MELABELKAN dirinya sebagai Spiderman Malaysia, gambar profil pemuda ini memakai kostum adiwira itu sambil memegang Jalur Gemilang menjadi perhatian. Jumlah pengikutnya di aplikasi TikTok bukanlah berjuta, ratusan ribu jauh sekali tetapi pemilik akaun Spiderjukie itu selamba dengan video-videonya yang mencuit hati. Namun persoalan timbul siapakah gerangan di sebalik kostum Spider-Man itu? ARTIKEL BERKAITAN: Wow, hebatnya! Selepas kejutkan murid di kelas online, Cikgu Spiderman 'melompat' ke TikTok pula ajar netizen bahasa Arab ARTIKEL BERKAITAN: Rembat kain batik, baju kelawar bini... ada sebab 'Spiderman' lincah berjoget di tepi jalan - "Kalau tak ada yang beli nanti kami down" 'Spiderman Malaysia' itu atau nama sebenarnya Muhammad Zaki Nooh berkata, perkongsian video dengan memakai kostum itu dibuat sekadar suka-suka. Pemuda berusia 33 tahun itu memberitahu, sebahagian videonya dirakamkan oleh rakan serumah yang juga merupakan YouTuber. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya tengok ramai buat content pakai kostum Spider-Man dengan kebanyakannya dari luar negara. Jadi, saya terfikir kenapa tidak buat content untuk pengikut di Malaysia. "Saya cubalah buat, suka-suka. Saja benda-benda kelakar, dan kebanyakan yang saya buat mengikut trend di TikTok. Nak juga menyanyi tapi tak pandai," katanya kepada mStar. Gaya Spiderman berbaju Melayu dan berkain pelikat. Bukan sekadar kostum Spider-Man, dia yang lebih mesra disapa Zaki turut memakai seluar dan baju ketika membuat konten. "Ada satu video yang saya post tiba-tiba kena ban. Katanya melanggar garis panduan, nampak 'kebogelan'. Saya hanya pakai satu sut lengkap dari kepala sampai ke kaki. "Mungkin di dalam video tersebut, nampak 'lebih menonjol' di situ (bahagian alat sulit) sebab pakai kostum yang ketat. Saya buat video bukannya nak tunjuk seksual, tapi lebih kepada hiburan semata-mata,” ujarnya yang berasal Pasir Mas, Kelantan. Zaki handal memasak Char Kuey Teow. Susulan kejadian itu, tambah Zaki, terdapat video yang memaparkan dirinya memakai seluar panjang atau seluar pendek mahupun baju yang labuh termasuk baju Melayu dan berkain pelikat. Walaupun memakai kostum adiwira itu dianggap pengaruh budaya luar, anak bongsu daripada empat beradik itu tetap optimis dengan memasukkan elemen dan budaya tempatan. Zaki mengangkat stok untuk bekalan di kafe. Menurutnya, antara video tersebut dibuat adalah menunjukkan semangat menyambut Hari Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang, melakonkan semula adegan filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Seniman Bujang Lapok dan membaca buku sejarah. Zaki berkata, jika tidak menjadi Spider-Man di aplikasi TikTok, dia sebenarnya bekerja sepenuh masa di kafe di sebuah kementerian di Putrajaya, sejak 2011. Malas nak tunjuk identiti kat TikTok sebab saya segan, lagipun saya dah berumur. Kalau pakai kostum di tempat awam, saya okay je ZAKI "Kerja saya tukang buat air. Kafe tutup semasa bulan puasa, dan saya akan jadi tukang masak untuk gerai Char Kuey Teow di bazar Ramadan. "Kalau ada rezeki, insyaAllah saya teringin nak buka kedai makan sendiri. Saya nak jual masakan panas," katanya yang turut berpengalaman bekerja dalam bidang katering. Aksi Spiderman di kedai. Menurut Zaki, dia mahu merahsiakan identitinya di TikTok kerana niat asalnya adalah berkongsi video-video dirinya memakai kostum Spider-Man. "Malas nak tunjuk identiti kat TikTok sebab saya segan, lagipun saya dah berumur. Kalau pakai kostum di tempat awam, saya okay je. "Saya pernah pakai masa beli stok bahan untuk kafe di sebuah pasar raya. Ada yang memandang, termasuk seorang pelanggan yang sempat video call dengan anak dia yang minat Spider-Man nak tunjuk dia bertemu dengan saya. "Sebenarnya saya teringin juga nak pakai kostum di kafe untuk tarik perhatian ramai, tapi masalahnya kostum yang saya beli ni ketat sangat. Pergerakan agak terbatas terutama di bahagian tangan. Susah saya nak bancuh air, nanti tumpah," ujarnya secara berseloroh. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI