BUKA sahaja laman media sosial, kita pasti akan ternampak macam-macam kisah yang dikongsikan oleh orang ramai. Ini termasuklah satu kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di dalam grup Masak Apa Tak Jadi Harini Official yang sungguh mencuit hati. ARTIKEL BERKAITAN:Gara-gara patah kaki, kini berbadan sado... pemuda berhabis ribuan ringgit ‘buka’ gim di bilik, asalkan tak kacau abang tidur! ARTIKEL BERKAITAN:Rapat sejak ‘dapat kaki’, bonding Adam-Putih buat ramai kagum... isteri dedah suami sanggup tolak tawaran tinggi korbankan lembu kesayangan demi anak tunggal Mana tidaknya, dia bersemangat mahu makan roti yang dihasilkanya sendiri tetapi terbantut apabila ternampak seekor cicak di bahagian bawah makanan itu. Kisahnya itu mendapat hampir 6,000 tanda suka dan sebanyak 1,000 komen di aplikasi Facebook. Berkogsi cerita dengan mStar, Nurulain Md M Ramli, 33, berkata dia langsung tidak perasan atau ternampak adanya cicak di bahagian dalam loyang sebelum roti tersebut dibuat. "Saya ke dapur lebih kurang jam 9.30 malam untuk keluarkan loyang dari mesin pembuat roti dan mengisi adunan roti ke dalamnya. "Tepung gred Jepun yang saya guna tu baru beli dari kedai dan masih belum dibuka. Konon nak cuba sebab orang kata tepung tu sedap, lembut. Antara komen yang dilontarkan oleh pengguna di Facebook. "Waktu itu tak nampak pula cicak dalam loyang mahupun mesin pembuat roti. Kemudian saya masukkan semula loyang dalam mesin, tutup penutupnya dan tetapkan masa proses pembuatan roti yang mengambil masa tiga jam itu bermula pada pukul 3.15 pagi. "Setelah selesai semuanya, saya pun masuk ke bilik tidur dengan impian keesokan pagi tu dapatlah makan roti yang fresh dan panas bersama keluarga dan suami," katanya yang menetap bersama keluarga suaminya Mohd Firdaus Miskan,33, di Bandar Penggaram, Batu Pahat, Johor. Namun siapa sangka impiannya untuk makan roti yang aromanya harum dan masih panas itu bertukar menjadi 'tragedi' apabila dia terjumpa seekor cicak di dalamnya. Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dia pada mulanya menyangka ada adunan roti yang tidak dicampur rata. "Lepas subuh tu dah bau harum roti kat dapur. Saya rasa teruja sangat, masa buka mesin pembuat roti itu nampak cantik rotinya. "Tapi bila keluarkan loyang dan terbalikkan roti tu, saya nampak sesuatu yang pelik di tepi bahagian bawah roti tu. Dekat rumah ni memang ada cicak, tapi ini kali pertama masuk dalam makanan. NURUL AIN MD M RAMLI "Mula-mula ingatkan bahan tak campur rata. Bila tengok dekat-dekat barulah saya perasan, rupanya seekor cicak! Sayang pula kalau nak buang semua, jadi saya cuma potong bahagian yang ada cicak dan selebihnya diberi makan kepada ikan. "Kami sekeluarga hanya mampu ketawa je la pagi tu. Nasib baik ada pau frozen, adalah juga makanan untuk sarapan pada pagi tu," ujarnya yang bekerja sebagai seorang pegawai farmasi di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor. Ini merupakan kali pertama perkara sebegini berlaku kepadanya sepanjang dia menggunakan mesin pembuat roti yang baru sebulan sahaja dibeli [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dia juga mengaku bahawa rumah mereka memang ada cicak tetapi ini kali pertama ia terjatuh ke dalam makanan dan dia masih lagi tertanya-tanya bagaimana haiwan tersebut boleh berada di dalam loyang. Ain dan Firdaus hanya mampu ketawa apabila melihat kejadian yang berlaku pada pagi itu "Sebelum ini tak pernah pun kena macam ni, saya pun baru sebulan je beli mesin pembuat roti ni dah guna dalam enam kali. "Dekat rumah ni memang ada cicak, tapi ini kali pertama masuk dalam makanan.Sebenarnya saya tak pasti macam mana cicak tu boleh masuk dalam loyang. "Selepas kejadian itu, saya taklah serik nak buat roti sebab mesin tu pun beli guna duit. Cuma basuh loyang yang saya pakai hari tu dicuci dengan sabun yang banyak "Apa yang saya belajar daripada insiden ini ialah kalau nak masak apa-apa pun, kita kena periksa segala peralatan yang digunakan," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!