PENULARAN pandemik Covid-19 sejak tahun lalu membuatkan sebilangan besar individu yang kehilangan pekerjaan terpaksa mencari alternatif untuk meraih sumber pendapatan. Pelbagai jenis pekerjaan dilakukan bagi menyara keluarga, antaranya ramai yang memilih untuk berniaga makanan secara kecil-kecilan di tepi jalan termasuklah wanita ini. Menariknya, gerai nasi lemak yang diusahakannya di tepi jalan di Taman Sri Tanjung Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah, mempunyai tarikan tersendiri sehingga berderet pelanggan beratur setiap pagi. ARTIKEL BERKAITAN: Pasrah jual kambing bakar tak laku, lelaki cepat-cepat tutup gerai... kemudian terus pergi borong makanan peniaga senasib dengannya ARTIKEL BERKAITAN: “Hari ni aku buang, esok ada lagi” - Peniaga durian pelik selalu jumpa syiling atas tanah dekat gerai, keliru nak kutip atau abaikan Berkongsi rahsia, Aniza Ismail yang juga pemilik gerai Nasi Lemak Kak Ja Gojes berkata, dia menjual nasi lemak dengan harga yang cukup rendah dan langsung tidak berkira dari segi kuantiti demi kepuasan pelanggan. "Nasi lemak yang saya jual sejak gerai ni wujud hampir dua tahun lalu, memang letak harga serendah RM1 sebungkus... telur separuh, ikan bilis dan sambal nak minta tambah tak ada masalah. "Kalau nasi lemak berlauk pula hanya RM2 sehingga RM4. Ayam memang seekor potong 10 bahagian. Bagi saya, biarlah untung sikit-sikit sahaja, janji jual murah dan semua orang boleh makan. Pelanggan sanggup beratur untuk membeli nasi lemak di gerai Aniza. "Lebih-lebih lagi sekarang ni zaman pandemik Covid-19... ramai sangat orang yang terkesan. Jadi apa salahnya dalam kita berniaga, ada juga sesuatu yang dilakukan untuk membantu meringankan beban orang lain," ujar wanita berusia 37 tahun ini. Menyingkap kembali perjalanan sebelum gerai Nasi Lemak Kak Ja Gojes dikenali ramai, Aniza berkata dia sebelum ini merupakan peniaga yang mengusahakan makanan di kantin sekolah. "Tapi bila sekolah pun dah mula ditutup sebab Covid-19, terpaksa bekerja keras sebab saya merupakan ibu tunggal yang perlu membesarkan tiga cahaya mata. Aneka kuih-muih yang turut dijual di gerai Aniza. "Jadi saya mula berniaga nasi lemak... mula-mula tu memang perit sangat. Saya mula dengan 3kg beras saja, itu pun payah nak habis. Namun saya cekalkan hati, meniaga juga walau tak balik modal. "Alhamdulillah, berkat sabar, makin lama bertambah kepada 5kg, kemudian 10kg. Dan sekarang ni 40kg beras setiap hari. Syukur, ramai pelanggan lama dan baru, malah yang jauh pun ada. "Sampai je dekat gerai pagi-pagi, orang dah beratur. Alhamdulillah. Selain nasi lemak berlauk, dekat gerai ni juga ada kuih-muih dekat 40 jenis yang diletak oleh orang lain. Dengan cara ini, secara tak langsung dapat membantu suri rumah jana pendapatan sampingan juga," ujar anak kedua daripada lima adik beradik ini. Bagi saya, biarlah untung sikit-sikit sahaja, janji jual murah dan semua orang boleh makan. ANIZA ISMAIL Namun adat orang berniaga, pasti tidak lepas daripada ujian termasuklah Aniza. Menurut wanita ini, beberapa hari lalu ada segelintir pihak yang menyebarkan fitnah di media sosial bagi menjatuhkan perniagaan yang diusahakan bersama adiknya. "Saya bukan orang yang ambil tahu kisah di Facebook... namun tiba-tiba ada kawan beritahu gerai saya viral, sebab ada orang sebar kononnya kami sekeluarga positif Covid-19 namun masih berniaga. Daripada 3 kilogram beras, Aniza kini perlu menyediakan 40 kilogram beras setiap hari. "Bagi saya, kami sendiri akan beri kerjasama kepada pihak berkaitan jika benar. Gerai kami pun ikut SOP. Tapi biarlah pihak berwajib jalankan siasatan selepas saya buat laporan polis untuk bersihkan nama. "Saya tak mahu gaduh-gaduh... kita ni sama-sama berniaga nak cari duit. Bagi saya, rezeki masing-masing. Percayalah urusan rezeki ini Allah yang tentukan," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI