suria

Bos beri cuti tanpa gaji sejak awal pandemik, pemuda ini jadi tukang jahit dari rumah... lega dapat tempahan - “Orang kata lelaki lembut, saya OK je”

Amir mengakui wujudnya persepsi negatif terhadap bidang fesyen dan ia cukup sinonim dengan lelaki lembut.

PANDEMIK Covid-19 yang tak berkesudahan memaksa ramai rakyat di negara ini mencari alternatif dalam mencari sumber pendapatan.

Begitu juga yang dilalui pembantu pereka fesyen ini apabila dia diberi cuti tanpa gaji oleh majikannya sejak tahun lalu.

Enggan mengeluh dengan nasib yang menimpa, Mohamad Amir Mohd Husin, 24, mula mengambil tempahan baju dan memulakan 'butik' sendiri di kediamannya di ibu negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesa jadi ‘tukang jahit biasa’ walau hasil jahitan luar biasa! Lelaki ini kongsi kisah ditentang belajar fesyen, bawa mak ayah naik pentas selepas berjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Kerana minat, pemuda kacak tak hirau dipertikai bergelar tukang jahit... siap kongsi detik cemas baju pelanggan berlubang di ambang raya

"Sebelum ini saya bekerka sebagai assistant kepada seorang pereka fesyen. Disebabkan pandemik, saya diberi cuti.

"Jadi sejak tahun lepas, saya buat (baju) sendiri. Saya menjahit dari rumah di Kuala Lumpur.

"Untuk tempahan baju, masa awal-awal saya bermula, kawan-kawan banyak bagi sokongan. Saya minta mereka tolong promosi, dari situ ramai customer datang.

"Saya buat semua, dari baju pengantin, baju kurung, dress, pakaian lelaki, pakaian kanak-kanak dan macam-macam lagi," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Amir, jejaka yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan itu mengakui tak pernah menyesal terjun ke bidang fesyen, sebaliknya komited untuk mengejar impian.

Amir juga tidak kisah sekiranya dilabel sebagai tukang jahit mahupun pereka fesyen, namun apa yang penting dia mahu merealisasikan setiap permintaan pelanggan dengan sebaik mungkin.

amir3

Amir sebelum ini belajar bidang fesyen di IKBN.

"Bagi saya, saya tak pernah menyesal masuk bidang fesyen sebab orang sentiasa bertukar baju. Baju kahwin pun orang sentiasa mencari kelainan.

"Saya juga tak kisah dilabel sebagai tukang jahit atau pereka fesyen. Yang penting saya nak realisasikan impian pelanggan.

"Bisnes memang ada cabaran, tapi Alhamdulillah semuanya OK berbekalkan penagalaman saya bekerja selama setahun sebelum ini.

Kalau kata fesyen, orang kaitkan dengan lelaki lembut. Bagi saya OK saja, asalkan minat

AMIR

"Saya juga memasang impian untuk ada butik dan jenama sendiri tidak lama lagi," ujar anak keempat daripada lima beradik itu.

Mengenai dirinya, Amir mengakui minat membuat lakaran fesyen sejak zaman sekolah lagi dan turut mendapat sokongan keluarga untuk menyambung pengajian dalam bidang itu.

Kata Amir, ada juga yang beranggapan negatif terhadap bidang fesyen yang selalunya sinonim dengan lelaki lembut, tapi dia enggan memandang perkara negatif dan mahu mengejar minat sehingga menjadi insan berjaya suatu hari nanti.

amir2

Amir simpan hasrat untuk memiliki jenama sendiri suatu hari nanti.

"Saya minat sejak zaman sekolah. Memang hobi saya suka melukis. Walaupun tak cantik, tapi saya confident saja.

"Masa sambung diploma di Insitut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dalam bidang ini, keluarga bagi sokongan.

"Tapi ada orang lain yang pandang aneh, sebab kalau kata fesyen, orang kaitkan dengan lelaki lembut. Bagi saya OK je, asalkan minat," ujar Amir yang sering berkongsi video hasil jahitannya menerusi aplikasi TikTok

Antara posting yang mencuri tumpuan tentunya video Amir menggayakan baju vaksin yang dijahit olehnya sendiri baru-baru ini.

Video itu sehingga kini sudah meraih lebih 35,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain