KETIKA ini kerajaan masih tidak membenarkan kedai gunting rambut dan salun beroperasi memandangkan kes Covid-19 terus menunjukkan peningkatan khususnya di Selangor. Justeru rata-rata kaum lelaki terpaksa menggunakan khidmat isteri, ibu atau ahli keluarga masing-masing sebagai tukang gunting rambut 'bidan terjun'. Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, seorang gadis berkongsi kisah lucu apabila dia tersilap menggunting rambut bapanya sehingga akhirnya terpaksa 'menggondolkan' kepala lelaki tersebut sebagai jalan selamat. ARTIKEL BERKAITAN: Dah la sopan, kacak pula! Ramai cair... video kanak-kanak gunting rambut raih hampir 2 juta views, emaknya tiru gaya mat salih - “Memang jadi macam dalam gambar” ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak buka kedai gunting rambut, pemuda ini tinggalkan universiti selepas belajar 1 semester! Dulu kerja cuci pinggan, kini ada bisnes sendiri "Potong rambut ayah went wrong. Sorry ayah," demikian tulis gadis tersebut pada video berkenaan yang sehingga kini meraih lebih daripada 17,000 jumlah tontonan. Berkongsi cerita dengan mStar, Ayna Azmi berkata dia diberi kepercayaan oleh bapanya, Azmi Alias, untuk melakukan tugas berkenaan minggu lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Masa tu ayah baru pulang kerja dan tiba-tiba sahaja dia minta saya tolong potongkan rambutnya. Saya pun tak tahu apa yang membuatkan ayah meletakkan kepercayaan kepada saya, tapi saya ikut je la. "Ini bukanlah kali pertama saya menggunting rambut orang. Sebelum ini pernah tolong gunting rambut adik, tapi memang tak menjadi sangat. "Tapi saya ikutkan permintaan ayah sebab dia nak minta potong sikit je dekat bahagian cuping telinga dan leher, bukan buat style apa-apa," cerita gadis yang menetap di Teluk Panglima Garang, Selangor ini. Bapa Ayna merupakan seorang yang tegas namun lucu. Cerita Ayna, gara-gara dia 'terlajak' menggunting, potongan rambut bapanya menjadi pelik dan tidak sekata. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Masa itu adik lelaki saya pula balik dan dia tegur rambut ayah makin pelik... siap tunjuk cermin dekat ayah. Saya lagilah rasa serba salah. "Kemudian adik lelaki ambil alih tugas menggunting rambut ayah tapi sebab dah 'tobek' sana sini, ayah kata botakkan sajalah. Yang lucunya, kami berdua botakkan kepala ayah dengan pisau cukur biasa saja sebab tak ada shaver. Mula-mula dia macam sedih juga tengok rambutnya 'dikorbankan' tapi kemudian dia kata seronok juga rambut botak... ringan sikit kepala. AYNA AZMI "Ramai yang komen kenapa tak guna shaver. Kami tak ada shaver dan tak terfikir pun nak beli sebab ayah pun minta tolong spontan je. Lagipun masa tu niatnya nak trim sedikit sahaja," ceritanya ketawa kecil. Menurut Ayna, bapanya sanggup mengenakan topi sepanjang hari ketika keluar bekerja pada keesokan hari. "Mula-mula dia macam sedih juga tengok rambutnya 'dikorbankan' tapi kemudian dia kata seronok juga rambut botak... ringan sikit kepala. Tak tahulah betul atau tidak, ataupun dia nak ambil hati kami supaya tak rasa bersalah. "Cuma dia cakap lepas ni serik dah... tak nak dah suruh saya potongkan rambutnya," cerita anak kedua daripada empat adik beradik ini lagi. Ayna bersama ibu bapa dan adik beradiknya. Menurut gadis yang mengusahakan bisnes secara online ini, dia sama sekali tidak menyangka videonya mengundang perhatian netizen. "Ramai yang komen terhibur dengan video tersebut. Ada juga yang seronok sebab ayah sporting. Tapi ramai juga yang puji ayah nampak lebih muda macam 'brother-brother' bila berkepala botak. "Ayah tahu orang puji, dia baca komen-komen tu sebab dia pun ada akaun TikTok untuk stalk saya. Makin kembanglah dia baca pujian tu semua. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang beri komen-komen positif dan terhibur dengan video tersebut," katanya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!