TAK pernah memilih kerja, sebaliknya jejaka berusia 20 tahun ini mahu mencari rezeki halal demi menampung kehidupan. Menurut Wan Muhammad Nassran Wan Abd Rahim, dia sudah mencuba beberapa pekerjaan sejak menamatkan persekolahan termasuklah sebagai pengawal keselamatan. Pernah berasa malu pada peringkat awal, namun sokongan padu ahli keluarga serta pengikut di TikTok membuatkan dia yakin dan percaya dengan apa yang dilakukannya. ARTIKEL BERKAITAN: Dah macam model! Pak guard kacak umur 20 tahun tiba-tiba popular, video ‘catwalk’ turun tangga raih lebih setengah juta tontonan ARTIKEL BERKAITAN: Hero yang tak didendang, aksi murid salam pak guard bikin ramai tersentuh - “Sekolah anak saya pun buat perkara sama” "Saya berasal dari Perlis, kini merantau di Pulau Pinang untuk bekerja. Awalnya dulu saya pernah bekerja di restoran McDonald's. Kemudian saya bekerja sebagai pembantu jualan di pusat beli belah. "Selepas itu saya jadi promoter penapis air. Disebabkan pandemik Covid-19, saya hanya mampu bertahan selama enam bulan saja. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kemudian saya ambil upah promo barang di TikTok sebab saya ada lebih 100,000 pengikut. Tapi TikTok saya kena padam dan hilang terus. "Sekarang saya buat dua kerja. Saya kerja McDonald's balik, pada hari cuti pula saya jadi pengawal keselamatan di sebuah sekolah iaitu Kolej Tingkatan Enam yang terletak berhadapan rumah sewa saya," ujarnya kepada mStar. Naz tidak kisah melakukan apa saja pekerjaan asalkan ia rezeki halal. Mesra disapa Naz, dia mengakui pada awalnya cuba merahsiakan pekerjaan terbaharunya sebagai pengawal keselamatan kerana risau dengan cakap-cakap orang. Namun kata Naz, dia sedar bahawa tiada apa yang perlu disembunyikan memandangkan dia melakukan pekerjaan halal dan ia turut mendapat restu keluarganya. Apa yang saya buat, ini untuk famili. Abah saya strok, dah lapan tahun terbaring di atas katil. NAZ "Seminggu saya mula kerja guard, saya rasa segan nak kongsi di media sosial. Sebab usia saya pun masih muda, macam tak sesuai. "Tapi famili semua bagi sokongan. Mereka kata bagus, asalkan halal. Dari situ saya dapat kekuatan untuk berkongsi di media sosial. "Kalau ada orang nak kecam, saya tak kisah. Tapi Alhamdulillah ramai yang bagi sokongan. Ia membuatkan saya gembira untuk teruskan kerja ini," ujar anak keempat daripada lima beradik itu. Selain sokongan netizen di TikTok, ramai anak muda turut menghubungi Naz dan bertanyakan mengenai pekerjaan itu. Kata Naz, dia mahu membahagiakan kedua ibu bapanya. Jelas Naz, dia gembira melihat orang muda mula membuka mata dan tidak memilih kerja khususnya dalam tempoh getir sejak pandemik Covid-19 melanda. "Lepas saya kongsi di media sosial, ramai juga anak muda yang tiba-tiba rasa nak kerja sebagai guard. Zaman sekarang sangat kritikal. Kita tak patut pilih kerja. "Kita sahut saja semua cabaran, telan saja... sebab asal benda boleh jadi duit untuk teruskan hidup, kita terima. Tak kisah kerja apa sekali pun. "Sebenarnya sangat letih saya buat dua kerja. Tapi saya masih tunggu untuk dapatkan kerja tetap yang lebih stabil. Sebelum dapat, saya buat saja apa-apa kerja lain. "Saya berharap dapat kerja beruniform, macam polis atau bomba," ujarnya yang kini menetap di Butterworth.Penangan perkongsian video sebagai pengawal keselamatan, akaun TikTok baharu Naz turut tular sehingga membolehkan dia meraih lebih 13,000 pengikut. Menurut Naz lagi, dia setakat ini belum pernah berdepan gangguan sepanjang berkecimpung sebagai pengawal keselamatan, sebaliknya hanya berhadapan kecederaan pada leher akibat digigit semut charlie. Naz menyimpan hasrat untuk bekerja sebagai anggota Bomba. "Ada juga yang komen, kononnya kerja ini akan jumpa hantu. Tapi Alhamdulillah setakat ini belum ada apa-apa gangguan. "Cuma masa mula kerja guard hari tu, saya kena gigit dengan semut charlie pada leher, terus ada kesan sehingga orang fikir bukan-bukan. "Saya pun dah cuba letak krim, tapi masih belum hilang. Leher saya jadi bernanah dan berair. Jadi macam parut kena air panas," ujarnya lagi. Menurut Naz lagi, dia tak kisah melakukan apa-apa pekerjaan pada usia muda dan hanya mahu membalas jasa serta menggembirakan orang tuanya. Cerita Naz, bapanya, Wan Abd Rahim Wan Seman, 53, terlantar sakit akibat strok sejak lapan tahun lalu dan dijaga oleh ibunya, Junaidah Mat Judin, 49, di kediaman mereka di Perlis. "Apa yang saya buat, ini untuk famili. Abah saya strok, dah lapan tahun terbaring di atas katil. "Mama dulu berniaga dengan abah di Padang Besar. Mama jual ubat-ubatan tradisional dan sekarang hanya jaga abah," ujar Naz lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!