JATUH cinta dengan keindahan alam, jejaka kelahiran Kuala Rompin, Pahang ini mengambil keputusan untuk menetap di Pulau Tioman sejak enam tahun lalu. Menurut Ra'id Faykar Radzali, 26, dia tak pernah menyesal dengan keputusan itu, sebaliknya gembira dengan apa yang dilakukannya. Biarpun mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Penerbangan, dia yang pernah mengikuti pengajian di sebuah kolej di ibu negara bangga dengan kerjayanya sebagai pemandu pelancong. ARTIKEL BERKAITAN: Ibarat diserang zombie! Jejaka ini kongsi video Langkawi sepi tanpa pengunjung, ramai pula luah rasa rindu - “Kalau tengok pun sayu” ARTIKEL BERKAITAN: Indah namun sepi pengunjung! Perkongsian ‘Gadis Pulau’ buat ramai tak keruan, tak sabar nak ke Tioman "Saya pertama kali datang ke Tioman ketika umur 20 tahun. Saya datang seminggu, bercuti ke rumah kawan di pulau ini. Terus rasa terpikat dan terpesona. "Bermula dengan datang bercuti, kemudian saya ambil keputusan untuk menetap dan bekerja di sini. Sekarang dah masuk tahun keenam saya tinggal di Tiomam. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Awalnya, mak ayah agak berat hati untuk lepaskan saya. Tapi saya ambil lesen diving dan life guard pada tahun pertama duduk di sini, selepas itu barulah mak ayah yakin dengan saya," ujarnya kepada mStar. Bercerita lanjut, dia yang mesra disapa Ra'id mengakui sudah sebati dengan kehidupan pulau dan tidak merancang untuk mencari kerja lain dalam masa terdekat. Ra'id sudah enam tahun menetap di Tioman. Ujarnya, dia selesa tinggal di pulau peranginan itu yang banyak memberi ketengangan jiwa kepadanya. "Saya dah sebati dengan kehidupan di pulau. Saya tak pernah menyesal. Dulu masa belajar saya dah merasai puat beli-belah, panggung wayang dan sebagainya. Ramai yang suarakan rasa rindu dengan Tioman. Kita kat sini 'payung' view cantik-cantik. RA'ID "Pada umur sekarang, saya rasa lagi seronok duduk di tempat yang tenang seperti ini. Tioman pun tak jauh dengan kampung halaman saya. "Biasanya saya akan balik sebulan sekali. Tapi sejak pandemik Covid-19 melanda, agak sukar sikit nak balik kerap macam dulu," ujarnya yang bekerja di Resort Selang Indah Tioman. Ra'id akui hidupnya lebih tenang di pulau itu. Dalam pada itu, video yang dikongsi Ra'id mengenai Tioman di aplikasi TikTok turut menjadi tular dan menarik perhatian ramai. Di platform video itu, Ra'id turut menggunakan nama 'Merman Pulau' sehingga ada yang keliru dan bertanya mengenainya. "Biasa kita dengar mermaid, sinonim dengan duyung perempuan. Saya pula suka menyelam, suka free dive, jadi saya secara suka-suka guna nama Merman. Cita-cita nak jadi duyung jantan," ujarnya berseloroh. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Namun kata Ra'id, dia yang bergantung hidup dengan industri pelancongan berharap pandemik Covid-19 segera berakhir. Ra'id turut meminta orang ramai untuk berkunjung ke pulau itu sejurus pandemik berakhir agar industri pelancongan dapat pulih seperti sedia kala. Ra'id menggelarkan dirinya sebagai 'Mermain Pulau' di media sosial. "Ramai yang suarakan rasa rindu dengan Tioman. Kita kat sini 'payung' view cantik-cantik. "Harap Covid-19 berakhir segera dan kita boleh melancong macam dulu lagi," ujarnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!