suria

Ada yang tak senang tengok Doraemon cari rezeki! Wanita ini kecewa dihina ‘muka macam dari dark web’ selepas berwajah kartun di TikTok, akaun disekat

Suaminya pernah bekerja sebagai seorang pengarah seni dan minat melukis sejak di bangku sekolah.

BELUM cuba, belum tahu!

Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan apabila seseorang itu mahu mencuba sesuatu yang baharu.

Bagi wanita ini pula, dia tidak menyangka percubaan secara spontan iaitu melukis wajahnya menyerupai watak beberapa kartun popular mampu membantunya menjana wang menerusi aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Layankan aje permintaan potong rambut, cucu terkejut dapat tahu datuk usia 80 tahun ada akaun TikTok! - “Atuk excited muka dia lalu kat FYP”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penerima vaksin bergambar tepi semak, tergaru-garu digigit nyamuk... lelaki ini perjelas isu ‘bawa lari’ plakad – “Kalau ada dos ketiga, saya panjat bumbung parkir”

Rakaman yang dimuat naik di TikTok itu setakat ini mencecah1.5 juta tontonan di platfom tersebut.

Berkongsi cerita dengan mStar, Rusnani Rosli berkata dia mula aktif mengadakan sesi live di TikTok sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor pada awal Jun baru-baru ini.

Gara-gara mahukan kelainan, dia secara tidak sengaja melakar lukisan pada mukanya untuk sesi live tersebut.

"Jujur saya memang tak ada pengalaman melukis, cuma mekap basic sahaja. Saya cuba buat semua ni masa start PKPD di Selangor pada awal Jun.

"Sebenarnya kawan bagi idea suruh buat live di TikTok sebab ada banyak supporter. Waktu live nanti akan ada supporter bagi gift dan ia boleh jana pandapatan.

"Pada mulanya lukisan dekat muka tu tak dirancang pun, saya cuma buat kelainan sebab tengok live TikTok orang lain tak ada yang melukis di muka. Jadi saya cubalah buat dan ternyata banyak pula permintaan untuk lukisan seterusnya, saya jadi bersemangat pula nak hasilkan pelbagai lukisan lain di muka.

IMG_5524

Antara hasil lukisan yang dibuat oleh suami di wajah Rusnani.

"Saya guna alat solek yang ada di rumah, tapi paling banyak guna ialah watercolour. Dalam banyak-banyak kartun, yang paling susah nak ukis ialah Doremon sebab nak pastikan mata dan mulut dia center tu mengambil masa hampir dua jam untuk siap," katanya yang berasal dari Kedah dan kini menetap di Selayang Height, Selangor.

Mesra disapa Rusnani, dia berkata kebetulan pula suaminya Mohd Rizaimi Aminuddin, 40, merupakan seorang 'lighting man' di syarikat produksi dan berbakat melukis sejak di bangku sekolah lagi.

Justeru, setiap kartun yang dilihat pada wajah wanita berusia 35 tahun itu adalah hasil lukisan tangan suaminya.

"Suami saya memang minat melukis sejak kecil lagi dan pernah menjadi pelukis mural di sekolahnya. Dulu dia bekerja di belakang tabir sebagai prop man dan art director, sekarang ni jadi lighting man di sebuah syarikat produksi.

"Pada awalnya, dia tanya apa tujuan saya main TikTok ni. Jadi saya terangkanlah ia untuk bisnes kecil saya dan berkongsi pengalaman hidup, serta berikan tip kepada orang yang mahu mulakan perniagaan kecil di platform ini.

Saya hanya nak buat content untuk tambah pendapatan semasa PKP sahaja.

RUSNANI ROSLI

"Suami izinkan dan beri sokongan serta membantu saya sebagai jurusolek untuk sesi live bagi menjana pendapatan. Kami start make up jam 9 malam dan terus live pada pukul 11.30 malam setelah kesemuanya siap.

"Setiap hari saya live dari pukul 11.30 malam sehingga jam 3 pagi dan kadang-kadang sehingga pukul 4 pagi. Suami saya setia menunggu dan tengok saya habis live," ujarnya.

Siapa sangka, dengan mengadakan sesi live di platfom tersebut ia sedikit sebanyak dapat membantu Rusnani menjana pendapatan yang lumayan dalam keadaan negara sedang dilanda pandemik ini.

Namun kegembiraanya itu hanya sementara apabila akaun TikTok miliknya disekat sehingga dia terpaksa mendaftar akaun baharu.

"Dalam satu malam, saya pernah dapat sebanyak RM300 waktu live hasil pemberian gift daripada sahabat di TikTok. Walaupun masih lagi baru dalam bidang ini, saya dapat jana sebanyak RM2,000 dalam masa sebulan.

grg

Akaun lama TikTok milik Rusnani disekat sehingga dia terpaksa mendaftar yang baharu.

"Tapi sayang, terlalu ramai yang buat report atas alasan 'bullying and harrasment' sehingga akaun saya disekat dan tak dapat nak login semula. Mereka hina kata muka saya seperti anjing, syaitan dan wajah seperti dari laman dark web sewaktu live.

"Saya hanya terdiam apabila membaca komen, cuma pernah sekali tu menangis sebab tak boleh terima. Niat saya hanya nak buat content untuk tambah pendapatan semasa PKP sahaja," katanya.

Bagaimanapun, ramai antara pengikutnya memberikan semangat kepadanya, malah ada juga yang bertanya jika dia akan terus mengadakan sesi live atau tidak.

Ia sedikit sebanyak menjadi pembakar semangat kepada Rusnani untuk meneruskan usahanya mencari rezeki yang halal di samping menjual baju secara dalam talian.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain