suria

Sambil joging pun dapat rezeki... wanita ini tak sampai hati tolak pelawaan, pokok buah lebat tapi anak-anak orang kampung dah lama tak balik

Suaminya hanya mampu tertawa melihat gelagat Norma membawa pulang 'hasil' daripada berjoging.

REZEKI tak pernah salah alamat!

Itu ungkapan yang sesuai digambarkan apabila seorang wanita yang bersikap peramah dipelawa untuk membawa pulang buah-buahan hasil daripada pokok penduduk kampung ketika berjoging.

Menerusi video yang muat naik oleh suaminya, Mohd Rohaimi Taromi,45, wanita itu kelihatan sedang memegang buah rambutan dan buah pulasan selepas selesai melakukan aktiviti riadah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat merempit 3 tahun, wanita ini kongsi beza minah rempit zaman WeChat dan TikTok.. cara mekap pun lain! - “Yang penting contact lens kena pakai”

ARTIKEL BERKAITAN: Orang lain buang selimut buruk, tuala koyak... lelaki ini kutip buat pasu bunga! Dapat idea ketika ‘kering’ job

Rakaman video yang mencuit hati itu meraih hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Normah Nik, 44, berkata, dia dan suaminya selalu berjoging di kawasan Kampung Rusa yang terletak lima kilometer dari rumah mereka di Taman Intan Duyung, Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Saya dan suami memang akan berjoging pada setiap petang di Kampung Rusa. Ada satu hari tu saya ternampak pokok sirih di kawasan rumah seorang penduduk kampung itu, jadi saya pun menyapa makcik itu minta nak beli.

"Dari awal lagi dia dah pelawa untuk ambil buah pulasan dan rambutan di pokok sebab tak ada orang nak makan, anak-anaknya dah lama tak balik katanya.

IMG_5258

Normah selalu berjoging bersama suaminya Rohaimi di kawasan Kampung Rusa.

"Kebetulan beberapa hari selepas itu kami jogging di tempat yang sama dan makcik tu ternampak saya. Dia suruh saya ambil lagi buah yang ada jadi suami pun tolong kait buah setakat mana yang boleh.

"Saya rasa kasihan pula kalau menolak pelawaan makcik tersebut, jadi kami pun ambillah sikit," katanya yang merupakan seorang suri rumah yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Mesra disapa Normah, sikapnya yang peramah itu turut membawa rezeki apabila seorang lagi penduduk kampung di situ mempelawanya mengambil buah rambutan yang ditanamnya.

Menurut anak kedua daripada 10 beradik itu, dia bertegur sapa dengan lelaki yang berada di kawasan kebun buah-buahan apabila dipelawa merasa rambutan yang pokoknya sedang lebat berbuah.

"Waktu itu kami lalu sebuah kebun dan kebetulan nampak ada seorang pakcik di dalam kawasan tersebut. Saya pun boraklah dengan pakcik tu dan menegur yang buah rambutan di pokoknya sangat lebat.

Anak saya disahkan mempunyai masalah buah pinggang sejak berusia satu tahun.

NORMAH NIK

"Dia cakap pada saya 'kalau nak, ambillah rasa. Disebabkan pakcik tu dah pelawa, esoknya saya pun petiklah sedikit buah rambutan waktu kami berjoging di kawasan kebunnya," ujar ibu kepada anak tunggal lelaki ini kepada mStar.

Disebalik perwatakannya yang ceria dan peramah itu, Normah diuji apabila anaknya iaitu Adam Akmal Mohd Rohaimi, 21, disahkan mempunyai masalah buah pinggang pada usia yang sangat muda.

Walaupun begitu, dia masih mampu untuk bersikap positif dan reda dengan ketentuan Allah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Anak saya disahkan mempunyai masalah buah pinggang sejak dia berusia satu tahun.Dia menghidapi penyakit nephrotic syndrome dimana penapis protein buah pinggangnya bocor.

IMG_5254

Normah telah berkahwin selama 23 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki.

"Akibat bergantung kepada ubat yang mengandungi steroid, kedua-dua belah buah pinggangnya rosak pada usia 17 tahun.

"Waktu dah habis SPM tu lah dia mula menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu di Hospital Port Dickson, dalam 15 minit je dari rumah kami," katanya.

Ibu mana yang tak sedih apabila melihat anaknya menderita, namun Normah menerima ketentuan Allah ke atas anaknya ini dan bersyukur kerana dapat melihat Adam membesar depan matanya.

Tambahnya, ramai lagi di luar sana yang diuji dengan ujian yang lebih berat dalam kehidupan mereka berbanding apa yang dilaluinya itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain