PANDEMIK Covid-19 yang melanda sejak lebih setahun lalu turut mengubah landskap pendidikan negara. Kini, murid-murid terpaksa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam usaha mengekang penularan wabak berbahaya itu. Di Kota Bharu, Kelantan, seorang ibu tampil dengan idea kreatif bagi menjadikan sesi PdPR anaknya lebih 'meriah' dengan memperkenalkan koperasi dan kantin di kediaman mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah rajin promosi STPM di TikTok, rupa-rupanya guru praktikal ini ada kisahnya sendiri... akhirnya kaki dapat juga jejak kafe! ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar nakal, kelas tercorot bangkit ketika STPM sampai mak ayah tak percaya dapat masuk U... sekarang rasa nak peluk cikgu! Menurut Hanim Muhammad, idea itu timbul selepas dia melihat anak tunggalnya, Muhammad Reezqi Rayqal Ahmad Naim, 10, yang sepi belajar sendirian sejak PdPR dilaksanakan. "Reezqi merupakan anak tunggal saya. Kebetulan pula disebabkan pandemik, bisnes event planning saya pun tak dapat dijalankan, jadi saya memang fokus kepada dia saja di rumah. "Apabila PdPR di rumah, dia memang bersendirian dan tiada kawan. Berhubung dengan kawan pun secara atas talian. Sepanjang pandemik, memang tak keluar rumah. kalau keluar pun, duduk dalam kereta. "Saya terfikir nak bagi dia ada pengalaman bersekolah seperti biasa. Jadi saya wujudkan koperasi dan kantin di rumah. Saya tengok dia pun makin seronok nak belajar," ujarnya yang mesra disapa Hanim kepada mStar. Hanim memperkenalkan kantin dan koperasi di rumahnya. Menurut wanita berusia 40-an itu, dia mengakui simpati dengan nasib kanak-kanak dalam era pandemik ini yang tidak dapat mengikuti pengajian seperti biasa. Malah katanya, dia berharap anak lelakinya yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Islah, Kota Bharu agar terus cekal meneruskan usaha menuntut ilmu dalam waktu sukar ini. Kita kena peka dengan anak-anak, tanya keadaan mereka setiap hari khususnya berkaitan PdPR. HANIM "Kantin dan koperasi yang saya wujudkan tidaklah dijalankan setiap hari. Biasanya kami buat mungkin seminggu sekali. "Tapi dia memang ada jadual sekolah, termasuk dengan waktu rehat sekali. Jadi saya akan isi waktu rehat Reezqi dengan makan, buat permainan ringkas dan sebagainya. "Paling utama, saya rasa kesian sebab mereka tak dapat alami pengalaman sekolah seperti biasa dan tak ada peluang nak berkomunikasi dengan kawan-kawan seperti biasa. Reezqi bersama kedua ibu bapanya. "Harapan saya supaya pandemik ini berlalu pergi dan kita boleh teruskan hidup seperti biasa. Rindu suasana dulu-dulu," ujarnya lagi. Menurut Hanim, dia turut berkongsi video kantin dan koperasi khas itu menerusi Instagram dengan tujuan memberi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana. "Saya cuma nak berkongsi dengan golongan ibu bapa. Saya tahu tak semua orang ada masa seperti saya, ada juga ibu bapa yang bekerja sebagai frontliners, mereka sangat sibuk. Reezqi meminati subjek Sains dan Matematik. "Apa yang saya buat, tidaklah memerlukan kos tinggi. Cuma kena ada sedikit effort untuk bagi pengalaman kepada anak. Saya pun tak expect semua orang buat macam tu. "Cuma kita kena peka dengan anak-anak, tanya keadaan mereka setiap hari khususnya berkaitan PdPR. Kena sentiasa cakna dengan apa yang anak kita buat," ujarnya lagi. Bercerita mengenai Reezqi, Hanim mendedahkan dia merupakan seorang anak yang ceria dan menyimpan hasrat bergelar angkasawan suatu hari nanti. Reezqi kini mengikuti PdPR berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara. Tambahnya, anak lelakinya itu turut meminati subjek Sains dan Matematik. "Reezqi ceria di rumah, cuma dia sedih sebab lama tak jumpa sepupu-sepupu yang tinggal di luar Kelantan. "Dah lama tak dapat jumpa, dah dua kali Hari Raya Aidilfitri disambut dalam keadaan pandemik. Mungkin dia rindu sangat dengan mereka semua," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!