu-cucu pun seronok bila atuk suka melayan. Malamnya main lagi tapi tak tahu permainan apa, saya tahu ayah dan cucu-cucu berlari pusing-pusing kereta di depan rumah. "Masuk rumah je ayah dah mula rasa pitam sampai muntah-muntah. Kasihan pula tengok ayah. Begitulah ayah seronok sangat bermain dengan cucu-cucu sampai lupa dia penat," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!