SETIAP insan tak terlepas menerima ujian dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan jejaka ini yang kehilangan kaki kanannya dalam satu kejadian kemalangan kira-kira empat tahun lalu. Menurut Daniel Ashraf Roslan, 23, ujian itu cukup perit buatnya, namun dia reda dengan takdir dan menerima segala ketentuan dengan hati terbuka. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tiada dua tangan, semua buat guna kaki” - Ramai nak tahu macam-macam daripada perunding hartanah ini, termasuklah cara makan ARTIKEL BERKAITAN: Beli ketam di pasar, pramugari jelita disangka kudung tangan kiri... apa berlaku sebenarnya? - “Kalau tak angkat baju, mesti basah” "Saya kemalangan pada tahun 2017, pada waktu itu saya berumur 18 tahun. Ia berlaku ketika saya dalam perjalanan untuk jumpa kawan. "Berlaku perlanggaran antara motosikal saya dan sebuah lagi motosikal sebelum saya diseret sebuah kereta dari bahagian belakang. "Kaki saya hancur, kemudian terkena jangkitan kuman sehingga kaki kanan dari bahagian bawah lutut terpaksa dipotong," imbasnya kepada mStar. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut Daniel, dia cukup sedih ketika menerima perkhabaran mengenai keadaan kakinya pada waktu itu. Namun kata Daniel, tiada apa yang boleh dilakukan dan dia perlu menerima ketentuan takdir sebelum menyesuaikan hidup dengan keadaan itu. Daniel terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika berusia 18 tahun. "Mula-mula dapat tahu kaki saya kena potong, memang saya sedih. Tapi saya fikir balik, menangis air mata darah pun tak boleh nak ubah apa yang berlaku. "Pada waktu itu saya rasa tak boleh nak terima keadaan diri. Tapi sekarang saya dah boleh terima. "Saya mula pakai kaki palsu pada tahun 2019. Masa awal-awal rasa agak janggal, rasa sakit. Tapi bila dah berpuluh bulan saya pakai, saya dah rasa selesa," ujarnya yang menetap di Masjid Tanah, Melaka. Saya hilang keyakinan diri selepas dipotong kaki. Tapi lama kelamaan saya dah tak kisah. DANIEL Kata Daniel, kekurangan pada diri tak pernah menjadi penghalang untuk dia menjalani kehidupan seperti biasa. Tambahnya, sudah lebih dua tahun dia bekerja sebagai runner penghantar makanan dan langsung tak berhadapan masalah untuk menunggang motosikal. Selain itu, minat Daniel terhadap sukan juga tidak terkubur, sebaliknya dia menapak satu anak tangga apabila mula menjadi atlet Paralimpik untuk sukan bola sepak bagi negeri Melaka. "Saya hilang keyakinan diri selepas dipotong kaki. Tapi lama kelamaan saya dah tak kisah. Saya fikir, tak semua manusia boleh terima kita. Dah lebih dua tahun juga saya bekerja sebagai runner penghantar makanan. Minat Daniel terhadap sukan bola sepak tak pernah luntur biarpun dia kini terpaksa menggunakan kaki palsu. "Selain itu, saya juga ada masuk acara sukan. Saya memang minat sukan sejak kecil lagi. Sekarang saya main bola sepak untuk Melaka. Saya baru saja join mereka dalam setahun lebih," ujar anak bongsu daripada empat beradik itu. Dalam pada itu, Daniel turut berterima kasih apabila ramai netizen memberi sokongan terhadap video yang dikongsinya di TikTok. Kata Daniel, dia sekadar berkongsi kisah hidup untuk memberi mesej kepada masyarakat mengenai kekuatan semangat dirinya biarpun kini terpaksa bergantung dengan kaki palsu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!