TIADA kata yang dapat menggambarkan perasaan apabila melihat puluhan kek rosak dan cair gara-gara peti penyejuk (chiller) mengalami masalah. Begitulah perkongsian seorang wanita berhubung insiden itu menerusi video di aplikasi TikTok yang mendapat lebih 900,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam. Siti Norashikin Yakob memberitahu, kejadian disedari selepas dia membuka kedai kek di tempatnya bekerja di Johor Bahru, Johor, sekitar pukul 9 pagi Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Misteri kek terbelah 3 ketika adik ipar menjerit... lebih aneh pelanggan repeat order - "Saya menggigil trauma, dugaan apakah ini?" ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan suami, berkali cuba buat kejutan tapi asyik gagal! Tahun ni isteri dapat kek birthday cair pula - "Saya tengok dia dah macam runner" Pekerja berusia 25 tahun itu berkata, chiller yang menyimpan hampir 30 kek mengalami kerosakan pada petunjuk suhu dan kerugian dianggarkan kira-kira RM2,000. "Masa tutup kedai pada Selasa, chiller tu okay lagi. Bila buka kedai, suhu indicator pada chiller tersebut mengalami masalah menyebabkan kesemua kek cair dan rosak. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kek sepatutnya disimpan di bawah suhu 5 darjah Celsius, tapi suhu chiller naik hingga 70 darjah Celcius. Bila dibuka rasa panas, terutama apabila pegang besi di dalamnya. "Waktu buka chiller tu saya terduduk, rasa nak menangis dan tak terkata. Saya maklumkan berkenaan insiden kepada bos dan rakan-rakan sekerja," katanya kepada mStar. Keadaan peti penyejuk ketika berfungsi dengan baik. Lebih mesra disapa Shikin, katanya, kejadian itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya insiden pada Mei lalu juga disebabkan masalah penunjuk suhu. "Tapi waktu itu kami dapat kesan lebih awal. Kedai pun masih dibuka dan beroperasi. Kek-kek berkenaan masih boleh diselamatkan lagi kerana kejadian berlaku kurang dari dua jam. "Kita ada chiller lain untuk dipindahkan sementara. Kita buang krim pada kek dan memperbaikinya semula," ujarnya yang berkhidmat di kedai kek itu kira-kira dua tahun. Namun gadis yang berasal dari Johor Bahru itu berkata, kesemua kek tersebut tidak dapat diselamatkan dan majikan memutuskan untuk membuangnya. Shikin menyiapkan sebiji kek. "Masa tengok semua kek hancur, saya nak menangis sebab ada seorang pelanggan nak datang ambil kek yang ditempahnya, pada pukul 10 pagi dan lima lagi tempahan di sebelah petang. "Malangnya, kesemua kek tidak dapat diselamatkan kerana kita tidak tahu berapa lama ia terdedah. Bos buat keputusan untuk buang saja kek-kek itu," katanya sambil menambah tempahan sebiji kek yang sepatutnya diambil pada waktu pagi terpaksa dibatalkan pelanggan. Kami tidak tahu berapa lama semua kek tu terdedah. Dari segi bau, memang dah lain... rasanya apatah lagi. Dikhuatiri kalau makan sakit perut atau keracunan SHIKIN Susulan perkongsian video berhubung kejadian itu, Shikin menyedari segelintir netizen mempersoalkan kenapa kek berkenaan tidak disedekahkan atau dimakan sahaja. "Kami tidak tahu berapa lama semua kek tu terdedah. Dari segi bau, memang dah lain... rasanya apatah lagi. Keadaan kek juga dah hancur dan tak elok. "Dikhuatiri kalau makan sakit perut atau keracunan. Kita tidak mahu dari hendak bersedekah, tapi bila ada keracunan atau alahan akan memburukkan keadaan," katanya sambil menambah penunjuk suhu yang rosak telah ditukar dengan yang baharu. Foto kiri majikan Shikin (kanan) bersama suami, manakala foto kanan Shikin (tengah) bersama rakan-rakan sekerja. Menurut Shikin, dia dan rakan-rakan sekerjanya bersyukur mempunyai seorang majikan yang tenang dan memberikan sokongan kepada para pekerja. "Menguji kesabaran kerana nak buat kek ni bukan sekejap, prosesnya mengambil masa. Bos kata berlapang dada, insyaAllah ada rezeki lain. "Kami masing-masing buat semula kek dari mula. Alhamdulillah, kami dapat menyiapkan semula tempahan dalam tempoh antara tiga dan empat jam. Satu pengalaman yang tidak dijangka buat kami dan diharapkan ia tidak berulang lagi,” katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!