GARA-gara video dirinya mencium seekor katak, seorang gadis dianggap terpengaruh dengan cerita dongeng. Bagaimanapun, hanya video itu sahaja yang menarik perhatian apabila meraih hampir 900,000 tontonan di aplikasi TikTok. Malah, gadis itu turut dilihat dengan selamba ‘bermanja’ dengan beberapa binatang lain yang menggelikan seperti lintah dan pacat. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar gembira ada zoo mini di rumah, terkenang rutin bapa baru sebulan dijemput Ilahi - "Tinggal di bandar, tak dapatlah bela haiwan-haiwan ni" ARTIKEL BERKAITAN: Digelar 'Mowgli Malaysia', Syukur impi miliki zoo sendiri Gadis berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Syahirah mengakui tidak berasa geli dengan katak kerana sudah biasa dengan kehidupan di kampung sejak kecil. Namun katanya, video tersebut dirakamkan secara spontan ketika ternampak haiwan amfibia itu semasa sedang berbual dengan ibunya di laman rumah, baru-baru ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya cium katak tu bukannya nak promote saya ni single. Tapi saya sudah biasa pegang katak sejak kecil, jadi tak ada pun rasa geli dengan haiwan tu. "Biasalah gadis kampung, tak ada yang geli. Kalau orang geli lipas dan tikus, saya anggap tu biasa saja," katanya kepada mStar. Syahirah bersama kambing biri-biri ternakan keluarganya. Turut dikenali sebagai Raa dalam kalangan teman-teman, kehidupan Syahirah di Kampung Gong Mengkelih di Pasir Puteh, Kelantan turut dikelilingi beberapa haiwan ternakan. "Di rumah, keluarga saya membela kambing biri-biri. Ada kira-kira 10 ekor. Kami juga memelihara kucing, arnab dan burung termasuk burung puyuh. Orang yang baik tu ramai, tapi bukan semua yang kita rasa selesa. Mungkin orang tu perfect di mata orang lain, tapi bukan pada kita SYAHIRAH "Kebiasaannya setiap petang selepas habis kerja, saya akan meluangkan masa bersama kambing biri-biri ini. Kesemuanya jinak dan suka bermanja," ujarnya. Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia bagaimanapun tetap mempunyai 'pantang' untuk mendekati binatang tertentu. Gadis ini tidak berasa geli memegang lintah dan pacat. "Saya tak suka dekati ular kerana ia berbisa. Jika ada ular yang jinak, dijadikan tarikan pelancong untuk bergambar pun saya jauhkan sebab terbayang ular tu akan membelit badan. "Selain itu, saya juga tak suka pegang ulat sampah. Bukannya geli, boleh saja nak pegang. Tapi kalau saya pegang, rasa meremang bulu roma," tambahnya. Suka bermanja dengan arnab. Syahirah berkata, dia turut gemar memasak, malah sering membuat nasi lemak untuk rakan-rakan sekerja ketika bekerja di Kuala Lumpur sebelum bertukar kerjaya di Kota Bahru, tahun lalu. "Dulu saya sering bawa bekal makanan sendiri ke tempat kerja, memang jarang makan di luar. Lebih puas hati rasa masakan yang dibuat sendiri," jelasnya. Syahirah sudah biasa melakukan kerja-kerja kampung. Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman, eksekutif akaun itu bagaimanapun tidak cerewet kerana apa yang lebih penting baginya adalah kejujuran dan keserasian. "Orang yang baik tu ramai, tapi bukan semua yang kita rasa selesa. Mungkin orang tu perfect di mata orang lain, tapi bukan pada kita. "Sudah tentu saya nak cari orang yang selesa dengan saya, dan saya pun selesa dengan dia. Saya ni seorang peramah, suka bercerita. "Cuma satu je, saya ni insecure (tergugat) dengan lelaki yang kulitnya lagi putih daripada saya atau ber'muka jambu'. Saya lebih suka lelaki berkulit sawo matang macam pelakon Datuk Aaron Aziz," katanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]