suria

Dah lama tunggu kejutan hari jadi, suami terima ‘kek kubur’ pemberian isteri dengan hati terbuka... rupa-rupanya ada sesuatu mahu disampaikan

Foto kiri Mas Andi bersama kek hari jadi, foto kanan Mas Andi (kiri) bersama isteri.

PELBAGAI idea kreatif dilakukan untuk membuat kejutan sempena hari ulang tahun insan tersayang.

Namun kejutan luar biasa diterima seorang lelaki apabila dihadiahkan dengan kek hari jadi berbentuk kubur berwarna putih.

Video yang baru dikongsi di aplikasi TikTok itu barangkali kelihatan 'menyeramkan' untuk sambutan ulang tahun, apatah lagi kek tersebut diberikan oleh isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan rancang nak surprise suami, isteri dapat 'kejutan' terlebih dahulu... kek birthday terbelah di tangan runner tak jujur - "Kenapalah dia tak fikir"

ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan suami, berkali cuba buat kejutan tapi asyik gagal! Tahun ni isteri dapat kek birthday cair pula - "Saya tengok dia dah macam runner"

Lelaki berkenaan, Mas Andi Syah Sarudin berkata, dia sememangnya menantikan kejutan kek setiap kali sambutan hari jadi seperti tahun-tahun sebelumnya.

Namun lelaki berusia 37 tahun itu memberitahu, dia benar-benar tidak menyangka kejutan yang dibuat isterinya untuk majlis hari jadinya pada 21 Mac lalu berupa kek berbentuk kubur.

"Kebiasaannya isteri tempah kek untuk hari jadi tapi kali ini sebelum kek sampai ke rumah, isteri datang jumpa saya buat pengakuan. Dia rasa serba salah.

"Isteri terpaksa beritahu awal walaupun pada asalnya dirancang sebagai kejutan kerana bimbang saya kecil hati. Dia tunjukkan sekeping gambar kek berbentuk kubur.

"Mulanya saya terkejut tapi saya langsung tak ambil hati. Sebaliknya saya ketawa sebab tak terfikir sebegitu kreatif isteri nak buat kejutan untuk saya," katanya kepada mStar.

kek kubur 2

Kek hari ulang tahun ke-37 buat Mas Andi.

Lebih mesra disapa Mas Andi, katanya, kek ditempah isterinya yang berusia 35 tahun itu mempunyai kaitan dengan tugasnya mengendalikan syarikat pengurusan jenazah di Singapura.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Walaupun kek tu ada kena-mengena dengan kerja saya uruskan jenazah, tetapi ia sebenarnya adalah simbolik isteri menyokong kerjaya yang saya pilih dalam pengurusan jenazah.

"Isteri tidak pernah menghalang apa jua bidang yang saya cuba ceburi. Saya dulu pernah kerja offshore dalam bidang minyak dan gas sehingga sekarang menyediakan khidmat menguruskan jenazah, apa-apa dia izinkan dan sokong," ujar warga Singapura itu.

kek kubur 4

Mas Andi berpengalaman selama enam tahun dalam pengurusan jenazah.

Berpengalaman selama enam tahun dalam pengurusan jenazah, bapa kepada dua anak itu turut bersyukur kerana kejutan kek itu sekurang-kurangnya mengingatkannya kepada kematian.

"Kerja dekat kubur ni, saya selalu baca talkin dan tazkirah kepada ahli keluarga jenazah mengingatkan kematian itu sesuatu yang pasti.

Walaupun kek tu ada kena-mengena dengan kerja saya uruskan jenazah, tetapi ia sebenarnya adalah simbolik isteri menyokong kerjaya yang saya pilih dalam pengurusan jenazah.

MAS ANDI

"Bila saya dapat peringatan ni daripada orang yang terdekat, ia amat berharga. Selama ini saya asyik mengingatkan orang lain tentang kematian.

"Pada masa sama, ia membuatkan saya tidak lupa daratan. Selama ni saya kat kubur selalu talkin, doa untuk orang tapi saya pun kena terima peringatan dan teguran daripada orang lain," katanya yang turut menyediakan khidmat tahnik dan cukur rambut.

kek kubur 3

Mas Andi (dua, kiri) bersama isteri (kanan) dan anak-anak.

Dalam pada itu, Mas Andi yang menetap bersama keluarga di Woodlands di negara republik itu gembira menikmati kek 'kubur' itu kerana ia berperisa coklat yang merupakan kegemarannya.

"Kami sekeluarga makan kek tu sampai habis, sedap sebab perisa coklat. Kek ini memang satu kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi saya.

"Sampai saya bergurau dengan isteri, saya cakap kalau tahun ini kali terakhir saya sambut hari jadi... awak jangan rasa serba salah pula. Apa pun saya bersyukur dikurniakan isteri yang baik.

"Sejak awal pembabitan saya dalam pengurusan jenazah, dia selalu mengingatkan apa niat saya melakukan kerja-kerja ini agar saya sentiasa merendah diri meskipun dikenali ramai dengan apa yang kita lakukan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain