suria

Selesa jadi ‘tukang jahit biasa’ walau hasil jahitan luar biasa! Lelaki ini kongsi kisah ditentang belajar fesyen, bawa mak ayah naik pentas selepas berjaya

Hazman bersyukur apabila rezekinya berterusan biarpun pandemik Covid-19 melanda negara sehingga menjejaskan banyak sektor ekonomi lain.

BUKAN sekadar tukang jahit biasa, sebaliknya lelaki ini merupakan lulusan bidang Fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Menurut Muhammad Hazman Ismail, 29, dia bagaimanapun selesa untuk bergelar tukang jahit dan mula membuka kedai sendiri di Alor Setar, Kedah, selepas menamatkan pengajian pada tahun 2016.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Hazman mengakui minat ke arah bidang itu bercambah selepas kerap menonton rancangan realiti fesyen, Project Runway ketika zaman sekolahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerana minat, pemuda kacak tak hirau dipertikai bergelar tukang jahit... siap kongsi detik cemas baju pelanggan berlubang di ambang raya

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah belajar menjahit, anak tukang jahit berjaya siapkan sendiri kaftan dalam masa 3 jam... esoknya melaram pergi kenduri

"Sebenarnya masa tingkatan dua dan tiga saya minat tengok Project Runway. Kemudian saya minta ke sekolah vokasional dalam bidang fesyen ketika tingkatan empat.

"Alhamdulillah ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009, saya dapat anugerah pelajar terbaik untuk mata pelajaran fesyen.

"Selepas itu saya sambung diploma fesyen di sebuah politeknik sebelum ambil degree di UiTM Shah Alam," imbasnya.

Menurut Hazman, pada peringkat awal minatnya itu turut mendapat tentangan ibu bapa, namun dia membuktikan sebaliknya dengan kejayaan yang cemerlang dalam akademik.

hazman2

Hazman merupakan pemegang ijazah Fesyen UiTM Shah Alam.

"Masa awal-awal, mak ayah saya tak support saya nak sambung bidang fesyen ketika tingkatan empat. Tapi sebab minat, saya buktikan.

"Saya dapat jadi pelajar terbaik bidang fesyen, bawa mereka naik ke pentas. Baru mereka nampak perjalanan saya.

Fesyen ni worldwide. Semua kita boleh buat kalau ada ilmu.

HAZMAN

"Mungkin kerana duduk di kampung, mereka nampak tukang jahit sekadar tukang jahit. Sebaliknya kalau kita sambung belajar dan ada knowledge, InsyaAllah boleh pergi jauh lagi," ujarnya.

Biarpun dia memiliki ijazah Fesyen, Hazman meletakkan dirinya sebagai seorang tukang jahit biasa sahaja.

Namun kata Hazman, dia bersyukur apabila berjaya meraih pelanggan tersendiri yang masih setia mendapatkan khidmatnya sehingga ke hari ini.

hazman5

Hazman bersama bapanya.

"Saya anggap diri sebagai tukang jahit. Nak cakap saya ni pereka fesyen, saya tak keluarkan collection baju. Saya lebih kepada menjahit.

"Alhamdulillah perjalanan sangat OK. Saya nak jadi tukang jahit profesional. Walaupun sekadar tukang jahit, semua yang customer minta kita boleh realisasikan," ujarnya.

Menurut Hazman lagi, dia bersyukur apabila rezekinya berterusan biarpun pandemik Covid-19 melanda negara sehingga menjejaskan banyak sektor ekonomi lain.

hazman4

Antara pakaian yang pernah dihasilkannya.

"Kalau dulu pengantin sewa baju di butik. Sekarang butik banyak tutup, mereka tempah baju dengan saya.

"Walaupun baju simple untuk nikah di pejabat agama, Alhamdulillah masih ada permintaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Macam saya, memang semua buat sendiri kerana customer dah letak kepercayaan, jadi saya nak uruskan semua sendiri, agar mereka yakin dengan hasilnya," kata Hazman yang sering berkongsi video mengenai baju-baju yang dihasilkannya menerusi aplikasi TikTok.

hazman3

Hazman membuka kedai jahit di Alor Setar, Kedah selepas menamatkan pengajian pada 2016.

Paling penting kata Hazman, sesiapa yang mahu menceburi bidang itu harus punyai minat dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk memantapkan ilmu dan kemahiran berkaitan.

"Fesyen ni worldwide. Semua kita boleh buat kalau ada ilmu," ujarnya memgakhiri bicara.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan