BAYANGKAN jika kita pulang bekerja ketika waktu sudah lewat malam dan perlu menaiki lif seorang diri, pasti timbul perasaan berdebar-debar. Bukan itu sahaja, sudah pasti di kepala masing-masing terlintas pelbagai perkara yang bukan-bukan apatah lagi jika pernah terdengar atau terbaca kisah mistik yang dialami orang lain. Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pemuda di aplikasi TikTok, dia berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya beberapa hari lalu di mana dirinya 'diusik' ketika sedang berjalan pulang ke blok pangsapuri pada lewat malam. ARTIKEL BERKAITAN: Tengah ambil angin atas buaian, tiba-tiba ada ‘benda’ baling batu... wanita berani rekod video seorang diri - “Mereka kata nampak sesuatu dekat pokok sukun” ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya jumpa kubur, selepas itu terserempak gadis menangis tepi highway... ramai kata berani sebab siap rakam! - “Terus pecut motor, tak pandang kiri kanan dah!” Menerusi video berdurasi 21 saat itu, dia sempat merakam dua buah mainan kanak-kanak yang bergerak secara tiba-tiba seolah-olah sedang 'dinaiki'. "Bayangkan hari Jumaat pukul 12 tengah malam nak balik rumah blok B ikut lif tapi ada si adik dua orang," tulisnya pada kapsyen video tersebut. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Sehingga kini video berkenaan meraih 2.4 juta tontonan dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen. Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Muhamad Asraf berkata, ketika insiden itu berlaku, dia sedang berjalan menuju blok pangsapurinya selepas selesai bekerja. "Sebagai seorang frontliner, saya memang dah biasa pulang lewat. Kalau nak cerita pasal insiden kena 'usik', sebenarnya dah banyak kali pun kena lebih-lebih lagi di tempat kerja. "Tapi apa yang saya boleh lakukan adalah buat seperti tak layan sahaja. Insiden yang berlaku baru-baru ini saya sempat rakam sebab semasa sedang berjalan, dari jauh lagi dah nampak mainan tu bergerak. "Bagi yang mata kasar, mereka tak nampak 'apa' yang ada di situ dan dakwa ia adalah disebabkan angin. Sebenarnya, ada dua 'kanak-kanak' yang sedang bermain dan 'ibu' mereka duduk di tepi pintu. Asraf mengakui hijab pandangannya terbuka kali pertama sewaktu berusia 12 tahun. "Mereka sebenarnya sengaja munculkan diri untuk takut-takutkan manusia. Jadi saya hanya cakap 'adik, abang nak tumpang lalu ya'. Kalau baca di ruangan komen, ada yang boleh 'nampak' juga makhluk yang saya nampak itu," ceritanya. Tambah Muhamad Asraf yang bekerja di sebuah fasiliti kesihatan di Selangor, dia berfikir berkali-kali sebelum mengambil keputusan untuk memuat naik video berkenaan. "Tujuan saya hanya nak kongsi pengalaman dan dalam masa yang sama nak sampaikan mesej bahawa selain kita, dunia ini juga ada makhluk lain yang tak nampak oleh mata kasar. Makhluk ini suka dekat tempat yang sunyi dan gelap. "Perkongsian itu juga sebenarnya saya nak tengok kalau-kalau ada netizen yang turut sama boleh 'nampak'. Rupa-rupanya memang ada. Tapi ada je yang komen saya reka cerita, mainan itu digerakkan guna remote dan lain-lain. Kalau pergi aktiviti panjat gunung atau masuk hutan, saya akan beri amaran kepada kawan-kawan kalau ternampak 'sesuatu'. MUHAMAD ASRAF "Bagi mereka yang ada anak kecil, mesti tahu mainan tersebut bukan jenis dikawal oleh remote tapi kita kena tolak dengan kaki. Yang tak percaya ni mungkin mereka belum pernah alami sendiri. Saya hanya senyum saja bila baca komen seperti ini," ujar pemuda berusia 26 tahun ini. Bercerita lebih lanjut, Muhamad Asraf mendedahkan dia mula dapat melihat makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ketika berusia 12 tahun. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Ketika itu saya sedang mandi di kampung. Tandas kami di luar. Waktu itu menjelang waktu senja. Elok saja saya keluar bilik mandi, ternampak kelibat pocong melintas. Memang saya lari sekuat hati masuk dalam rumah. Itulah pengalaman pertama hijab terbuka. "Ia berterusan hingga saya besar. Kalau pergi aktiviti panjat gunung atau masuk hutan, saya akan beri amaran kepada kawan-kawan kalau ternampak 'sesuatu'. Kawan-kawan yang rapat saja tahu pasal kebolehan saya ini. Antara komen netizen terhadap perkongsian Asraf. "Saya pernah dapatkan rawatan untuk menutup hijab, namun hanya bertahan tiga bulan sahaja kemudian sampai sekarang saya boleh 'melihat'. Alhamdulillah, setakat ini tak ada lagi usikan yang ekstrim sehingga buatkan saya lemah semangat,"katanya yang berasal dari Kelantan. Tidak menyangka perkongsiannya tular, pemuda ini berkata dia sekadar berkongsi pengalaman sendiri sebagai peringatan bersama. "Ada yang komen, sebelum ini mereka langsung tak percaya tapi selepas melihat video tersebut, mereka sedar dan percaya dengan kewujudan makhluk ghaib. Syukur, mesej saya sampai juga," katanya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!