suria

Risaukan tiang, akhirnya kereta masuk longkang... wanita ini serik memandu ‘over confident’ - “Adik keluar kedai pelik kenapa senget sebelah”

Ain terkejut dan tidak sangka bahawa tayar kereta itu sudah masuk kedalam longkang.

KEYAKINAN dalam diri itu penting untuk melakukan sesuatu, tetapi jika 'terlebih yakin' lain pula jadinya.

Itulah yang berlaku apabila seorang wanita sangat yakin mempunya skil memandu yang tinggi sehingga keretanya tersadai dalam longkang sebelum ditarik keluar menggunakan lori ais.

Rakaman video yang dikongsi wanita itu di TikTok menunjukkan sebahagian daripada kereta milik ibunya nyaris terhumban ke dalam longkang besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak tahan gelak tengok suaminya jalan menonong di pasar raya... sudahnya ‘tersalah bini’ - “Bukan dia je malu, saya pun sama juga”

ARTIKEL BERKAITAN: Pasang Go-Pro pada wau, hasil rakaman sangat wow... macam guna dron! - “Saya serba salah, ramai rindu kampung”

Bercerita kepada mStar, Nurain Azmi, 23, berkata, dia dan adiknya, Nurfaizah, 18, singgah di sebuah kedai runcit ketika mereka dalam perjalanan ke tapak gerai untuk berniaga nasi ayam penyet di Sungai Buloh, Selangor.

Mengakui begitu yakin dengan skil pemanduannya, Nurain mengundurkan kereta sehigga tayar sebelah kiri di bahagian belakang akhirnya terjatuh ke dalam longkang berdekatan kedai runcit tersebut yang terletak di Kampung melayu, Sungai Buloh.

"Masa tu saya nak reverse kereta untuk park, sebab tunggu adik beli marjerin di kedai runcit. Kami dalam perjalanan nak buka kedai depan SC Market di Sungai Buloh.

"Saya seorang je yang ada dalam kereta waktu tunggu adik beli barang. Masa reverse, saya confident kereta tak akan kena tiang tapi tak perasan pula ada longkang besar.

IMG_7886

Kejadian itu berlaku ketika mereka berdua dalam perjalanan mahu membuka gerai di Sungai Buloh.

"Lagipun saya tak nampak jelas bahagian belakang sebab but kereta terbuka... penuh dengan barang niaga seperti khemah dan meja.

"Tiba-tiba saya dengar bunyi macam terlanggar benda, ingatkan tiang tapi rupa-rupanya dah masuk longkang. Waktu itu saya dah cuak sikit tak tahu nak buat apa tapi cuba untuk kekal bertenang," katanya.

Lebih mesra disapa Ain, dia berkata, tindakannya selepas itu adalah memberitahu ibunya, Rohana Mad Hassan, 47, tentang apa yang sudah berlaku dengan keretanya.

Dia berasa lega kerana ibunya tidak marah sebaliknya hanya ketawa apabila mendengar perkhabaran tersebut, malah sempat menyindirnya.

"Mula-mula mak memang terkejut tapi kemudian dia gelakkan saya... dia kata nasib tak jatuh gaung.

"Adik yang baru keluar kedai pula pelik kenapa kereta macam senget sebelah, lepas tu barulah dia perasan apa sebenarnya terjadi. Dia pun tergelak tapi lepas tu dia marah macam mana saya bawa kereta sampai tayar masuk longkang.

Kebetulan masa tu abang lori ais pun lalu dan dialah yang tolong kami tarik kereta keluar dari longkang.

NURAIN AZMI

"Ahli keluarga yang lain semua tahu tentang kejadian ini, mereka geleng kepala tengok saya dan lepas tu membebel," ujarnya yang bekerja sepenuh masa sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Menurut anak kelahiran Selangor itu, mereka kemudian meminta bantuan bapa saudara yang tinggal berhampiran, namun terlebih dahulu dibantu oleh pekerja lori ais yang kebetulan lalu di kawasan kedai runcit tersebut.

Kereta Waja milik ibunya itu akhirnya berjaya dikeluarkan dalam masa 10 minit selepas ditarik oleh lori ais.

"Abang lori ais yang tolong kami tarik kereta keluar dari longkang. Orang di sekitar kawasan tu semua perasan, mereka tertanya-tanya apa dah berlaku dan ada juga yang datang membantu.

IMG_7884

Ain (kiri) bersama ahli keluarganya.

"Kami memang berterima kasih sangat kepada mereka yang sudi membantu pada waktu itu, tak tahulah macam mana nak buat kalau tak ada yang tolong. Saya memang rasa malu lah sebab kena minta tolong dengan orang ramai.

"Nasib baik tak ada sebarang kerosakkan pada kereta, walaupun sebenarnya longkang itu agak dalam juga. Cuma ada sedikit kesan calar sahaja pada bahagian yang terjatuh kedalam longkang yang kosong itu.

"Saya harap kisah ini dapat menjadi pengajaran bagi orang ramai untuk jangan lalai atau over confident ketika memandu. Kita kena sentiasa perhatikan persekitaran melalui cermin sisi dan cermin pandang belakang kereta," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain