KEJUTAN yang penuh dengan tangisan air mata. Itulah reaksi seorang ibu apabila anak-anaknya membuat kejutan istimewa pada hari jadinya. Video yang dimuat naik oleh anaknya memaparkan wanita berkenaan terkejut melihat ruang tamu rumah dihiasi dengan belon dan makanan di atas meja. Video tersebut setakat ini meraih hampir 30,000 tontonan di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Demi ‘maruah’ kelas, wanita ini akur disuruh jadi model merdeka... catwalk dah OK tapi topi terbang pula! - “Memalukan sungguh” ARTIKEL BERKAITAN: Terima kasih! Kerana guru, murid OKU penglihatan dapat peluang bebas berlari - “Alisya berjaya lari sejauh 5 kilometer” Berkongsi cerita dengan mStar, Mohammad Syazwan Mohd, 21, berkata, dia merancang untuk membuat kejutan bagi menyambut hari lahir ibunya, Rosaida Abd Ghani yang berusia 43 tahun. Tambahnya lagi, dia dan adik beradik lain pada mulanya risau jika kejutan itu gagal justeru mereka mendapatkan bantuan ibu dan bapa saudara untuk menjaga bahagian depan rumah mereka yang terletak di Taman Fikri 2 Fasa 5, Chukai, Terengganu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya dengan adik merancang nak buat surprise dalam but kereta, dua hari sebelum kejadian itu. Sebab pada hari tersebut ibu kerja pagi, jadi kami ingat dia akan keluar naik motorsikal la. "Perancangan awal kalau ibu bekerja naik motosikal, saya nak ke bandar dan pergi ke kedai untuk serahkan kereta biar mereka hias. Tak tahu pula pagi tu cuaca hujan, jadi ibu pergi kerja naik kereta. "Bila plan A dah tak jadi, kita ikut la pula plan B. Itu yang kami hias sendiri ruang tamu dengan belon, tak tahulah waktu tu macam mana boleh dapat idea. Mereka akhirnya membuat kejutan tersebut di bahagian ruang tamu rumah sahaja. "Saya pun minta bantuan mak dan bapa saudara untuk jaga di bahagian depan rumah sebab takut kalau tiba-tiba ibu balik waktu kami semua sedang bersiap di dalam. "Memang risau sangat waktu tu takut surprise ni tak menjadi, tapi Alhamdulillah akhirnya jadi juga," katanya yang bekerja sebagai anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Kemaman, Terengganu. Dia yang mesra disapa Iwan berkata, ibunya berasa sebak selepas masuk ke rumah melihat kejutan yang diberikan oleh adik-beradiknya. Jelasnya lagi, mereka sekeluarga mengalirkan air mata kerana terkenangkan akan arwah bapa, Mohd Azmi Omar yang telah meninggal dunia pada 16 Ogos tahun lalu akibat sakit jantung pada usia 46 tahun. "Waktu mula-mula ibu masuk rumah tu, dia ingat kami semua berada di luar. Tapi saya mengintai ibu di sebalik kamera telefon dan nampak wajah dia seperti mahu menangis apabila nampak surprise yang kami buat untuknya. "Ibu rasa sebak sebab sebelum ni kami sekeluarga selalu sambut hari jadi bersama ayah. Ini kali pertama ibu sambut hari jadi tanpa ada ayah di sisinya. Iwan (kiri) merupakan anak sulung daripada empat beradik. "Kami semua memang masih terkesan lagi dengan pemergiannya, lebih-lebih lagi ibu kerana waktu arwah ayah sesak nafas dia sedang bertugas di luar," ujarnya sambil menambah, ibunya turut bekerja sebagai seorang anggota sukarelawan APM. Menurut Iwan, sebelum meninggal, bapanya sudah berada dalam keadaan yang lemah selama tujuh bulan akibat kandungan air yang banyak di dalam badan. Dia juga tidak dapat melupakan saat-saat bapanya mengalami sesak nafas selepas dia dan bapa saudaranya selesai memandikannya di rumah. "Ayah memang dah lama sakit dan keadaanya lemah. Saya dan bapa saudaralah yang tolong menguruskan arwah kalau ibu keluar bekerja. "Pada hari kejadian, kami berdua mandikan ayah di rumah dan selepas itu tiba-tiba dia sesak nafas. Ibu saudara telefon ambulans untuk bawa ayah segera ke Hospital Kemaman, Chukai, Terengganu. Untuk mereka yang masih mempunyai ibu bapa ni, hargailah masa bersama keluarga. MOHAMMAD SYAZWAN MOHD "Doktor sahkan ayah dah tiada waktu berada di hospital. Bila kami beritahu ibu berita itu, dia hanya mampu menangis sahaja kerana tak dapat berada di samping suaminya ketika saat-saat akhir hayatnya," katanya yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Anak sulung daripada empat beradik itu juga terkenangkan saat indah bersama arwah bapanya ketika berada di Janda Baik, Pahang pada tahun 2019. Kini dia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas pemergian bapa tercinta. "Kenangan yang saya paling ingat tentang arwah ayah ialah ketika kami sekeluarga bercuti di Janda Baik pada tahun 2019. Itu merupakan kali terakhir ayah keluar berjalan-jalan bersama kami semua. "Kami sekeluarga adalah keluarga yang happy, arwah ayah ni penyabar orangnya tapi ada masa tu garanglah juga kalau anak-anaknya buat salah. Iwan (kiri) dan adik perempuannya sering membuat lawak spontan untuk menghiburkan ibu mereka. "Sebagai anak lelaki sulung, sekarang ni sayalah yang pikul tanggungjawab menjaga keluarga ini selepas ayah dah tak ada. "Saya dan adik perempuan banyak hiburkan ibu untuk gembirakan hati dia. Kami selalu bergurau dan buat lawak spontan supaya ibu ketawa melihat anak-anaknya. "Untuk mereka yang masih mempunyai ibu bapa ni, hargailah masa bersama keluarga. Sebab tak tahu berapa lama lagi masa yang kita ada bersama mereka," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!