suria

Kongsi video bersenam, ada yang pandang lain... pelajar UIA tak melatah, kain pelikat kan ada! - “Mula-mula saya tertanya apa salah saya?”

Faiz berkongsi video dia bersenam dengan kain pelikat selepas ditegur netizen kerana memakai seluar ketat.

PERKONGSIAN jejaka ini mengenai aktiviti senaman di aplikasi TikTok mengundang reaksi berbeza daripada netizen.

Ada yang terinspirasi untuk menjalani gaya hidup sihat, namun ada pula yang meninggalkan komen tidak berkaitan.

Dedah Muhammad Faiz Danial Mohd Dahalam, ada netizen menegur seluar sukan ketat yang dipakainya dalam video yang dikongsi sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal jurutera alami sesuatu pada waktu malam kalau tak bersenam, komited kongsi satu video sehari bantu pengikut TikTok kekal cergas

ARTIKEL BERKAITAN: Boroi! Lelaki ini tak suka tengok cermin selepas kahwin, mujur tahu cara dapatkan semula ‘tubuh lama’ - “Dulu tak percaya, kini saya terkena juga”

Enggan melatah, dia sebaliknya tampil dengan reaksi balas cukup menghiburkan apabila berkongsi video sedang bersenam sambil memakai kain pelikat.

"Ceritanya sebelum video kain pelikat itu, saya pakai seluar tight. Pada saya, ia tiada masalah. Apa yang selesa, kita pakai... asalkan ia menutup. Tapi ia jadi pandangan lain dalam kalangan segelintir individu.

"Saya memang censored sebahagian seluar itu dalam video berkenaan, tapi netizen kata seluar saya ketat. Jadi saya dapat idea, ia sebenarnya agak sarkastik sikit.

"Jadi saya pakai kain pelikat yang dibuat seperti kain samping, saya pakai ketika bersenam," ujarnya kepada mStar.

faiz3

Faiz banyak berkongsi video senaman di TikTok.

Mesra disapa Faiz, jejaka berusia 21 tahun ini mengakui dia peka dengan segala kecaman yang ditinggalkan menerusi platform video itu.

Namun katanya, dia fokus untuk menyampaikan pengetahuan dan tip berkaitan kecergasan dan enggan melayan sebarang anasir negatif yang dilemparkan kepadanya.

Saya ambil teguran mereka sebagai satu cara untuk memperbaiki diri.

FAIZ

"Pada awalnya, bila ada orang kecam, saya jadi tertanya-tanya... apa salah saya? Tapi tak apa, saya pun tak kenal mereka.

"Saya juga ada tanya pendapat kawan-kawan. Mereka juga berpendapat sama dengan saya. Macam mana sekalipun, mesti akan ada orang yang toksik.

"Saya ambil teguran mereka sebagai satu cara untuk memperbaiki diri. Komen positif lagi banyak sebenarnya.

faiz4

Faiz menyertai silat pada usia 21 tahun.

"Mungkin mereka yang tak biasa bersukan, mereka tak tahu pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti itu," ujarnya lagi.

Menurut penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang Perakaunan itu, dia juga aktif dalam sukan silat sejak berumur 21 tahun.

Imbas Faiz lagi, ia ternyata berbeza dengan pengalaman lalu yang mana dia aktif dalam seni tarian sepanjang zaman sekolahnya.

"Saya bermula dengan zero knowledge. Masuk universiti baru saya belajar silat. Saya pilih silat sebab saya rasa tak ramai yang masuk sukan ini.

faiz2

Paparan skrin video yang dikongsi di TikTok.

"Saya rasa nak cuba, sebab sebelum ini saya banyak menari di sekolah. Saya menyertai team kebudayaan sejak tingkatan satu sampai tingkatan enam dan boleh menguasai tarian tradisional Melayu, Cina dan India," ujarnya lagi.

Mengenai perkongsian kecergasan di TikTok, Faiz berkata ia bermula pada Februari tahun ini kerana banyak masa terluang sejak pandemik melanda.

Jelas Faiz, dia sekadar berkongsi segala ilmu yang pernah dipelajari dan sedia menjawab setiap soalan kecergasan yang diajukan di media sosial miliknya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain