JARANG-jarang sekali kita melihat seorang lelaki mengalirkan air mata kerana perkara kecil, namun itu tidak bermakna kaum Adam ini tidak mempunyai perasaan. Tetapi bagi seorang pemuda, sifatnya yang mudah tersentuh membuatkan dia akan menangis apabila melihat orang yang berada dalam kesusahan. Sebuah video yang dimuat naik oleh teman wanitanya menunjukkan dia tidak dapat menahan air mata apabila melihat seorang lelaki meminta sedekah sambil memakai maskot dalam cuaca yang panas. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas besarkan 10 anak, barulah bapa merasa miliki scrambler idaman! Kalau isteri tak berlakon, reka ‘drama’ mungkin kejutan tak menjadi ARTIKEL BERKAITAN: Isteri izin suami terbang dulu ke Sydney, akhirnya terpisah selama 2 tahun... anak bongsu tak kenal bapa ketika pulang buat kejutan Perkongsian tersebut setakat ini meraih hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok. Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Azwin Yusoff, 21 berkata kekasihnya Muhammad Aqil Najmi Mohd Anuar, 20, adalah seorang lelaki yang hatinya mudah tersentuh. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Katanya video itu dirakam sewaktu mereka berada di dalam kereta selepas membeli barang keperluan dan terserempak dengan seorang lelaki yang memakai maskot di sebuah pasar raya borong di Masai, Pasir Gudang, Johor. "Masa tu kami keluar sebab nak pergi Watsons, terdesak jugalah kerana barang keperluan saya dah habis. Kemudian rasa nak beli Bubblebee sebab teringat arwah Siti Sarah dan tempat tu tak jauh pun dari kami. "Waktu itu orang beratur panjang sangat, kami fikir lebih baik beli pada hari lain atau buat pesanan online sahaja. Dalam perjalanan balik itu, Aqil ternampak ada seorang lelaki memakai maskot dan pegang kotak yang tertulis 'sumbangan ikhlas untuk bergambar'. "Cuaca agak panas ketika itu dan lelaki tersebut memakai maskot Mickey Mouse, saya rasa kesian sebab dia berdiri di situ lama untuk cari rezeki. Dia mungkin kesempitan wang sehingga sanggup berpanas dan melambai-lambai kepada orang untuk bergambar dan memberikan wang kepadanya. Ini bukan kali pertama Aqil menangis kerana tersentuh hati. "Pada mulanya Aqil tak berhenti, dia cuma cakap 'kesiannya dia, awak tengok la dia berdiri di situ seorang diri'. Saya pun mengangguk dan ingatkan nak terus balik, rupanya dia pusing dekat tempat tu untuk berikan sedekah kepada maskot tersebut," katanya yang berasal dari Pasir Gudang, Johor. Mesra disapa Azwin, dia tidak pasti usia lelaki yang memakai maskot itu, namun lelaki itu sangat gembira apabila mereka meletakkan wang di dalam kotaknya. Jelasnya, lelaki tersebut mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan menghulurkan gula-gula kepada mereka sebagai balasan. Tersentuh dengan tindakannya itu, Aqil terus mengalirkan air mata mengenangkan nasib lelaki maskot berkenaan yang terpaksa berpanas demi mencari rezeki. "Saya tak pasti tua atau muda, tetapi dia gembira sangat saya turun kereta dan masukkan duit ke dalam kotaknya. Saya tak bergambar pun sebab nak jaga juga SOP, tetapi dia ucapkan terima kasih kepada kami kerana memberi wang kepadanya dan mendoakan agar kami dimurahkan rezeki. "Sebagai balasan, dia berikan kami berdua gula-gula dan tiba-tiba Aqil menangis teresak esak. Aqil tersentuh tengok orang susah, dia terfikir cukup ke tidak duit yang diberikannya dan adakah lelaki tersebut sudah makan atau belum. Setiap kali kita terasa diri ini tengah susah, sebenarnya ramai lagi di luar sana yang jauh lebih menderita. NURUL AZWIN YUSOFF "First time saya tengok Aqil menangis depan mata, dalam 20 minit jugalah cuba pujuk. Awal-awal jumpa dia dulu nampak macam gangster, tak pernah terfikir pun yang dia soft macam ni," ujarnya yang merupakan pelajar Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi Mara Segamat, Johor. Azwin yang merupakan anak keempat daripada lima beradik berkata, ini bukan kali pertama teman lelakinya mengalirkan air mata kerana sifat mudah simpati itu. Sebelum ini, Aqil pernah menangis kerana melihat Azwin menolong ibu bapanya menjual sarapan di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, dan sambung berniaga di gerai lain pula pada waktu malam. "Dulu Aqil pernah menangis sebab kesiankan saya meniaga siang dan malam. Pagi saya tolong keluarga berniaga dan malam pula dengan orang lain... dia rasa kesian tengok saya kerja tanpa henti. Azwin menolong ibu bapanya menjual sarapan sejak tahun 2013. "Aqil nampak saya penat sangat dan lepas tu menangis sebab tak boleh tengok girlfriend dia bersusah payah mencari duit. Padahal saya OK je sebab masa PKP ni susah nak cari kerja, jadi buat je la kerja apa yang ada walaupun agak penat. "Saya percaya, ramai yang terkesan sekarang ni dan telah berusaha dengan pelbagai cara untuk menjana pendapatan. Kalau ada rezeki yang lebih, kongsikanlah bersama mereka yang dalam kesusahan dan niatkan sedekah itu untuk keluarga. "Setiap kali kita terasa diri ini tengah susah, sebenarnya ramai lagi di luar sana yang jauh lebih menderita. Walaupun wang yang kami berikan itu nilainya tak sebesar mana, tetapi ia mungkin amat berharga kepada mereka," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!