suria

Sakit hati dicap ‘anak ikan’ dalam video lucah, sampaikan takut ramai nak berkenalan... nama tercemar, lepasan SPM tak teragak-agak ambil tindakan!

Amri kecewa apabila dia difitnah untuk tujuan tidak baik di laman Twiter.

DALAM zaman serba moden ini, banyak fitnah dan penipuan dilakukan secara terang-terangan di media sosial.

Begitu juga dialami lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini yang kecewa apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa fitnah di laman Twitter.

Dakwa Muhammad Farizul Amir Abdul Wahab, 18, dia menyedari wujud beberapa akaun Twitter yang menggunakan gambar wajahnya untuk tujuan promosi jualan video lucah sejak tahun lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja ini bisnes sendiri selepas berhenti belajar tingkatan 6, ada pengalaman tolong mak bungkus bawang goreng, jual pisang goreng

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih demi konten TikTok! Setiap hari remaja ini akan berlakon 2 watak dalam drama arahannya sendiri, kemudian baru keluar bekerja

"Kejadian ini bermula selepas video saya viral di TikTok pada tahun lepas. Saya buat video content biasa saja.

"Kemudian ada orang guna gambar saya untuk jual video lucah sedangkan individu dalam video itu bukan saya. Ramai followers maklumkan mengenai hal itu.

"Kawan-kawan saya pun ada bertanya. Saya juga ada buat semakan di Twitter, memang wujud akaun-akaun itu," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Amri, dia mengakui kecewa dan sedih dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mencemarkan namanya di platform itu.

Selain menerima pertanyaan mengenai video berkenaan, Amri mendedahkan dia turut menerima mesej ramai individu yang mahu berkenalan dengannya.

"Ia kejadian pertama. Saya ingat sekejap saja. Tapi makin lama makin berlarutan. Mula-mula dapat tahu saya memang terkejut.

amri2

Amri masih belum membuat laporan mengenai hal itu.

"Lepas tu orang datang tanya, betul ke saya dalam video itu? Memang sakit hati. Dekat TikTok pun ada orang komen dan mereka tanya sekiranya saya ialah 'anak ikan' dalam video di Twitter itu.

"Ada yang direct message (DM) nak berkenalan. Saya pun takut. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi saya kecil hati, kenapa mereka guna gambar saya untuk tujuan tak baik, saya tak buat macam tu.

"Saya pun tak tahu siapa yang buat, ia merupakan akaun palsu di Twitter dan saya pun tak syak sesiapa," ujarnya.

Jangan terlalu leka dengan dunia. Duit yang orang beli video lucah itu tentulah duit haram.

AMRI

Kata Amri, keluarga dan saudara-mara turut mendapat tahu mengenai kes itu namun dia sehingga kini dia belum lagi membuat laporan polis.

Ujar remaja dari Sungai Petani, Kedah itu, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan sekiranya ia makin berlarutan pada masa akan datang.

Jelas Amri, kejadian itu turut menyebabkan dia hilang keyakinan diri untuk bersemuka dengan orang ramai.

amri3

Amri memiliki lebih 50,000 pengikut di TikTok.

Namun katanya, dia tetap menguatkan semangat dan meneruskan hidup seperti biasa kerana tahu dirinya hanya menjadi mangsa fitnah semata-mata.

"Sekarang Alhamdulillah ramai yang bagi komen kata-kata semangat di TiKTok dan Instagram. Saya rasa terharu dengan sokongan semua. Ramai yang masih fikir positif.

"Kepada pelaku, cepatlah bertaubat. Jangan terlalu leka dengan dunia. Duit yang orang beli video lucah itu tentulah duit haram. Tolong jangan guna gambar orang tanpa izin," pesan Amri yang kini sedang berjinak-jinak untuk menceburi bisnes dan bergelar usahawan.

Untuk rekod, Amri memiliki 57,200 pengikut di TikTok dan lebih 20,000 pengikut di Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain