PERJUANGAN jejaka dari Sabah ini untuk menurunkan berat badan tidaklah semudah yang disangka. Menurut Ronadlo William F. Sipaji, 23, dia berbadan besar sejak kecil lagi, malah misinya untuk kurus pada tahun 2018 juga gagal. Enggan berputus asa, dia sekali lagi memulakan proses itu pada Mac lalu sehingga berjaya menurunkan 31 kilogram (kg) dalam masa beberapa bulan sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM berjaya buat transformasi ‘kurus ke sado’ walau pernah nak menyerah kalah - “Dari mulut kawan-kawan juga...” ARTIKEL BERKAITAN: Wow! ‘Hikmah’ putus cinta, gadis ini berjaya kurus sampai saudara mara tak kenal - “Saya tegur, lama mereka tengok sebab tak cam” "Sebelum ini berat saya 99.8 kg. Saya mulakan proses untuk menurunkan berat badan pada 15 Mac lalu sehingga mencapai berat 68.2 kg pada Ogos. "Saya pernah cuba pada 2018 tapi tak berhasil. Ditambah pula saya overweight sejak kecil lagi. Tapi percubaan kali ini berhasil. "Dulu baju saiz XXL, sekarang boleh pakai S atau M. Cuma kalau pakai saiz S, mungkin akan tergantung sikit baju sebab saya tinggi 180 sentimeter (cm). View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Dulu saya ada penyakit asma, tapi ia makin kurang selepas saya turunkan berat badan," dia berkongsi cerita kepada mStar. Mesra disapa Ron, dia yang berasal dari Penampang banyak mendapat galakan untuk menjalani gaya hidup sihat daripada rakan sekerja. Selain senaman, Ron juga melakukan kaedah puasa berselang atau intermittent fasting dan turut berpuasa ketika bulan suci Ramadan baru-baru ini. "Saya sebenarnya tiada plan nak kurus. Tapi dah menjadi budaya di pejabat saya, mereka selalu ajak pergi berbasikal. Awalnya saya pun rasa penat. Tapi lama-kelamaan saya makin selesa, jadi saya teruskan. Ron turut berpuasa pada bulan Ramadan baru-baru ini. "Rakan sekerja yang banyak bagi motivasi. Sebelum ini saya amalkan intermittent fasting. Walaupun saya bukan Muslim, saya turut berpuasa dengan kawan-kawan Muslim pada bulan Ramadan. Setiap hari timbang, saya tengok turun berat badan. "Saya juga selalu berbasikal selepas kerja pada hari Jumaat. Pada hari minggu saya juga akan joging 10km seawal pukul 5 pagi," ujarnya yang kini bekerja sebagai penjawat awam. Menurut graduan diploma Pemasaran dari Politeknik Kota Kinabalu itu, dia turut mendapat sokongan padu keluarga sehingga berjaya mendapat berat badan ideal. Paling penting, kena ada sasaran. Sasaran saya adalah untuk mendapatkan badan dan minda yang sihat RON Dalam pada itu, Ron juga tak menyangka video transformasi fizikal yang dikongsi olehnya di TikTok berjaya meraih perhatian netizen. Selain itu, dia turut dihujani pelbagai mesej yang bertanyakan petua dan rahsia untuk menguruskan badan, tak kurang juga komen-komen yang memuji rupa parasnya. "Saya pun terkejut, sekadar suka-suka saja kongsi video itu. Saya tiada niat nak viral. Cuma nak bagi inspirasi pada orang. "Ramai yang direct message (DM) minta pendapat dan nasihat," ujar jejaka Kadazan itu. Foto transformasi fizikal Ron. Jelas Ron lagi, usaha untuk kurus bukan dibuat untuk orang lain, sebaliknya untuk kepuasan diri sendiri sahaja. "Ia bermula dengan diri sendiri. Overweight tak semestinya tak sihat atau tak gembira. Tapi bila dah timbul rasa nak kurus, ia pasti datang dari diri anda sendiri. "Itulah cara kita perbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Paling penting, kena ada sasaran. Sasaran saya adalah untuk mendapatkan badan dan minda yang sihat," ujar anak pertama daripada tiga beradik itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI