AIR mata mengiringi hari bahagia! Begitulah kisah seorang gadis yang sebak apabila dia tidak dapat hadir ke majlis pernikahan sahabat baiknya. Menurut Nur Ain Eliyana Syuib, dia kini menjalani kuarantin kendiri di rumah gara-gara menjadi kontak rapat pesakit Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki gagal tahan air mata ketika sebut ‘aku terima nikahnya’, rakan MRSM sejak Form 2 sah jadi isteri - “Banyak kami dah lalui bersama” ARTIKEL BERKAITAN: Selamat pengantin baru! Edit kad kahwin sendiri konon nak prank kawan-kawan, tapi si gadis yang dapat kejutan - “Bagus juga idea tu sebenarnya” Namun, air matanya tumpah apabila pengantin baharu, Siti Nadhirah Abd Rahman datang ke rumah sewanya untuk menyerahkan makanan selepas tamat majlis pernikahan yang berlangsung pada Rabu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Dia (pengantin perempuan) chat saya. Dia kata, dia nak saya ada masa dia nikah. Saya rasa sebak sebab tak boleh pergi ke mana-mana. "Kemudian pada hari dia nikah, dia call saya dan maklumkan sudah dalam perjalanan ke rumah saya. Dia minta keluar. Dia kata, boleh tengok dari jauh pun dah memadai. "Dia datang dengan suami. Dia hantar makanan kenduri. Ada nasi putih dengan ayam masak merah. Dia letakkan makanan dekat pagar. Ain kini sedang menjalani kuarantin di rumah. "Bila saya tengok dia di sebalik pagar dengan baju pengantin, terus saya sebak. Mula-mula niat tak nak menangis. Saya terduduk sekejap bila tengok dia," ujarnya yang mesra disapa Ain kepada mStar. Menurut gadis itu lagi, dia juga sempat membuat rakaman video ketika sahabatnya hadir menghantar makanan di rumah sewanya yang terletak di Bera, Pahang itu. Saya tak minta benda jadi begini. Padahal saya dah janji akan hadir ke majlis nikah dia. AIN Sekadar suka-suka dikongsi di TikTok, dia terkejut apabila ia meraih perhatian ramai sehingga menerima lebih 700,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam. "Saya tiada niat nak viral. Sekadar post video untuk simpan sebagai kenangan. Tak sangka ramai yang sedih tengok video itu. "Komen netizen semuanya positif. Ramai yang tanya khabar saya. Mereka minta jaga diri. Bila video tu viral, memang saya terkejut. Kemudian lagi terkejut bila mStar hubungi nak interview," ujarnya berseloroh. Mereka mula bersahabat sejak berusia 14 tahun. Menurut Ain, dia sebak kerana mengenangkan persahabatan mereka yang sudah lama terjalin sejak masing-masing berusia 14 tahun lagi. "Kami sama-sama umur 21 tahun. Kami mula berkawan sejak tingkatan satu. Kemudian kami sambung belajar di Kolej Yayasan Pahang (KYP) sehingga tamat pengajian pada tahun lepas. "Sambung belajar sama-sama, duduk sebilik, pergi ke mana-mana pun bersama. Kami macam ahli keluarga. Cuma sekarang kami tinggal berasingan, tapi masih berdekatan. "Sangat sedih sebab tak dapat datang ke majlis itu. Masa dia bertunang saya sempat pergi tengok. "Saya minta maaf kepada kawan saya, saya tak minta benda jadi begini. Padahal saya dah janji akan hadir ke majlis nikah dia. Pasangan pengantin selamat dinikahkan pada Rabu. "Tapi saya terima apa yang berlaku. Saya mula kuarantin pada 20 Ogos selepas jadi kontak rapat rakan serumah yang positif Covid-19. "InsyaAllah saya akan swab test lagi pada 31 Ogos dan akan potong gelang pada 2 September," ujar graduan bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu. Menurut Ain yang kini bekerja sambilan sebagai juruwang, dia berharap semua individu di luar sana menjaga diri masing-masing agar tidak dijangkiti Covid-19. Dikesempatan sama, Ain turut menitipkan ucapan 'Selamat Pengantin Baharu' buat sahabatnya itu dan berharap pasangan tersebut berbahagia hingga ke syurga. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI