suria

Remaja ini bisnes sendiri selepas berhenti belajar tingkatan 6, ada pengalaman tolong mak bungkus bawang goreng, jual pisang goreng

Ikhwan juga mula berjinak-jinak sebagai YouTuber sejak April tahun lalu dan sehingga kini sudah mengumpul lebih 4,800 subscribers.

JIKA kebanyakan rakan sebayanya sibuk mengikuti pengajian, remaja ini memilih haluan berbeza.

Menurut Mohamad Ikhwan Ahmad, 20, dia sebelum ini pernah mengikuti pengajian di tingkatan enam, namun ia terhenti separuh jalan.

Menetap di Langkawi, Kedah, dia yang mesra disapa Ikhwan pernah bekerja dengan sebuah hotel sebelum menjadi pembantu di sebuah gerai pisang goreng.

ARTIKEL BERKAITAN: Rapat sejak tingkatan 1... YouTuber sedih bercampur gembira, BFF tak pernah couple dapat jodoh awal - “Chong transfer semua duit ke akaun saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 10 anak cuba nasib jadi YouTuber pada usia 50 tahun... ada kisah pilu di sebalik pemilihan nama ‘Bonda Sebelas’

Kini, dia melangkah satu lagi anak tangga dengan bergelar YouTuber serta berniaga baju bundle yang beroperasi menerusi siaran langsung (live) di aplikasi TikTok.

Bercerita kepada mStar, Ikhwan mengaku minat terhadap dunia bisnes dan sentiasa percaya dengan ketetapan rezeki Allah.

"Sekarang saya berniaga baju bundle dalam live di TikTok. Sebelum ini pernah belajar tingkatan enam, tapi separuh jalan saja kerana ada masalah kewangan sikit.

"Banyak juga cabaran bila berniaga bundle secara live. Ada yang tak serius, mereka main-main. Dah lock baju, kemudian senyap terus.

"Alhamdulillah, ada sambutan juga. Kadang-kadang sekali live, dapat jual dalam tiga ke empat helai baju," ujar anak bongsu daripada enam beradik itu.

ikhwan4

Ikhwan berniaga baju bundle menerusi live TikTok.

Kata Ikhwan, sudah menjadi adat berniaga apabila ada turun naik saban hari, namun dia tak pernah menyesal dengan pilihan untuk terjun ke bidang itu.

Malah katanya, dia ada impian untuk membuka kedai bundle sendiri suatu hari nanti.

Saya juga pernah tolong mak kawan saya berniaga pisang goreng.

IKHWAN

"Saya mula meminati bidang ini selepas tengok orang lain berniaga bundle dalam TikTok. Saya tak pernah menyesal walaupun ada kalanya baju tak terjual.

"Saya anggap itu bukan rezeki saya. Saya nak jadi seorang yang berani mencuba dalam bisnes. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh buka kedai.Memang ada impian nak buka kedai.

ikhwan2

Ikhwan pasang impian buka kedai bundle suatu hari nanti.

"Mak saya pun berniaga. Mak buat bisnes bawang goreng. Biasanya saya akan tolong mak untuk packing. Ayah dah meninggal kerana diebetes ketika saya umur 15 tahun.

"Sebelum ini, saya juga pernah tolong mak kawan saya berniaga pisang goreng," cerita Ikhwan lagi.

Selain bidang bisnes, Ikhwan juga mula berjinak-jinak sebagai YouTuber sejak April tahun lalu dan sehingga kini sudah mengumpul lebih 4,800 subscribers.

ikhwan3

Ikhwan bergelar YouTuber sejak tahun lalu.

"Saya juga ada buat YouTube. Saya hasilkan video prank dan pick up line. Impian saya kalau boleh nak capai 100,000 subscribers.

"Biasanya kawan-kawan yang akan tolong kalau saya buat video YouTube," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain