KUNJUNGAN orang ramai ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara turut diserikan dengan beberapa 'pertunjukan fesyen percuma' apabila ada yang hadir memakai kostum atau pakaian pelik. Ada yang hadir menerima suntikan vaksin dalam busana tradisional, ada juga yang tampil ekstrem dengan pemakaian kostum dinosaur mahupun jubah putih persis hantu. Tidak terkecuali tentunya seorang penyampai radio di Sabah yang hadir ke PPV Universiti Malaysia Sabah (UMS) sambil menggayakan kostum karakter anime terkenal, Son Goku daripada siri Dragon Ball yang pernah menjadi fenomena di negara kita suatu masa lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Punyalah ramai orang di PPV, wanita nak cucuk vaksin tak sangka dapat kaunter dijaga bekas suami - “Pakai mask tapi saya cam dia” ARTIKEL BERKAITAN: Suara mengilai di PPV bikin meremang bulu roma, ‘langsuir’ mengaku pakai kostum buat sendiri... tapi pakai mask tak? Menurut Abdul Hakim Azizd, 31, idea itu direalisasikan dalam masa singkat dan dia tidak berniat apa-apa selain mahu menghiburkan petugas di PPV sahaja. "Saya dapat idea selepas tengok orang lain pakai pelbagai kostum ke PPV, khususnya di negeri di luar Sabah. Jadi saya terfikir untuk buat juga. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya sekadar mahu hiburkan frontliners. Ia merupakan kostum sendiri, bukan dibeli. Saya beri kain kepada tukang jahit pada Khamis petang. "Sebenarnya ia sangat last minute. Kebetulan tukang jahit itu pun terima vaksin pada hari sama dengan saya. Tapi mujur ia sempat disiapkan menjelang tengah hari Jumaat," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Kim, dia mengakui terharu dengan penerimaan orang ramai serta petugas di PPV sehingga ada yang mahu bergambar kenangan dengannya. Kim menerima suntikan dos kedua pada Jumaat lalu. "Awalnya saya takut juga dengan pandangan orang. Kostum itu pun agak seksi kerana tiada lengan. Ketika saya sedang bersiap di belakang kereta, ada orang rakam video dan angkat ibu jari (thumbs up) kepada saya. Ketika itu saya mula rasa yakin. "Ketika masuk ke PPV, mereka sambut saya dengan baik. Ada juga yang minta selfie. Mungkin mereka pertama kali tengok orang pakai kostum Son Goku," ujarnya. Menurut Kim, peristiwa itu juga membuatkan dia terimbas kenangan zaman kanak-kanak suatu masa lalu. Bila pakai kostum ini ke PPV, saya teringat kenangan zaman kecil dulu. KIM Katanya, dia terpaksa pergi ke rumah jiran demi menonton siri Dragon Ball dan menganggap ia sebagai kenangan yang sukar untuk dilupakan sehingga kini. "Saya minat Son Goku sejak kecil. Dulu kami hidup susah di pedalaman, kalau nak tengok Dragon Ball kena bangun awal pagi dan pergi ketuk rumah jiran. "Saya menonton Dragon Ball di rumah jiran setiap hari Ahad. Bila pakai kostum ini ke PPV, saya teringat kenangan zaman kecil dulu," ujarnya yang berasal dari Ranau. Kim memakai kostum itu untuk menghiburkan petugas barisan hadapan di PPV tersebut. Dalam pada itu, Kim turut memberi pesanan kepada individu di luar sana agar menerima suntikan vaksin, sekali gus membantu negara dalam mencapai imuniti kelompok tidak lama lagi. "Kalau boleh, ambillah vaksin. Ramai yang meninggal dunia dan sakit akibat Covid-19. Ini merupakan salah satu ikhtiar. "Kita dari kecil ketika zaman sekolah dah diberi suntikan. Dulu kita tak melawan pun. Ambil vaksin demi keluarga anda yang tersayang. "Setakat ini saya juga tidak mengalami kesan sampingan, cuma makin bertambah selera," ujarnya berseloroh. Kim mula berkhidmat sebagai penyampai di Radio Era Sabah sejak tahun 2014. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!