PELUANG kerja menjadi ketakutan utama golongan muda masa kini khususnya yang baru menamatkan pengajian di universiti. Ditambah dengan pandemik Covid-19 yang melanda sejak lebih setahun lalu, peluang itu semakin tipis sehingga ada yang terpaksa mencari alternatif lain demi meneruskan kelangsungan hidup. Di aplikasi TikTok, seorang wanita tampil berkongsi video mengenai bidang pengajian yang disifatkannya paling laris dan mudah untuk mendapat peluang kerja. ARTIKEL BERKAITAN: Ada ijazah tapi tak dapat kerja, wanita ini nekad jadi usahawan... tak sampai 3 tahun terharu mampu bantu orang lain - “Saya bermula di rumah saja” ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini tinggalkan kerja offshore demi jaga ibu sakit di kampung, bermula dengan jual cream puff, rezeki diperoleh selepas itu sukar dipercaya Menurut Nur Najjwa Mohd Yatim, 28, dia beranggapan bidang Pengurusan Perniagaan mempunyai cabang kerja yang meluas dan menjamin peluang lebih cerah buat anak muda. "Saya tergerak hati nak kongsi video topik itu kepada orang ramai. Adik saya juga ada bertanya soalan sama. Jadi apa salahnya saya kongsi sesuatu yang berfaedah di TikTok. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Pendapat saya, jurusan bisnes bukan fokus pada satu cabang pekerjaan saja. Saya sendiri ambil bidang bisnes, lepas tu saya tengok kebanyakan peluang kerja yang diiklankan meletakkan pengajian perniagaan sebagai requirement mereka. "Bidang ini tidak fokus satu bidang tapi boleh buat macam-macam dari Sumber Manusia, bahagian Pemasaran, Kewangan, Insuran dan sebagainya," ujarnya yang mesra disapa Cikwa. Menurut Cikwa, dia tak menyangka video itu meraih lebih 600,000 tontonan di TikTok sehingga dia dihujani pelbagai mesej dan komen berkaitan isu itu. Cikwa merupakan ibu kepada seorang cahaya mata. Jelas Cikwa lagi, dia sekadar memberi pendapat peribadi dan tidak kisah jika ada yang tak setuju dengan perkongsian itu. "Saya ada baca komen. Saya tak sangka video itu jadi viral. Ada yang setuju, ada tak setuju. Masing-masing ada pendapat. Saya pun hanya bagi pendapat saya. "Dengan enam tahun pengalaman kerja, saya dah tiga kali tukar kerja. Ia bergantung kepada nasib dan rezeki juga. Ini cuma cadangan saya. "Sangat ramai adik-adik mesej, WhatsApp dan direct message (DM) saya. Mereka tanya pendapat mengenai bidang yang diceburi. InsyaAllah saya balas semua, cuma lambat sikit," ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu. Kena seimbangkan minat dan keperluan. Kalau pendapat saya, saya ikut keperluan pasaran. Kemudian baru ikut minat. CIKWA Kata Cikwa, sesiapa sahaja perlu mengejar minat mereka, namun dia berpendapat ia juga harus sejajar dengan keperluan pasaran masa kini. "Apa sahaja kita kena buat dengan minat, sebab minat akan motivate kita, tapi saya juga melihat kepada pasaran sekarang. "Kita cari jurusan yang mudahkan kita, pilih sesuatu yang memberi masa depan. Saya melihat apa yang perlu pada masa ini. Apa yang pasarannya lebih tinggi? "Kena seimbangkan minat dan keperluan. Kalau pendapat saya, saya ikut keperluan pasaran. Kemudian baru ikut minat kerana ia boleh dipupuk. Kata Cikwa, dia meraikan perbezaan pendapat di laman TikTok miliknya. "Saya sememangnya kesian tengok keadaan sekarang, dengan pandemik yang melanda. Kita pun tak sangka ia akan berlaku, semua di tangan Allah. Tapi kita kena cari alternatif untuk berusaha, tak boleh down lama-lama, tak boleh memilih sangat," ujarnya lagi. Mengenai dirinya, Cikwa yang menetap di Cyberjaya merupakan eksekutif di sebuah syarikat di ibu negara. Selain itu, Cikwa kini sedang menyambung pengajian secara sambilan dalam bidang Pemasaran di UiTM Perlis. Cikwa juga ada menjalankan bisnes pakaian secara dalam talian sejak lima tahun lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI