KASIH dan sayang terhadap ibu bapa takkan boleh ditukar dengan wang ringgit. Dek kerana kasihnya kepada orang tua, pemuda ini sanggup mengambil keputusan nekad untuk menyerahkan surat perletakan jawatan kepada syarikat tempatnya bekerja demi menjaga bapa yang sakit. "Demi abah... berhenti 24 jam," demikian tulisnya pada video yang dikongsi di aplikasi TikTok yang sehingga kini meraih lebih 775,000 jumlah tontonan dalam tempoh sehari. ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti kerja, balik kampung jaga mak sakit! Video ibu menangis anak nak tinggalkan wad undang air mata - “Pukul 5 pagi saya kena halau” ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan teman ke klinik, anak bongsu rela korbankan kerja demi jaga bapa tiba-tiba kena strok - “Sedih tengok abah, penduduk taman pun terkesan” Berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Amirul Ridzuan Hassan berkata dia sebenarnya sudah berhenti kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung halaman pada penghujung tahun lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Tujuh bulan menetap di kampung halaman di Kuala Besut, Terengganu untuk menguruskan bapanya yang sakit, Amirul berkata dia menjalankan bisnes menjual beg secara atas talian (online) untuk meraih pendapatan yang dimulakan sejak April lalu. "Saya dah dua tahun bekerja di Kuala Lumpur... abah saya sememangnya kurang sihat. Ketika dapat perkhabaran mengenai keadaan kesihatan abah yang makin merosot, saya baharu seminggu ditukarkan ke jabatan yang lain. "Saya fikir, mana mungkin saya boleh bekerja dengan senang hati sedangkan abah sakit. Selepas berfikir mendalam dan bincang dengan pengurus, saya ambil keputusan berhenti kerja 24 jam. Saya 'gamble' saja masa ambil keputusan tu. "Masa itu hanya fikir abah dan tanggungjawab. Bagi saya, tiada gunanya menjadi anak jika tak berbakti kepada orang tua. Sebelum ini setiap kali temu janji abah dekat hospital, saya akan ambil cuti dan pulang ke kampung untuk bawa abah. Amirul (kanan) mengambil keputusan nekad untuk pulang ke kampung halamannya di Kuala Besut kerana mahu menjaga bapanya yang sakit. "Pernah abah suarakan rasa sedih sebab anak-anak jauh. Itu yang membuatkan saya nekad," ujar pemuda berusia 25 tahun ini. Menurut pemuda yang senang disapa sebagai Amirul, bapanya yang berusia 62 tahun menghidap sakit buah pinggang, saraf, darah tinggi dan kencing manis selain tidak mampu berjalan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Anak keempat daripada tujuh adik beradik ini berkata, dia memikul tanggungjawab untuk menjaga bapanya memandangkan adik beradik yang lain sudah berumah tangga dan tinggal berjauhan. "Dekat kampung hanya ada ibu dan adik-adik yang masih bersekolah dan masih kecil. Jadi sedikit sebanyak pergerakan dan tenaga mereka terbatas," katanya lagi. Bapa Amirul yang berusia 62 tahun menderita sakit buah pinggang, saraf, darah tinggi dan kencing manis selain tidak mampu berjalan. Menurut Amirul, dia sedar peluang untuknya mendapatkan pekerjaan yang sesuai di kampung halamannya agak terhad, namun memilih untuk bertawakal. "Saya dah cuba memohon macam-macam pekerjaan namun belum sampai rezeki saya. Saya faham mungkin sekarang situasi sukar kerana pandemik, banyak majikan terpaksa buang pekerja. Jadi saya cuba berjinak-jinak jual beg sejak April lalu. "Hampir empat bulan jual beg 'waterproof', memang tak dapat sambutan... pernah je tak ada sale langsung. Jadi saya saja share di TikTok mengenai kisah saya yang berniaga online selepas berhenti kerja. Ada yang marah-marah saya lambat balas mesej... siap ada yang tuduh saya reka cerita. Sebenarnya saya handle bisnes ni seorang. MOHD AMIRUL RIDZUAN HASSAN "Memang sangat di luar jangkaan apabila video tersebut viral dan mendapat sambutan hebat daripada netizen. Beribu mesej masuk sampai telefon saya 'jammed'. Saya pula masih baru dan banyak lagi kena belajar pasal bisnes. "Ada yang marah-marah saya lambat balas mesej... siap ada yang tuduh saya reka cerita. Sebenarnya saya handle bisnes ni seorang, tambahan pula kena bahagikan masa urus abah jadi ambil masa nak respon. Saya minta maaf atas kesulitan yang berlaku dan saya akui banyak lagi saya kena perbaiki dan belajar," ujar Amirul. Tidak menyangka perkongsiannya tular, Amirul mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada netizen yang memberikan sokongan dan tidak lupa mendoakan bapanya. Amirul tidak menyesali keputusan yang diambil untuk pulang ke kampung halaman, malah terharu dengan sokongan netizen. "Saya tabik dengan rakyat kita... kalau support, mereka support sungguh-sungguh. Terima kasih kepada semua. Saya tak harapkan bantuan wang ringgit, namun mohon doa dan sokongan kepada bisnes saya. "Dalam pada itu, saya juga nak sampaikan mesej kepada orang di luar sana agar menghargai dan menyayangi ibu bapa masing-masing. Setinggi mana kedudukan kita, janganlah lupa ibu dan bapa. "Tanpa mereka, siapalah kita. Merekalah mutiara paling berharga dan hargai mereka selagi masih ada nyawa," ujarnya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!