BARU sebulan berjinak-jinak sebagai YouTuber, gadis ini ada sasarannya yang tersendiri. Selain bercita-cita menjadi YouTuber berjaya suatu hari nanti, dia juga mahu menggunakan platform itu bagi berkongsi keunikan makanan yang dihasilkannya. Antara yang mencuri tumpuan tentunya video memaparkan Nur Anis Fatihah Mohamed, 22, yang selamba makan udang sungai mentah tanpa dimasak terlebih dahulu. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 10 anak cuba nasib jadi YouTuber pada usia 50 tahun... ada kisah pilu di sebalik pemilihan nama ‘Bonda Sebelas’ ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak ada masalah ambil 5,000 kalori pada satu masa” - Banyak buat video mukbang, Issac Osman kongsi rahsia kekal berat badan Mesra disapa Anis, dia ketika dihubungi mStar mengakui ia bukanlah satu perkara yang asing, malah cara makan itu sudah menjadi tradisi keluarganya sejak sekian lama. "Rumah saya terletak dalam kebun, belakang rumah pula ada sungai. Kami sejak kecil dah biasa makan udang sungai yang mentah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Biasanya kami tangkap pakai tangan dan terus makan di sungai. Tapi kalau nak masak dan letak dalam tomyam atau mi segera pun boleh. "Rasa udang mentah tu macam biasa je. Rasa manis-manis yang fresh. Bagi orang yang tak pernah tengok mungkin rasa pelik, tapi kami dah biasa," ujarnya yang menetap di Cucuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan. Kata Anis, dia dah terbiasa makan udang mentah sejak kecil. Selain video itu, Anis turut berkongsi beberapa video masakan lain ke YouTube miliknya dan berharap ia mendapat tontonan ramai. Bukan mudah untuk meraih pengikut, namun Anis akui dia cuba melakukan yang terbaik demi mengejar minatnya itu. InsyaAllah YouTube ini akan naik perlahan-lahan, sebab kita tak boleh paksa orang untuk menonton. ANIS "Dah lama nak buat YouTube, tapi sebelum ini saya sibuk dengan study. Sekarang saya ada di kampung, saya hasilkan content masakan tradisional. "Setakat ni baru ada lima video. Saya juga ada buat rambutan celup tepung dan menu pulut durian dan menu gulai siput daun kaduk. Rumah Anis terletak di dalam kawasan kebun dan berdekatan dengan sungai. "InsyaAllah YouTube ini akan naik perlahan-lahan, sebab kita tak boleh paksa orang untuk menonton. Lagipun saya baru sebulan jadi YouTuber," ujarnya. Menurut anak kesembilan daripada 11 beradik itu, dia kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang Perkhidmatan Makanan Amalan Halal di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor. Dia kini berada di kampung sementara menunggu semester keempat bermula pada September ini. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Selain cuti semester, kepulangan Anis ke kampung juga disebabkan bapanya yang jatuh sakit dan menjalani pembedahan gara-gara usus bocor baru-baru ini. Anis baru sebulan bergelar YouTuber. "Ayah ada sakit gout dan darah tinggi. Masa dua minggu puasa hari tu, ayah bedah perut kerana ususnya bocor. "Dua minggu lebih ayah di hospital. Saya balik awal hari tu kerana ayah sakit. Sekarang perut dan sembuh, cuma gout kadang-kadang datang," ujarnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!