'SIKIT-sikit lama-lama jadi bukit' adalah peribahasa yang sering dikaitkan dengan amalan menabung. Ia mengingatkan kita bahawa walaupun melibatkan jumlah yang kecil, amalan menyimpan wang lama kelamaan tetap akan menampakkan hasil yang lumayan. ARTIKEL BERKAITAN: Beli ketam di pasar, pramugari jelita disangka kudung tangan kiri... apa berlaku sebenarnya? - “Kalau tak angkat baju, mesti basah” ARTIKEL BERKAITAN: Mujur tak terbang! Aksi penebar roti canai bikin ramai teringatkan ayah di kampung... tapi kenapa mengaku malu kalau orang kampung tahu? Begitulah kisah yang dikongsi seorang pelajar tingkatan 4, Nurliyana Ahmad Kamal,16, apabila video dia menyelit duit di celah buku latihan yang dimuat naik itu tular di aplikasi TikTok. Perkongsian tersebut menerima lebih 500,000 tontonan dan hampir 2,000 komen di aplikasi tersebut. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Mesra disapa Yana, dia ternampak ada orang menyimpan duit di dalam album dan kemudiannya cuba melakukan kelainan dengan menyelit duit di celah buku latihannya. Anak kedua daripada lima beradik ini pada mulanya mengumpul wang untuk suka-suka tetapi akhirnya menggunakan duit tersebut untuk membeli lightstick yang dikeluarkan kumpulan Kpop kegemarannya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Sebenarnya saya memang minat sangat dengan Kpop sejak tahun 2017, paling minat sekali ialah kumpulan Treasure. Ada nampak orang simpan duit dengan menyelit di dalam album tapi saya tak ada album. "Jadi saya pun gunalah buku latihan yang sudah tidak digunakan untuk nampak lain daripada lain. Yana menggunakan wang yang terkumpul untuk membeli lightstick kumpulan Kpop iaitu Treasure yang bernilai RM160. "Pada mulanya saya menyimpan duit hanya untuk suka-suka. Kebetulan kumpulan Kpop Treasure ada keluarkan lightstick yang bernilai RM160, saya pun gunakan duit yang terkumpul itu untuk membelinya," katanya yang menetap di Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Walaupun Yana masih lagi di bangku sekolah, namun sikapnya yang suka berjimat-cermat itu membantu dia untuk mengumpul wang sebayak RM350 dalam masa hampir empat bulan. Gadis yang berasal dari Johor ini turut berkata, dia jarang berbelanja kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan hanya menggunakan wang di dalam dompet sahaja jika perlu. "Memandangkan pada awal tahun ini kami masih belajar di sekolah, jadi duit belanja untuk sekolah itu saya selitkan pada buku. "Sehari tu dalam RM2 ke RM3, tapi kalau ada lebih saya akan selitkan lebihlah. "Mula-mula tu memang susah tapi kalau dah biasa buat, okay je. Waktu itu saya pinjam duit dari ibu untuk modal permulaan, sekarang ni semuanya guna duit sendiri je. NUR LIYANA AHMAD KAMAL "Lagipun kita tak dapat nak keluar disebabkan PKP, jadi saya pun jarang nak guna duit. Kalau guna pun yang ada di dalam dompet sahaja, saya tak akan sentuh duit selit itu," ujarnya kepada mStar. Pelajar aliran perniagaan ini turut menjadi salah seorang ejen yang menjual makanan Korea secara atas talian untuk memenuhi masa lapangnya setelah selesai sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Dia memulakan bisnes menjual makanan itu dengan menggunakan modal daripada ibunya yang berusia 44 tahun. "Saya mula berniaga Chingu Topokki secara online sejak dari September tahun lepas untuk suka-suka je sebab seronok tengok orang lain menjual. Dia merupakan seorang ejen yang menjual makanan Korea secara atas talian. "Waktu itu saya pinjam duit dari ibu untuk modal permulaan, sekarang ni semuanya guna duit sendiri je. Memang agak sibuk sedikit dengan kelas online, lepas tu balas chat customer. "Saya cuma jadi ejen sahaja dan tidak memegang stok, hanya promosikan barang di Instagram sebab masih belajar lagi dan takut pelajaran terganggu," katanya. Ibunya memberikan sokongan untuk melakukan bisnes secara atas talian, tetapi dengan syarat perlu pandai membahagikan masa untuk pelajaran. Yana juga berhasrat menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan dan mengimpikan untuk memiliki syarikatnya sendiri suatu hari nanti. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!