SEMPENA ulang tahun kelahiran yang ke-54 pada 8 Julai lalu, seorang ibu kepada enam cahaya mata tampil dengan idea berbeza untuk meraikannya. Menurut Mustapha Shobri Shauqi, ibunya, Rosjuliana Mohd Daud menghasilkan hidangan istimewa nasi dagang Terengganu sebelum ia disedekahkan kepada para rider penghantar makanan di sekitar Kota Damansara. Mesra disapa Mustapha, dia yang berusia 29 tahun mendedahkan ibunya tampil dengan idea berkenaan memandangkan situasi pandemik Covid-19 yang tidak bersesuaian untuk mereka melakukan sebarang sambutan pada saat ini. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tersentuh hati tengok rider bawa anak ketika bertugas hantar makanan... siap nak sedekah ekzos, helmet ARTIKEL BERKAITAN: Dalam perjalanan hantar order, rider nak menitis air mata baca notifikasi di telefon... terus berhenti tepi - “Sepanjang jalan rasa sejuk je...” "Kami buat agihan pada hujung minggu, beberapa hari selepas hari lahir mak. Sebab saya pun bekerja, jadi susah untuk buat pada hari biasa. "Mak saya dari dulu memang dia suka jamu orang makan. Tambah-tambah lagi kalau orang datang ke rumah. Tapi sekarang tak boleh nak raikan dan buat majlis di rumah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Jadi dia nak buat sesuatu yang berbeza. Sebab itulah kami agihkan 50 bungkus nasi dagang pada hari itu untuk rider Foodpanda dan GrabFood. "Masa dia cadangkan idea, saya pun awalnya ada terfikir tentang hari jadinya. Sepatutnya kita raikan dia, tapi mak nak bagi makanan untuk rider," ujarnya kepada mStar. Mustapha bersama ibunya. Menurut Mustapha yang juga anak kedua daripada enam beradik, ibunya memiliki pengalaman dalam bidang penyediaan makanan dan pernah membuka restoran sebelum ini. Kini, ibunya hanya menerima tempahan makanan dari rumah yang dijual secara dalam talian sahaja. Kalau nak buat majlis hari jadi pun tak sesuai pada masa sekarang. MUSTAPHA "Mak saya ada background sebagai cef. Dulu dia bekerja di Teh Tarik Place, kemudian pernah buka restoran sendiri. "Sekarang ambil order dan buat di rumah, banyak online. Disebabkan itu juga, mak dah terbiasa dengan golongan rider yang selalu buat penghantaran makanan untuknya. "Sewaktu kami buat agihan pun, rider yang terima makanan cakap terima kasih, mereka tanya apa dalam bungkusan tu? Mereka sekeluarga menyumbangkan nasi dagang Terengganu kepada ramai rider di sekitar Kota Damansara. "Dapatlah gembirakan mereka pagi-pagi sementara nak tunggu hantar makanan. Ketika itu saya dibantu dua adik untuk buat agihan," ujarnya lagi. Menurut Mustapha, penting untuk setiap masyarakat di negara ini menghargai pengorbanan rider yang banyak membantu kehidupan kita sejak pandemik melanda. Mustapha turut dibantu dua adiknya ketika mengagihkan makanan. "Pada pandangan saya, mungkin ada dalam kalangan mereka yang sedang mencari pendapatan tambahan, ada yang sara keluarga, atau ada yang dibuang kerja. "Mungkin juga mereka nak cari kerja lain tapi sangat susah sekarang dan ambil alternatif untuk jadi rider. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Kalau nak buat majlis hari jadi pun tak sesuai pada masa sekarang. Macam tak ada empati bila kita berkumpul ramai-ramai ketika ramai orang tengah susah," ujarnya. Mengenai dirinya, Mustapha yang menetap dengan keluarganya di Kota Damansara mengusahakan perniagaan pakaian sejak beberapa tahun lalu. Di TikTok, netizen turut mengucapkan selamat hari lahir buat ibunya menerusi ruangan komen posting video itu. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!