RAKAMAN memaparkan seorang gadis sedang berlari dalam gelanggang luncur ais di sebuah pusat beli belah tular sehingga meraih 2.5 juta tontonan. Bagi mereka yang tertanya-tanya, dia merupakan atlet hoki ais kebangsaan yang sudah berkecimpung dalam sukan itu secara profesional sejak tahun 2018. Menurut Alia Husna Mohd Hanafi, 25, dia bermula agak lewat dalam bidang itu, namun sentiasa yakin dalam mengejar impiannya. ARTIKEL BERKAITAN: Pemalu orangnya, atlet taekwando buat video tutorial sukan lain tular di TikTok... tak sabar nak test skill selepas pandemik ARTIKEL BERKAITAN: Gigih berlatih... atlet berbasikal nak tak nak terpaksa redah banjir, kalau patah balik makin jauh kayuh "Saya sudah bermain luncur ais sekitar tujuh ke lapan tahun yang lalu. Hoki pula masih baru, dalam tiga atau empat tahun lalu. "Pada tahun 2015, saya selalu pergi meluncur ais di sebuah stadium hoki ais di Damansara. Kemudian saya cuba sertai akademi sehinggalah pada suatu hari, ada seorang jurulatih dari Finland perasan akan kehadiran saya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Dia minta saya meluncur satu pusingan untuk dia tengok. Lepas tu terus dia bagi nombor telefon, dia nak bagi saya peluang untuk cuba hoki ais. Bermula dari situ, saya ceburi sukan berkenaan. Pada 2018 saya masuk team kebangsaan," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Alia, anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui dia turut mengalami kesukaran ketika awal pembabitannya dalam sukan itu. Alia kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan. Kata Alia, dia ragu-ragu akan pilihannya itu namun tetap mencuba sehingga berjaya menyesuaikan diri dan jatuh cinta terhadap bidang itu. "Mula-mula memang susah. Pada awal pembabitan, saya dah terbiasa dengan aktiviti luncur ais, tapi saya kena belajar hoki pula. Kombiniasi itu agak susah pada mulanya. Saya buat bisnes grooming kucing sejak September tahun lepas. ALIA "Dua tahun pertama saya masih ragu-ragu. Saya tertanya-tanya, boleh ke saya meluncur macam orang lain? Saya cuba push diri. Seiring masa berlalu, saya jatuh cinta dengan sukan ini. "Sukar nak gambarkan perasaan bila dapat rasa angin, rasa laju bila menuncur... dari masa ke semasa saya cuba perbaiki diri. Yang penting jangan malas dan jangan putus asa. "Bila kita belajar, jatuh tu perkara biasa," ujarnya yang menetap di Ampang, Selangor. Video Alia yang tular di TikTok. Dalam pada itu, Alia berkata dia terkejut apabila video melibatkan dirinya yang dirakam pada Februari tahun lalu tiba-tiba tular selepas dikongsi ke TikTok. Ujarnya, ada segelintir individu yang tidak tahu mengenai sukan hoki ais mempersoalkan tindakannya yang memecut laju dalam gelanggang di sebuah pusat beli belah di Putrajaya. Namun katanya, ramai netizen turut memberikan sokongan, tak kurang juga yang menyatakan minat untuk menyertainya. Alia mula menjadi atlet pada 2018. "Saya tak sangka ia viral. Masa tu saya pun tak ada ramai followers pun. Ada orang faham, ada orang tak faham video itu. Mereka persoal kenapa saya berlari dalam gelanggang. Larian yang saya buat merupakan sebahagian daripada sukan hoki ais. "Pada masa sama, ramai juga yang minta ajar. InsyaAllah saya akan hasilkan video-video berkaitan sukan ini pada masa akan datang. Saya gembira bila ramai orang mula kenal sukan ini. "Ia memberi motivasi kepada saya bila ada yang suarakan hasrat untuk sertai sukan ini. Ia satu peluang yang bagus untuk kita cari lebih ramai bakat dalam sukan ini," ujarnya. Kata Alia, dia menyimpan hasrat untuk menjadi juara dunia dan beraksi di Olimpik suatu hari nanti. Sepanjang pembabitannya, Alia dan pasukkannya pernah menjuarai Women’s Challenge Cup of Asia (WCCOA) yang diadakan pada 2018. Alia terkejut apabila video melibatkan dirinya yang dirakam pada Februari tahun lalu tiba-tiba tular selepas dikongsi ke TikTok. Antara kejohanan lain yang disertai termasuklah Philippines Women Hockey Tournament (2018), Bangkok Women’s Hockey Tournament (2019), WCCOA Abu Dhabi (2019) dan Taiwan Cup Women’s Ice Hockey Tournament (2019). Mengenai dirinya, Alia merupakan penuntut bidang Kejuruteraan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Alia juga menjalankan perkhidmatan grooming kucing di kediamannya sejak tahun lalu. "Saya buat bisnes grooming kucing sejak September tahun lepas. Saya buat home-based saja. Kami juga ada glass house untuk kucing di rumah. "Malah, ada ada perkhidmatan boarding untuk sesiapa yang nak tinggalkan kucing mereka, macam hotel untuk kucing," ujarnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!