GELARAN 'sky hunter' yang digunakan lelaki ini cukup tepat untuk menggambarkan apa yang dihasilkannya. Bermula tahun lalu, Muhammad Hafies Hasim, 27, mula berjinak-jinak dalam aktiviti penerbangan dron. Malah, rakaman yang dihasilkan dari udara turut dikongsi di media sosial sehingga dia menerima pujian ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Gempak, laju lain macam! Pelajar terbangkan ‘racing drone’ atas sungai ketika berkhemah rupa-rupanya juara dunia - “Rakyat Malaysia pun boleh” ARTIKEL BERKAITAN: Instagram kongsi gambar KLCC dirakam anak Malaysia, berbaloi jurutera ini keluar subuh angkut dron! - “Hadiah awal hari jadi saya” Menurut pemandu peribadi yang berasal dari Pulau Pinang ini, hobi menerbangkan dron bermula dengan pengaruh kawan-kawan sehingga dia 'terjebak' dan sanggup berhabis duit untuk memiliknya. "Semuanya bermula tahun lepas, mula-mula tengok kawan main dron. Saya pun beli dron pertama dengan harga RM190. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Baru dua hari dibeli, dron itu lost connection ketika sedang diterbangkan. Ia terus lesap, hilang tak tahu ke mana. "Nasib baik harga RM190, jadi saya tak kecewa sangat. Kemudian saya cuba tengok balik dron yang bagus, saya labur sikit dan beli dron kedua pada harga RM1,600. Buat masa ini, Hafies enggan mendedahkan identitinya di TikTok dan mahu dikenali sebagai 'sky hunter' sahaja. "Bila fly dron dengan kawan-kawan, main benda ni sampai bila pun tak rasa puas, lepas tu saya upgrade lagi beli dron baharu dengan harga RM4,400," ujarnya kepada mStar. Menurut jejaka yang mesra disapa Hafies itu, dia juga banyak berkongsi rakaman dron menerusi Instagram, Facebook, TikTok dan YouTube. Saya juga ada tolong ambil video dron untuk pengebumian jenazah Covid-19. HAFIES Malah katanya, dia terharu dengan komen positif orang ramai sehingga ada video yang dikongsinya meraih ratusan ribu tontonan. "Sejak tahun ini saya kongsi video di TikTok. Kongsi secara suka-suka, tak sangka dapat sambutan. Contohnya video KLCC, saya langsung tiada niat nak menunjuk. "Saya kongsi pada waktu malam, bangun esok pagi tengok dah lebih 100,000 tontonan. Ada orang cakap saya guna helikopter. "Untuk video KLCC, saya terbangkan dron dalam dua jam untuk ambil 700 keping gambar. Kemudiannya saya gabungkan semua gambar, maka terhasil video berdurasi 16 saat. Saya rasa sangat berbaloi sebab orang hargai karya saya," ujarnya. Hafies terharu dengan komen positif dalam kalangan netizen. Dalam kegembiraan itu, Hafies turut terkilan apabila ada pihak menggunakan video miliknya tanpa kebenaran. "Niat saya cuma nak hiburkan 'rakyat' TikTok. Kalau orang nak ambil video, tak ada masalah sebenarnya. Saya tak minta duit pun, cuma minta tag nama saya. "Cuma baru-baru ini, kawan maklumkan ada orang guna video saya di Facebook tanpa kebenaran dan pengetahuan saya. Memang tak kredit langsung. "Kalau orang minta kebenaran, biasanya saya bagi saja. Contohnya baru-baru ini, ada yang minta video itu untuk kegunaan sekolah, saya tiada masalah. Hafies mendedahkan ada pihak tertentu menggunakan karya miliknya tanpa kebenaran. "Saya juga ada tolong ambil video dron untuk pengebumian jenazah Covid-19. Saya buat harga kebajikan. Saya tak minta duit, tapi kalau mereka nak bayar, bagi saja jumlah semampu mereka. Saya tak tetapkan harga," ujarnya yang menetap di ibu negara. Kata Hafies yang kini memiliki dua dron dalam koleksinya, dia enggan mendedahkan identitinya, sebaliknya mahu dikenali sebagai 'sky hunter' sahaja. Dedahnya, ada netizen turut bertanya di ruangan komen sekiranya dia mahu menampilkan wajahnya yang sebenar. Jelas Hafies, buat masa ini dia cuma berkongsi rakaman dron sahaja di TikTok tanpa mendedahkan siapa dirinya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI