suria

“Siapa kata tanpa dua dos tak boleh dine in” - Suami isteri anti vaksin dikecam... bangga berjaya bawa anak makan di kedai, anggap ‘Allah bagi mudah’

Semua pemilik premis perlu memastikan setiap pelanggan telah menerima vaksin yang lengkap sebelum mereka dibenarkan untuk makan di restoran.- gambar hiasan (kiri) /foto The Star

PENGUMUMAN kerajaan mengenai kelonggaran terhadap individu yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin ternyata melegakan hati netizen.

Antara yang paling hangat disebut tentunya kebenaran dine-in di restoran, khususnya bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti Kuala Lumpur, Selangor dan beberapa negeri lain.

Namun, timbul pula cerita kurang enak apabila ada seorang individu anti vaksin berkongsi cerita mengenai helah jahat yang dilakukannya sehingga dia dikecam hebat di media sosial yang mana netizen menganggap apa yang dilakukannya sebagai tidak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh 'dine-in' di negeri Fasa 1 PPN mulai esok

ARTIKEL BERKAITAN: Kedai gunting rambut, cuci kereta dan pasar antara 22 aktiviti ekonomi akan beroperasi esok

Individu tersebut memuat naik status di Facebook menceritakan bagaimana dia dan suaminya cuba untuk memasuki kedai makan walaupun tidak melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Menurut wanita tersebut, dia juga berjaya memasuki beberapa pasar raya dan restoran tanpa pemeriksaan status vaksin oleh pihak di premis tersebut.

"Selepas beberapa hari kerajaan umumkan kelonggaran bagi mereka yang sudah melengkapi dua dos suntikan vaksin Covid-19, saya pun buatlah social experiment.

gfjhgjf

Wanita tersebut mendakwa berjaya masuk ke beberapa kedai tanpa sebarang pemeriksaan oleh staf di premis tersebut.

"Bukan gerai tepi jalan sahaja, 7Eeleven, Speedmart, Pizza Hut dan semua kedai saya masuk. Tak ada satu premis pun yang check saya dah lengkap dua dos atau tidak.

"Alhamdulillah, Allah permudahkan," tulisnya.

Bagaimanapun dia berkata suaminya yang turut melakukan 'eksperimen sosial' tidak begitu bernasib baik kerana dihalau oleh dua pemilik kedai gunting rambut disebabkan belum melengkapi dua dos suntikan vaksin.

Hanya kedai yang terakhir sahaja suaminya dibenarkan masuk tanpa melakukan sebarang pemeriksaan status vaksin.

"Suami pun ada juga buat social experiment dia sendiri dengan pergi ke kedai gunting rambut. Tetapi dua tukang gunting rambut menghalau dia kerana belum lengkap dua dos.

"Kesian, tapi yang terakhir tu bagi dia masuk tanpa bertanya apa-apa. Yang menghalau tu memang dah kayalah tu tak nak duit.

Jadi siapa kata tak cucuk dua dos tak boleh dine-in?

"Tukang gunting yang tak tanya apa-apa tu memang betul nak cari duit. Jadi lepas ni kita akan support yang betul-betul nak cari duit sahaja," katanya tanpa memaklumkan lokasi semua premis terbabit.

Pasangan suami isteri ini bukan saya melakukan social experiment itu sahaja, malah turut membawa anak-anak bersama untuk menikmati hidangan di restoran.

Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk melihat sama ada akan dihalau atau tidak jika dine-in walaupun tidak menyuntik vaksin.

"Dah alang-alang pagi tadi kami sekeluarga berbasikal, saya dan suami bawa anak-anak bersama untuk dine-in. Sebab saya tengok ramai je orang dine-in di situ, jadi kami masuk ke restoran tersebut dengan bersahaja dan penuh keyakinan.

"Setelah selesai menjamu selera, tiada seorang pun yang datang bertanya dan periksa kami. Alhamdulillah. Allah bagi mudah, jadi siapa kata tak cucuk dua dos tak boleh dine-in?

gtrger

Wanita ini mendakwa turut membawa suami dan anak-anak makan di sebuah restoran tanpa melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19

"Tanpa dua dos pun kami dah selamat dine-in pagi ni. Tiada apa pun yang mustahil," katanya.

Bagaimanapun, semakan mStar mendapati posting tular itu sudah dipadam daripada laman Facebook tetapi netizen menggesa supaya polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka.

Untuk rekod, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Putrajaya masih lagi berada dalam Fasa 1 PPN.

Pemilik premis kedai makan perlu memastikan individu yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil vaksinasi Covid-19, yang memaparkan individu berkenaan telah menerima vaksinasi lengkap.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain