suria

Tengah ‘feeling’ nyanyi lagu Spin, tiba-tiba jejaka pemalu ini ‘mix’ dengan taranum... merdu habis! - “Dia post video menyanyi tak tunjuk muka”

Akif (kanan) sebenarnya seorang yang pemalu dan tidak suka menonjolkan dirinya.

MEMANG luar biasa bakat seorang pemuda yang mempunyai suara merdu dan pandai bertaranum.

Ia dapat dilihat menerusi rakaman yang dimuat naik oleh seorang rakannya, memaparkan dia sedang khusyuk menyanyi tetapi secara tiba-tiba bertaranum pada bait-bait terakhir lagu Malam Semakin Dingin, nyanyian kumpulan Spin.

Video tersebut meraih hampir 750,000 tontonan di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Son Goku’ pernah tumpang TV jiran demi tonton Dragon Ball, tak yakin nak masuk PPV sehinggalah ternampak individu beri thumbs up!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ‘hadiah’ rotan untuk anak baru balik sekolah tahfiz, tak tahan telinga... bising terjerit-jerit main game! - “Dia sempat mute headphone”

Bercerita kepada mStar, Ezzat Aiman Mohd Zulkepli, 18, berkata, pemilik suara merdu itu ialah rakannya, Muhammad Khairin Akif Mokhtar, 20, yang sama-sama belajar di Maahad Muhammadi, Pasir Mas, Kelantan.

Tambahnya lagi, video tersebut dirakam pada Jumaat lalu dan dimuat naik tanpa pengetahuan Muhammad Khairin Akif sehinggalah ia menjadi tular di TikTok.

"Petang tu saya dan Akif teman seorang lagi rakan kami di Masjid Sultan Muhammad Ke III kerana dia ada sedikit urusan di sana. Selesai sahaja kerja dia, kami pun lepaklah dalam sebuah dewan di masjid itu

"Waktu tu dia berdua dengan kawan saya dan saya ada terdengar dia menyanyi. Saya pun intailah sebab nak tengok betul ke dia tengah menyanyi, lepas tu baru mula rakam video.

"Mula-mula dia memang tak tahu yang saya ada rakam dan upload video itu di TikTok. Bila dah dapat views tinggi dan keluar di FYP, barulah saya tunjuk pada dia.

IMG_0684

Akif (kanan) dan Ezzat sewaktu bersekolah di Maahad Muhammadi, Pasir Mas, Kelantan.

"Sebelum ni kami memang ada rekod cover lagu nasyid, tapi tak upload kat mana-mana sebab tak menjadi," katanya yang merupakan anak kelapan daripada 12 beradik

Menurut anak kelahiran Sabah yang mesra disapa Ezzat ini, dia dan Akif merupakan ahli kumpulan nasyid sewaktu di sekolah dahulu.

Mereka pernah mewakili sekolah sehingga ke peringkat negeri dan mendapat tempat ketiga pada tahun 2019.

"Akif tu merupakan senior saya waktu sekolah menengah, dia dah join kumpulan nasyid di sekolah sejak tingkatan dua lagi.

"Saya pun ahli kumpulan nasyid sekolah juga dan kami pernah mewakili sekolah sehingga ke peringkat negeri pada tahun 2019 dan menang tempat ketiga. Ramai suruh Akif untuk gerak solo, tapi dia malu.

"Walaupun ada suara yang sedap dan ramai yang nak dia bergerak solo, tapi sebenarnya dia seorang yang pemalu. Kalau dia post video menyanyi mesti video kosong sahaja, tak suka tonjolkan muka katanya.

Pada saya, kalau dah ada bakat tu janganlah malu untuk menonjolkan diri.

EZZAT AIMAN MOHD ZULKEPLI

"Dia ada je post video cover lagu di Instagram, tapi lepas sebulan dua mesti dia akan archive perkongsian itu. Biarpun ramai yang memuji suaranya sedap," ujarnya yang kini menetap bersama keluarganya di Pasir Mas, Kelantan.

Ezzat juga mengakui bahawa untuk seseorang itu bertaranum itu bukan mudah kerana perlu berkebolehan mendapatkan lenggok tersendiri.

Namun dia berhasrat untuk merakamkan lagu nasyid bersama ahli kumpulan lain dan menjadi pelapis genre tersebut untuk generasi baharu.

"Baru-baru ni saya perasan jugalah trend orang menyanyi lagu biasa sambil bertaranum di TikTok. Memang berbakatlah siapa yang boleh buat kedua-duanya dalam satu masa, sebab saya sendiri rasa susah nak dapatkan lenggok tu.

"Pada saya, kalau dah ada bakat tu janganlah malu untuk menonjolkan diri. Sebab kita tak tahu kadang-kadang ada peluang yang datang.

IMG_0686

Kumpulan nasyid yang disertai oleh Akif (kiri) dan Ezzat (dua kanan) pernah mewakili sekolah mereka sehingga ke peringkat negeri.

"Saya sebenarnya dah lama merancang untuk nak buat cover lagu dengan ahli kumpulan nasyid yang lain, cuma tak tahu bila.

"Sekarang ni pun ramai yang dah bawa haluan masing-masing. Tapi kalau ada rezeki memang teringin sangat nak jadi pelapis kumpulan nasyid untuk generasi baharu," katanya.

Ezzat akan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan dalam masa yang sama juga mengendalikan bisnes online sejak dua bulan lalu.

Dia juga merupakan jurugambar sambilan dan menawarkan perkhidmatannya di sekitar kawasan Kelantan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain