suria

Pelajar ini tenang dituduh acah jadi MK K-Clique, ada nampak macam try hard ke? - “Memang muka macam ni, saya buat natural saja”

Hilmi mengakui bimbang apabila munculnya akaun-akaun palsu yang menggunakan wajahnya.

SEKADAR menghasilkan video secara suka-suka, pelajar ini sama sekali tak menyangka namanya akan menjadi perhatian ramai.

Menurut Mohamad Hilmi Mohd Ishak, 22, dia membaca segala komen yang ditinggalkan dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Ia termasuklah segelintir komen kecaman yang mendakwa dia sengaja meniru karakter penyanyi rap MK K-Clique dalam sesetengah video yang dihasilkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki wajah mirip Tok Ti, gadis guna duit untung jual tudung sambung ijazah - “Mak pun cakap ada iras sikit”

ARTIKEL BERKAITAN: Segak berbaju Melayu, jejaka iras ‘oppa’ ini mengaku sering bandingkan dirinya dengan T.O.P dari kumpulan Big Bang

Mesra disapa Hilmi, dia tidak kisah dengan kata-kata yang dilemparkan kerana apa yang dikongsikan menerusi platform TikTok merupakan hiburan semata-mata.

"Ada yang komen mendakwa saya try hard nak jadi MK. Bila baca komen tu, saya tanya balik diri sendiri. Mana ada saya try hard.

"Memang muka saya macam ni, nak buat macam mana? Body language pun macam tu, saya buat natural saja.

"Kalau nak kata macam MK, itu pandangan orang. Saya tak kisah, saya buat video pun untuk hiburan. Orang cakap apa, saya tak terasa.

MK

Penyanyi rap MK K-Clique.

"Tapi saya pun ada layan lagu-lagu MK," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Menurut pelajar bidang automotif itu, dia mula menyertai TikTok untuk mengisi masa lapang sejak pandemik Covid-19 melanda.

Kalau saya mungkin tak terasa, tapi kalau orang lain? Jadi kita kena sentiasa hati-hati.

HILMI

Namun katanya, dia tak menyangka akan meraih hampir 40,000 pengikut dalam tempoh yang singkat.

"Saya installed sebab bosan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia sekadar hiburan, ikut trend. Saya pun baru saja main TikTok.

"Bila buat satu content dan dapat sambutan, kita rasa nak buat lagi. Masa pertama kali video saya dapat sampai 400,000 tontonan, saya terkejut.

"Jadi saya teruskan saja. Bila baca komen negatif, saya hanya gelak. Ada orang kata saya nampak macam MK dari belah tepi.

hilmi2

Hilmi merupakan penuntut bidang Automotif.

"Ada juga yang tegur saya pakai seluar pendek, mereka tegur aurat. Saya terima dengan hati terbuka apa saja mereka tegur," ujarnya yang menetap di Rawang, Selangor.

Di sebalik populariti yang diraih, penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak itu mengakui bimbang apabila munculnya akaun-akaun palsu yang menggunakan wajahnya.

Kata Hilmi, dia sedar akan kewujudan akaun-akaun itu setelah dimaklumkan oleh beberapa individu dan berharap tiada kejadian buruk berlaku yang boleh mencemarkan namanya.

"Ramai juga yang hantar direct message (DM). Ada yang macam friendly, mereka kata nak pinjam video saya, nak post kat Instagram Story.

hilmi1

Hilmi memiliki hampir 40,000 pengikut di TikTok.

"Tapi ada juga yang buat fake account pakai gambar saya di Instagram. Kita niat lain, tapi bila orang buat macam tu, agak bahaya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau ada jumpa, sila double confirm dengan saya. Risau juga dengan kewujudan fake account ini.

"Sebenarnya TikTok ni, kita cuba ambil dari sudut positif saja. Tak perlu nak spoil atau jatuhkan orang.

"Nak tegur orang pun kena ada caranya. Kalau saya mungkin tak terasa, tapi kalau orang lain? Jadi kita kena sentiasa hati-hati," ujar anak keempat daripada lima beradik itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain