MINGGU lalu, beberapa kawasan di Johor dilanda angin kencang beserta hujan lebat. Jika ditelusuri pada perkongsian pengguna di media sosial, rata-ratanya berkongsi detik cemas ketika kejadian berkenaan. Malah ada yang memuat naik kesan kerosakan rumah penduduk di beberapa perkampungan susulan insiden itu. ARTIKEL BERKAITAN: Angin kencang dan hujan lebat, rider maut dihempap pokok tumbang ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman ngeri ribut kuat di Tanjung Sedili, 8 sekeluarga berpelukan ‘ingat mati’ gara-gara rumah banyak pokok kelapa! Begitu juga dengan gadis ini yang sempat merakam kejadian angin kuat di kediaman ibu bapanya di Kampung Felda Sri Jaya, Tangkak, Johor dan memuat naik di aplikasi TikTok. Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah gelagat bapanya yang 'muncul' secara tiba-tiba di halaman rumah dan berlakon seolah-olah dirinya sedang 'bertarung' dengan tiupan angin kencang ketika itu. Sehingga kini video berkenaan meraih melebihi 213,000 jumlah tontonan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut Nureen Humairah Mohamad, kejadian tersebut dirakam pada Selasa minggu lalu, sekitar pukul 12 tengah hari. "Ketika itu saya duduk dalam rumah, tiba-tiba terdengar bunyi deruan angin yang kuat dan bunyi dahan-dahan pokok yang ditiup angin. Saya terus keluar halaman nak tengok apa yang berlaku. "Spontan saya pun terus rakam dan tak tahu pun ayah ada dekat luar rumah. Tengah rakam, tiba-tiba dia 'interframe' masuk dalam video. Masa tu dia sibuk nak uruskan pokok-pokok bunga kesayangannya di halaman. Perkongsian Nureen mengenai gelagat ayahnya membuatkan sebahagian netizen turut merindui bapa masing-masing. "Tak sangka pula dia buat-buat aksi macam tengah melayang-layang ditiup angin kuat. Dia tahu saya sedang rakam, jadi dia saja je nak mengusik," kata gadis berusia 23 tahun ini. Menurut Nureen, ketika kejadian, dia turut berasa bimbang namun berdoa moga tiada sebarang bencana buruk yang berlaku. "Saya tahu berita mengenai kejadian angin kencang yang berlaku di beberapa kawasan di Johor sebab dua, tiga hari sebelum itu ada baca kisah di Tanjung Sedili, Kota Tinggi. "Masa kejadian yang sempat saya rakam tu, hanya angin kuat namun tidak disertai dengan hujan lebat. Ia berlaku seketika sahaja. Alhamdulillah, mujurlah tiada apa-apa yang buruk berlaku," katanya yang menjalankan bisnes secara atas talian (online). [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Nureen berkata dia gembira apabila membaca komen-komen netizen yang turut sama terhibur dengan gelagat spontan bapanya, Mohamad Bakar yang kini berusia 57 tahun. Kalau dekat sini, ayah memang dikenali ramai sebab dia seorang penebar roti canai dan berniaga sarapan bersama ibu dekat warung depan rumah kami. NUREEN HUMAIRAH MOHAMAD "Ayah memang seorang kaki buat lawak. Namun perwatakannya tegas... tegas tapi kelakar dalam masa yang sama. Bukan itu saja, ayah ada bakat terpendam iaitu pandai menyanyi terutama lagu band dulu-dulu. "Ayah juga seorang yang suka menanam pokok-pokok hiasan dekat halaman... dia ada koleksi pokok kaktus. Masa saya rakam tu, dia sibuk nak uruskan pokok-pokok bunganya. "Kalau dekat sini, ayah memang dikenali ramai sebab dia seorang penebar roti canai dan berniaga sarapan bersama ibu dekat warung depan rumah kami. Dah 11 tahun berniaga. Bila video dia viral, dia segan juga pada mulanya takut orang kampung tengok. Nureen bersama ibu bapa sewaktu hari pertunangannya. "Namun dalam pada ramai yang terhibur, saya paling tersentuh hati apabila baca komen netizen yang luahkan rindu pada bapa mereka yang telah pergi. Ada juga yang rindu dah lama tak jumpa orang tua masing-masing."AAyah saya sendiri bila saya tunjukkan komen-komen, dia pun turut sedih. Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang terhibur dan dalam masa saya turut doakan kesihatan ayah," katanya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!