LUKISANNYA mungkin kelihatan seperti satu lakaran conteng, tapi jualannya laku keras! Begitulah penangan lukisan seorang pemuda apabila setiap karyanya yang dipromosikan di platform e-dagang popular habis dijual. "Tak dan nak beli. Hmm." ARTIKEL BERKAITAN: Potret kanak-kanak menangis atas pinggan bikin ramai sayu, pelukis dedah kisah di sebalik 'nasi berlaukkan kicap' ARTIKEL BERKAITAN: Kreatif, ada ijazah tapi tak dapat kerja! Rezeki pemuda ini mencurah selepas rajin tolong mak ayah di kedai makan - "Tak sangka iPad baru ni boleh buat duit" "Alamak. Sold out dah." "Sold out pula. Baru nak beli. Hmmm kalau bagi gambar sendiri boleh kan?" menurut komen-komen netizen di laman sosial berhubung lukisan yang dijualnya.Lakaran potret Siti Nurhaliza. Pemuda berkenaan, Muhd Adib Afdzal Taib berkata, lukisannya itu tiada sambutan apabila dia pertama kali memuat naik lukisannya secara dalam talian, minggu lalu. Namun nasib anak muda berusia 25 tahun itu berubah keesokan hari, selepas seorang pengguna aplikasi TikTok membuat perkongsian mengenai lukisannya hingga menjadi tular. "Jualan melonjak naik. Rasa terkejut dan terharu sebab ada yang puji lawa. Syukur dapat menghiburkan ramai terutama mereka yang kemurungan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). "Saya memang minat melukis sejak sekolah rendah. Konsepnya simple sahaja. Boleh dikatakan lukisan orang malas," katanya kepada mStar.Lukisan potret perdana menteri. Lebih mesra disapa Adib, idea untuk menghasilkan lukisan-lukisan unik itu timbul selepas dia terlihat seorang penjual di platform e-dagang menjual kata-kata semangat. Secara kebetulan, dia ketika itu sedang membuat suntingan pada sebuah poster untuk syarikatnya menggunakan perisian Photoshop. "Dari situ saya terfikir kenapa tidak jual lukisan di Shopee. Saya melukis dengan membuat lakaran di Photoshop menggunakan mouse (tetikus). "Selain wajah manusia, saya juga melukis haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Malah ada juga mahu saya lukis pokok bunga," ujarnya yang berasal dari Kuching, Sarawak.Adib turut melukis potret Neelofa. Antara lukisannya yang memaparkan figura terkenal sehingga menjadi perhatian ramai adalah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, pengacara Neelofa dan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Menurut anak sulung daripada tujuh beradik itu, dia mengambil masa antara lima hingga 10 minit untuk setiap lukisan hitam dan putih, dan 10 hingga 15 minit bagi lakaran berwarna. Ada pelanggan saya mengatakan walaupun lukisan ini conteng-conteng, tetapi kita boleh kenal empunya wajah dalam lukisan tersebut. ADIB Setiap lukisan hitam putih dijual pada harga 50 sen, manakala 80 sen untuk lakaran berwarna. "Saya hanya menjual setiap lukisan serendah 50 sen. Setakat hari ini (Ahad), lebih 400 lukisan terjual dengan pendapatan lebih RM200. "Ada pelanggan yang ingin menempah untuk staf pejabat mereka sebanyak 60 potret! Ada juga yang ingin bekerjasama membuat cetakan t-shirt menggunakan lukisan saya," ujarnya yang bekerja dalam bidang pemasaran.Lakaran Lee Chong Wei. Adib bagaimanapun menjelaskan bahawa dia sebenarnya bukanlah pakar seni lukisan, dan mengakui tidak mempunyai pengalaman dalam bidang berkenaan. "Apa yang saya tahu, ada pelanggan saya mengatakan walaupun lukisan ini conteng-conteng, tetapi kita boleh kenal empunya wajah dalam lukisan tersebut. "Saya melakukannya sekadar suka-suka dan mahu menghiburkan orang. Pendapatan yang saya peroleh daripada menjual lukisan tersebut hanyalah sebagai bonus tambahan," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!