suria

Posmen takut ular ‘bermasalah’ kena bertugas redah semak samun - “Tak sangka masih ada surat dihantar kepada penghuninya”

Payed berkongsi pengalaman meredah semak samun demi menghantar sepucuk surat.

WALAUPUN nampak mudah, setiap pekerjaan ada cabaran dan dugaannya termasuklah tugas seorang posmen.

Berdepan detik cemas dikejar anjing menjadi perkara biasa buat seorang pemuda kerana baginya ada situasi yang lebih mencabar ketika bertugas menghantar surat.

Menerusi satu video, posmen ini menunggang motosikal mengharungi semak samun yang kelihatan agak menyeramkan walaupun di siang hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mengidam, posmen tulis nota minta mangga atas parcel pelanggan... terima respons mengejutkan - "Lebih 2 tahun hantar barang, tak pernah jumpa sampai hari ni"

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas viral dan buat orang terhibur, posmen anime dedah khabar mengejutkan nak berhenti kerja... yang pasti 'rambut Naruto' bikin ramai keliru

Pemuda berkenaan, Fariq Nur Azad Md Sidek berkata, dia mula berkhidmat sebagai posmen di kawasan Mentakab, Pahang sejak lima tahun lalu.

Posmen berusia 30 tahun itu mengakui semak-samun merupakan laluan paling mencabar baginya ketika bertugas sebagaimana yang dirakamnya menerusi video di aplikasi TikTok.

"Kena sergah atau dikejar anjing tu perkara biasa bagi saya. Tapi paling mencabar sepanjang saya berkhidmat sebagai posmen adalah melalui kawasan semak-samun.

"Tak pernah terfikir jalan yang dipenuhi semak samun tu masih ada rumah yang berpenghuni dan masih ada surat untuk dihantar kepada penghuninya," katanya kepada mStar.

posmen redah semak 1

Berkhidmat sebagai posmen selama lima tahun.

Mengenai video yang dirakamnya, pemuda yang lebih mesra disapa Payed ini berkata, dia pernah melalui kawasan tersebut sebelum ini, tetapi kali terakhir pergi ke situ lebih dua tahun lalu.

"Sebelum ini saya ditukarkan untuk hantar surat ke kawasan lain selama dua tahun sebelum kembali ke kawasan ini. Dulu jalannya elok saja, clear tak ada semak samun pun.

"Bila saya datang hari tu memang terkejut sebab dah jauh berubah. Jalan terpencil dengan semak samun ni saya risau ada ular melintas, nak minta tolong mana ada orang dengar.

Makcik tu pernah tanya saya dah kahwin ke belum, sebab nak jodohkan dengan anak perempuan dia, katanya ada tiga anak dara.

FARIQ NUR AZAD

"Kalau anjing datang boleh juga saya sergah, kalau ular depan mata memang saya berhentikan motor tunggu ia melintas beri laluan. Surat tetap kena hantar.

"Duri pokok semalu hinggap kat seluar atau kasut selepas lalu semak samun tu saya okay lagi, tapi kalau ada ular kat motor memang saya lompat dulu," ujarnya secara berseloroh.

posmen redah semak 2

Fariq bertugas dengan amanah dan tanggungjawab.

Walau bagaimanapun, anak kelahiran Temerloh ini tetap menyahut cabaran berdepan anjing liar dan laluan semak samun demi amanah dan tugas yang dipertanggungjawab kepadanya.

Dalam pada itu, Fariq turut berkongsi pengalaman manis berdepan dengan penduduk-penduduk kampung yang begitu ramah dan baik hati.

posmen redah semak 3

Fariq terharu apabila dihargai penduduk kampung.

"Ada seorang pakcik ni walaupun tak ada surat untuk dia, dia akan ajak saya singgah untuk minum air. Malah ada tuan rumah siap ajak makan tengah hari.

"Rasa dihargai, tapi tugas tetap tugas. Paling tak dapat dilupakan seorang makcik ni yang selalu terima surat biasa, pos laju termasuk surat berdaftar.

"Makcik tu pernah tanya saya dah kahwin ke belum, sebab nak jodohkan dengan anak perempuan dia, katanya ada tiga anak dara. Saya cuma gelak-gelak dan anggap makcik tu bergurau sebab dia memang peramah," kata Fariq yang masih bujang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain