"BILA kaki tak cukup cm (sentimeter)" itulah kapsyen pada video yang dimuat naik oleh seorang gadis sambil menunjukkan bahagian tapak kasutnya. Perkongsian gadis berkenaan memaparkan bahagian tengah tapak kasutnya yang penuh dengan kesan jahitan tak ubah seperti keadaan baru 'dibedah' oleh doktor. ARTIKEL BERKAITAN: Jadi atlet sebab nak banggakan mak ayah dan pernah raih pingat Sukan Sea, pemuda ini perjelas kenapa bersara umur 21 tahun ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah tak kisah” - Pemuda ini cekal jadi runner selepas kaki dipotong, kini kejar impian sebagai pemain bola sepak Video tersebut meraih sebanyak 160,000 tontonan setakat ini dan mengundang pelbagai reaksi pengguna di TikTok. Berkongsi cerita dengan mStar, pemilik kasut berkenaan, Norhidayah Darus, 23, berkata, safety boots yang dipakai itu terpaksa dikecilkan kerana saiz kakinya yang kecil. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Jelasnya lagi, kasut yang dibeli secara online itu masih besar untuk kakinya walaupun dia telah memilih saiz yang betul iaitu saiz 2. Melihat situasi itu, abangnya, Muhammad Darus, 40, membawa kasut tersebut untuk 'dibedah' oleh rakannya yang tinggal kira-kira 10 minit dari rumah mereka yang terletak di Kampung Padang, Kuala Pegang, Kedah. "Sebenarnya masa tu dah nak mula praktikal dan safety boots lama saya memang besar. Jadi saya pun order la safety boots baru di Shopee, dengan harapan kaki muatlah. "Sekali bila sampai, masih besar juga walaupun dah pilih saiz yang betul. Saya buntu sebab praktikal semakin dekat, kalau nak beli kasut baru pun tak sempat. "Saya pun tanya abang kalau dia ada idea macam mana nak selesaikan masalah kasut saya ni. Abang cakap dia ada kawan yang mungkin boleh tolong kecilkan kasut ni supaya muat dengan saiz kaki saya. Dayah sedang menjalani latihan praktikal di Seberang Jaya, Pulau Pinang. "Kami pun hantarlah kasut tu ke rumah kawan abang. Sampai di sana, kawan dia ambil lakaran saiz tapak kaki saya di atas kertas untuk dapatkan ukuran," katanya yang merupakan pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Jalan Raya dan Pengangkutan) di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading, Batu Pahat, Johor. Mesra dipanggil Dayah, dia berkata, kasutnya siap 'dibedah' dalam masa seminggu dan kawan abangnya hanya mengenakan upah kurang dari RM100. Dia mengakui terkejut bercampur gembira apabila melihat kasut yang sebelum ini besar di kakinya, kini sudah muat untuk dipakai. "Seminggu selepas itu saya datang ambil semula safety boots dan terkejut tengok saiz kasut tu dah berubah! Rupa-rupanya dia operate kasut saya di bahagian tengah dan kemudian cantumkan semula. "Kawan abang terpaksa buat macam tu sebab dia tak ada tapak kasut yang ikut saiz tapak kaki saya. Bila saya lihat semula tapak kasut, elok pula dia jahit bahagian yang dibelah itu. Saiz kakinya yang kecil membuatkan Dayah sukar untuk membeli kasut. "Memang kemas jahitan dan cantumannya, berbaloilah dengan kos upah yang kami bayar dekat dia. Kasut tu saya dah pakai untuk praktikal dan Alhamdulillah semuanya OK waktu pergi ke tapak pembinaan. "Cuma tak pastilah kalau waktu hujan tu akan masuk air atau tidak," katanya yang mula menjalani latihan praktikal di Sebarang Jaya, Pulau Pinang pada 25 Mei lalu. Menurut anak kelahiran Kedah ini, ini bukan kali pertama dia berdepan dengan masalah saiz kasut. Pada 2019, kasutnya pernah tertanggal sewaktu mahu turun dari pentas majlis konvokesyen yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). "Peristiwa yang paling saya ingat ialah waktu majlis konvo di PICC selepas tamat pengajian Sijil Teknologi Kejuruteraan Lukisan Struktur di Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Kedah. "Ketika itu saya pakai kasut tumit tinggi dan dah beli pelapik di bahagian dalam tapak kasut untuk mengelakkan ia longgar. Tapi waktu saya nak turun pentas selepas dah ambil skrol, kasut itu tercabut dan tertinggal di belakang. Kalau dah jumpa kasut yang sesuai dengan kaki tu memang saya akan jaga dan pakainya elok-elok. NORHIDAYAH DARUS "Saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya pada waktu itu, lebih-lebih lagi bila salah seorang graduan dari kolej lain pun perasaan kejadian tersebut. Lepas selesai majlis dan nak pulangkan semula jubah, saya hanya pakai stokin sahaja kerana dah tak sanggup nak pakai kasut itu," ujarnya. Menurut anak keenam daripada tujuh beradik ini, saiz kakinya yang kecil itu juga memaksa dirinya untuk membeli kasut di bahagian kanak-kanak. Dayah juga akan memakai kasut sedia ada dengan cermat kerana tahu betapa sukarnya untuk mencari kasut yang sesuai dengan saiz kakinya. Kasut tumit tinggi Dayah pernah tertanggal sewaktu dia mahu turun dari pentas ketika majlis konvokesyen di PICC. "Memang susah la nak cari kasut yang sesuai bila kaki kecil. Kalau dah jumpa kasut yang sesuai dengan kaki tu memang saya akan jaga dan pakainya elok elok. Sebab tahu lepas ni mesti susah nak jumpa lagi. Saya harap pereka kasut di luar sana ambil kiralah juga kami golongan yang bersaiz kaki kecil apabila mereka nak design kasut," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!