DISATUKAN pada 10 Januari tahun lalu, video perkahwinan pasangan ini yang dikongsi di TikTok meraih lebih 230,000 tontonan. Menurut Nuur Ain Mohd Asri, 25, dia terharu dengan doa yang dititipkan netizen menerusi ruangan komen posting itu. Pada masa sama, dia juga tidak terlepas menerima komen negatif khususnya yang memperkatakan mengenai fizikalnya dalam video tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini tak perasan badannya berisi masa PKP, nasib baik ada kawan tegur... terus turun 15kg dalam masa 5 bulan - “Tahun lepas saya down teruk” ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg... hanya pegang satu kata kunci! - “Gemuk dari kecil, tak sangka boleh kurus” "Saya terkejut apabila menyedari video itu viral, banyak notification masuk dan saya turut menerima komen-komen dari Indonesia. "Ramai yang bagi doa dan kata-kata yang baik, saya sangat terharu. Tapi ada juga yang komen negatif mengenai fizikal saya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya hanya buat tak tahu kerana saya tak kenal mereka, yang komen negatif tu pun tak pernah kenal saya," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Ain, dia sebelum ini turut berkongsi video berkaitan isu wanita berbadan besar yang dikatakan sukar memperoleh cahaya mata. Menurut Ain yang kini menetap di Maran, Pahang, soal cahaya mata sangat sensitif dan dia hanya berserah kepada Allah sahaja. "Selain video kahwin, ada satu lagi video saya yang viral iaitu video mengenai zuriat. Alhamdulillah ramai sebenarnya yang doakan saya. Ain dan suami berkenalan sejak tahun 2010. "Ramai juga yang mesej kongsi petua dan suarakan hasrat nak taja ubat kurus. Pada saya, tak semestinya badan besar tak boleh hamil. "Memang orang selalu bertanya kalau pergi ke mana-mana memandangkan kami dah lebih setahun kahwin. Ia sebenarnya sangat sensitif. "Kami hanya berserah pada rezeki kurniaan Allah. Ada juga kami ikhtiar. Kami reda saja kerana ada pasangan yang lebih lama menunggu zuriat," ujarnya lagi. Suatu masa dulu, suami merupakan pakwe kepada kawan baik saya. AIN Dalam pada itu, Ain mendedahkan dia mula berkenalan dengan suaminya, Norrazmin Ismail, 26, sejak tahun 2010 lagi. Mereka pernah terputus hubungan beberapa tahun sebelum kembali berkomunikasi pada 2019 dan mendirikan rumah tangga pada tahun berikutnya. Dedah Ain lagi, suaminya sebelum ini pernah bercinta dengan sahabat baiknya sendiri. "Kami kenal sejak tahun 2010. Kemudian kami putus hubungan pada 2016 dan contact semula pada 2019. "Suatu masa dulu, suami merupakan pakwe kepada kawan baik saya. Kami asal tempat sama, tapi dia sekolah berlainan. Pasangan ini disatukan pada awal tahun lepas. "Kawan saya pun dah kahwin, tapi kami masih baik sampai sekarang. Bila diimbas semula, memang tergelak. Macam lawak pula. "Dulu saya teman mereka dating, tapi Allah dah tentukan jodoh kami," ujarnya lagi. Kata Ain, dia dan suami kini bekerja di bawah satu bumbung, dalam syarikat yang sama. Ain bertugas sebagai kerani manakala suaminya merupakan pemandu jentera. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!