suria

Ibu ‘hadiah’ rotan untuk anak baru balik sekolah tahfiz, tak tahan telinga... bising terjerit-jerit main game! - “Dia sempat mute headphone”

Noraini (gambar kecil) merotan anak bongsunya kerana menjerit-jerit sewaktu bermain game online.

'SAYANGKAN anak tangan-tangankan' adalah ungkapan yang sesuai dalam mendidik cahaya mata untuk mengikut arahan, memberi pengajaran dan tidak melakukan kesalahan sama pada masa akan datang.

Cara itu jugalah yang dilakukan seorang ibu yang 'menegur' anak bongsunya kerana terlalu bising waktu bermain game online.

Video yang dimuat naik oleh anak sulungnya memaparkan, wanita berkenaan merotan anak lelakinya yang terjerit-jerit ketika bermain game Fortnite.

ARTIKEL BERKAITAN: Rapat sejak tingkatan 1... YouTuber sedih bercampur gembira, BFF tak pernah couple dapat jodoh awal - “Chong transfer semua duit ke akaun saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Lupakan hasrat jadi cikgu, jejaka ini yakin dengan kerjaya pilihan mak ayah - “Tak jangka kena cuci najis tapi saya OK”

Rakaman tersebut setakat ini meraih hampir 700,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Bercerita kepada mStar, Anis Nurfitrin Jemi, 25, mendedahkan bahawa wanita di dalam video tersebut adalah ibunya, Noraini Yahaya, 47.

Menurut wanita berusia 25 tahun itu, adik bongsunya Aimiel Zafrien Jemi, 12, terjerit-jerit sewaktu bermain game online sehingga mengundang kemarahan ibu mereka.

Disebabkan tidak tahan dengan Ainiel Zafrien yang mencetuskan suasana bising, ibunya menyerbu bilik adiknya yang ketika itu baru pulang dari mengikuti pengajian tahfiz di Madrasah Al Aminiah Bertam, Pulau Pinang.

"Adik saya baru balik dari sekolah tahfiz selepas dua bulan tidak berjumpa. Jadi mami (panggilan ibu) biarkan adik main game Fortnite, tapi lepas tu dia main sampai terjerit-jerit.

"Waktu tu dah petang dan adik saya pula memang main game seharian di bilik abang sebaik bangun dari tidur pukul 10 pagi. Dia memang selalu main game terjerit-jerit, kadang-kadang sampai pukul meja geram sangat sebab kalah.

"Ini kali pertama kena rotan, sebelum ni kena tempik sahaja. Dia tak menangis pun sebab dah besar, cuma kalau perasan dalam video tu sempatlah dia mute headphone,

IMG_6800

Anis (dua, kanan) merupakan anak sulung daripada empat beradik.

"Tapi bukan setiap hari dia akan main game, kadang-kadang ada hari yang dia langsung tak sentuh benda tu. Dia main game tu sejak darjah empat lagi dan ada team sendiri dengan kawan-kawan yang umur sebaya dengannya." katanya yang menetap bersama keluarganya di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Mesra disapa Anis, dia berkata tujuannya memuat naik video tersebut di TikTok hanya untuk suka-suka dan tidak menyangka ia akan menjadi tular.

Jelasnya lagi, ibunya merakam video tersebut untuk dikongsikan bersama keluarga dan mereka juga geli hati apabila melihat reaksi adiknya.

"Sebenarnya mami sengaja buat video rotan tu untuk dia hantar dalam group family. Saya pula upload di TikTok untuk bergurau, tak sangka jadi viral.

"Keluarga saya tahu dan mereka juga rasa video itu kelakar. Kalau dalam keluarga ni, saya dengan mami memang garang, tapi adik bongsu ni jarang kena marah sebab dia duduk di asrama.

Kalau anak itu dididik dengan baik, insyaAllah kalau dirotan nanti pasti tak memberontak.

ANIS NURFITRIN JEMI

"Bila dia tak ada di rumah tu memang sunyi la sebab semua keluar kerja. Jadi tinggal mami seorang sahaja yang ada di rumah, rindu jugalah dekat anak soleh yang paling dia sayang ni," ujarnya yang bekerja sebagai salah seorang ejen menjual perabot secara online.

Bgaimanapun, Anis berharap agar orang ramai tidak menganggap tindakan ibunya itu sebagai satu penderaan kanak-kanak kerana ia sekadar satu pengajaran untuk medidik adiknya.

Tambahnya lagi, anak-anak perlu dididik dengan ajaran yang baik sejak usia muda lagi supaya mereka lebih mendengar kata.

"Pesanannya, jangan anggap merotan anak tu sebagai child abuse kerana dalam Islam pun diajar untuk rotan anak di kaki cuma dalam video ni kakinya jauh jadi rotan dekat bahu.

"Sebab mami pun bukan suka-suka nak rotan adik, sekadar nak mengajar dia sahaja supaya tak akan ulang benda yang sama lagi.

IMG_6801

Noraini sentiasa merindukan anak bongsunya yang tinggal di asrama.

"Kalau anak itu dididik dengan baik, insyaAllah kalau dirotan nanti pasti tak memberontak sebab sudah diajar untuk bercakap baik dengan ibu bapa.

"Ia sangat penting untuk kita memupuk nilai-nilai murni di dalam diri mereka pada usia yang masih muda, jadi bila dah dewasa nanti mesti sudah terbiasa," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain