KEKURANGAN bukan halangan untuk menonjolkan bakat. Kelunakan suara seorang wanita menyanyikan lagu Bunga-Bunga Cinta daripada Misha Omar menerusi video di aplikasi TikTok mempamerkan kelebihannya. "Bukan nak tipu, memang suara dia sedap. Meremang pula aku. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar OKU nyanyi lagu tema 7 Hari Mencintaiku 2 dapat 'tepukan gemuruh' Tok Ti - "Dia geram dengan watak jadi kebencian" ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tertipu, suara anak Kelantan ini sebenarnya padu... hanya acah-acah bersuara sumbang - "Dulu ada tak suka saya 'perform' sebab gemuk" "Di sebalik kekurangan kita akan terselit satu kelebihan yang Allah anugerahkan. Keep it up sis. "Sedap suara. Moga terus maju. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Ya Allah," demikian antara komen netizen terhadap seorang wanita yang bersuara merdu tetapi menghadapi masalah sumbing. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Wanita berkenaan, Yuzaida Yusop berkata, dia dilahirkan dengan keadaan sumbing bibir dan lelangit, sebelum menjalani pembedahan seawal usia setahun. Menurutnya, dia kemudian melakukan dua pembedahan pada umur dua tahun dan 13 tahun. "Ada kawan-kawan kata suara saya bercakap masih kedengaran sengau, terutama apabila saya bercakap laju. Kalau hendak diikutkan dulu suara saya lagi sengau. "Sebab itu saya tak sangka bila ramai puji nyanyian saya. Jujurnya, mula-mula rasa takut bila dipuji, tapi saya bersyukur kerana ramai yang terhibur," katanya kepada mStar. Yuzaida sewaktu kecil. Yuzaida berkata, dia sebenarnya minat menyanyi sejak kecil, malah menyertai beberapa pertandingan karaoke dan nyanyian termasuk menghadiri uji bakat program realiti. Anak kelahiran Teluk Intan, Perak ini menjadikan tiga penyanyi sebagai inspirasinya dalam bidang seni, iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Allahyarham Siti Sarah. Yuzaida (berdiri, kanan) menyertai kumpulan busker. Malah, pembabitannya dalam seni suara ditonjolkan ketika membuat persembahan di kenduri-kenduri kahwin sejak di bangku sekolah sehingga menyertai kumpulan pemuzik jalanan atau busker selama dua tahun antara 2017 dan 2018. "Saya memang suka berkaraoke. Dua tahun saya buat part time busking di pasar karat di Ipoh. Kebanyakan lagu-lagu yang saya nyanyi irama 60-an, pop yeh yeh," ujarnya yang sering menyanyikan lagu Teruna dendangan Fatimah M Amin. Yuzaida (kanan) minat berkaraoke selain menyertai pertandingan nyanyian. Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, penglibatannya dalam bidang nyanyian mendapat sokongan keluarga terutama arwah bapanya yang turut berkongsi minat sama. "Arwah abah kata kalau Yuz (panggilan nama Yuzaida) nak menyanyi atau masuk pertandingan menyanyi, pergilah... buat yang terbaik. Arwah abah kata kalau Yuz nak menyanyi atau masuk pertandingan menyanyi, pergilah... buat yang terbaik YUZAIDA "Abah juga membuat pemilihan lagu yang sesuai dengan vokal saya, tema serta keupayaan menyanyi lagu-lagu yang boleh menang... Alhamdulillah, saya pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan karaoke," katanya sambil menambah bapanya yang menghidap kanser limfoma meninggal dunia ketika usia 70-an pada 2015. Ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Ipoh berkata, dia sewaktu di bangku sekolah pernah mengimpikan untuk bergelar penyanyi. Yuzaida teringin untuk berlatih vokal. "Tapi itu dulu, sekarang ni menyanyi untuk suka-suka sebab faktor usia. Macam lagu Misha Omar yang saya nyanyi tu 'sekali jalan', saya buat all out tak ada practice. "Saya teringin untuk berlatih vokal, tapi tak berpeluang. Saya kagum dengan Misha Omar, selain comel, vokal dia memang power. Saya anggap Misha Omar macam mentor. "Nak dapat belajar vokal daripada Misha Omar mungkin satu impian yang amat besar. Tapi cukuplah sekadar video saya menyanyikan lagu Bunga-Bunga Cinta itu disedari beliau, pastinya menggembirakan dan menaikkan semangat saya," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI