MELIHAT senyuman nenek tersayang ternyata memberi kepuasan buat jejaka ini. Dalam satu video di TikTok, Tengku Muhammad Hasif Tengku Othman, 23, menghadiahkan sebuah telefon pintar baharu buat neneknya, Saudah Majid, 78, sehingga ia tular dan meraih lebih 25,000 tontonan. Bercakap kepada mStar, jejaka dari Wakaf Bharu, Kelantan itu mengakui sebak melihat reaksi neneknya yang kini sudah lanjut usia. "Video kejutan itu dirakam pada Rabu di kediaman saya. Tokmek (nenek) menetap di rumah saya sejak sebulan lepas kerana dia ada rawatan di klinik. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tanya hadiah birthday, anak kunci mulut! Sambutan hari jadi online jadi drama air mata mak menangis terima ‘kek keluar duit’ ARTIKEL BERKAITAN: Lama kerja di laut, lelaki ini minta sepupu beli banyak hadiah sebelum balik jumpa mak ayah... tak tahan tengok kawan upload gambar durian! "Sebelum ni Tokmek ada mengadu, dia minta beli kabel pengecas telefon. Sebenarnya bukan kabel yang rosak, tapi port untuk masukkan kabel yang bermasalah. "Kebetulan pada Rabu dia dah nak balik ke rumahnya di Besut (Terengganu), jadi saya terus bagi kejutan telefon baharu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya letakkan dalam kotak, ketika itu saya tolak Tokmek dengan kerusi roda. Pada masa sama, saya yang rakam video," ujarnya. Mesra disapa Hasif, dia mengakui puas melihat senyuman yang terukir di wajah neneknya saat dihadiahkan dengan telefon bernilai sekitar RM500 itu. Hasif merupakan penuntut bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik. Jelas Hasif, neneknya sering menggunakan telefon untuk membuat panggilan video dengan anak cucu serta kerap menonton ceramah agama menerusi YouTube. "Tokmek suka video call dengan anak cucu. Kalau tak ada orang call, dia akan bosan. Biasanya Tokmek juga suka tonton video ceramah. Ada juga yang kata wajah nenek mereka sama dengan wajah tokmek saya. HASIF "Saya rasa sangat tenang dapat tengok Tokmek senyum, nampak dia bahagia dan ceria sebab dia jarang senyum. Bila dapat hadiah, dia nampak gembira. "Saya juga ada kongsikan video itu kepada anak cucu Tokmek, mereka kata seronok tengok dia gembira. "Tokmek sebenarnya ada sakit jantung dengan saraf. Tapi lepas dapatkan rawatan, dia makin baik. Dia boleh jalan dekat-dekat, tapi kalau jauh memang tak boleh," ujarnya lagi. Paparan skrin video tular itu. Kata Hasif, dia tak sangka video itu tular sehingga dihujani pelbagai komen netizen. "Saya rasa terharu dan sebak baca komen netizen. Ada yang kongsi kisah mereka dah lama tak boleh rentas negeri dan tak jumpa nenek masing-masing. "Ada juga yang kata wajah nenek mereka sama dengan wajah Tokmek saya. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang doakan Tokmek," ujar anak kelima daripada lapan beradik itu. Kata Hasif, telefon itu dibeli menggunakan wang simpanannya berniaga. Mengenai dirinya, Hasif merupakan penuntut bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik di Insitut Kemahiran Mara (IKM) Lumut, Perak. Dedah Hasif, dia membeli telefon itu dengan menggunakan wang tabungan hasil berniaga coklat dalam balang yang diusahakan kakaknya sejak tahun 2014 lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI